Sunday, October 21, 2007

SELAMAT PULANG WARGA KOTA

Warga kota sudah mula pulang dari desa. Esok semuanya akan kembali seperti sediakala. Kuala Lumpur akan hidup semula. Hampir seminggu Kota Lumpur ini sepi dengan segala aktiviti. Ya kota lumpur dapat berehat seketika... tiada jam, tida pencemaran udara dan hampir setiap hari hujan di tengah hari membersihkan debu debu yang ditinggalkan oleh warganya. Dan esok kota ini bergerak semula, warganya datang untuk mencari wang dan ilmu disini.

Tahun ini saya tidak bercuti raya...saya masih bekerja pada hari jumaat ketika semua warga sibuk di kampung menanak pulut dan merebus ketupat. Tahun ini saya dan suami beraya berasingan kerana ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan ... semuanya demi tanggung-jawab dan saya kira saya sungguh bernasib baik kerana suami begitu memahami diri saya. Saya pulang ke Port Dickson beraya bersama adik-adik saya. Kami sudah tidak punya ibu dan bapa maka sebagai kakak yang sulung saya terpaksa berada bersama mereka diwaktu-waktu begini. Pulang, bau laut dan langit biru sungguh membahagiakan ... ya saya perlu selalu ke sini untuk membirukan semula mataku yang sudah hampir kehijauan nie.

And I hope that you had a great Hari Raya break and that you all feel recharged. Whether you went Balik Kampung or just stayed in "trafficless" KL, I am sure all of of us had some times to take advantage of the break and the time to tink about life.

My self and my hubby did our own balik Kampung which I headed to Port Dickson and Cet Det to Jelebu. My hubby were missing his mom and relatives and I thought it was a great opportunity to take a break after almost a year away from home. During one of my conversations with my youngest sister, Intan, we were discussing the joy of having that "old feling of home", that familiar aroma of home cooked meals such as rendang and kuah kacang, the walls that saw you grow up, the dining area which was witness the numerous family discussions, celebrations and get togethers. Likewise this is a most opportune time to check on old friends dan family members you haven't seen in a while. This is a time when we are again in tune with our humanity, someting that is many times taken for granted as we are lost in the daily grind (searching tone of money!!) of our normal live.

It was quite a joy for me to visit my late parents grave with siblings. For my end I was able to connect with my second brother who i can't communite for ages. It was quite a joy for me to see my little brother - Ahmad who finaly declare the end of our cold war. This visit, Ahmad for the first time spent a lot of time chat with me on the morning of hari raya, it was the birth of a new relationship.

All these little things make life great.

Selamat hari Raya to very one !!!.

HARI RAYA - What is and what is not its heritage

To begin with, we may see many malay / Muslim houses lit up with lights outside at night time, and for bungalows or kampung houses, there may even be lights or old-style oil lamps perched all around the compund. this is a Malay tradition (i.e.not Islamic requirement) but came about as a perfectly practival thing, meaning it was not to consciously to signify the "triumph of light over darkness" and such.
During Ramadhan nights, Muslims go to mosques and suraus (small mosques) for the Terawikh prayers. In the olden days when there were no stree lights, the roads were dar at night. and so a tradition came about the folk would place lamps or "pelita" around their compund as a guide for people passing by on the way to the mosque- lest they should lose their way or fall into a drain and so on. People didi this for sincere merit and also to "menghidupkan" or bring alive the spirit of Ramadhan and terawikh prayers. This is still largerly valid today to share the joy of the festive season, despite the modern convenience to of street lights.
The " Rumah Terbuka" or Open House concept has long been a mainstay of traditional culture. But like many traditional practises, in olden days it wasn't to official - more often it was simply understood that during the Rayas season, when it commeendable to meet relatives and friends to seek forgiveness and maintain relationships, one should be able to go and do that any time. Thus households would always have at least dry kuih-muih (cookies & cakes) on the table ready to welcome anyone who comes knocking and really anyone - even your "enemy", because this is the best time for reconciliations.
If anything, the modern Open House is 'less' true than before because now it practically is when a houst announces that he or she has an Open House at such date and times. Whereas before, it really meant that as long as you are at home, your house is open, no invitation needed and visitors can come literally at any time. Nonetheless, the spritit is still there and one should feel free to pay a sincere visit to anyone anytime that's convenient.
The tradition of "duit Raya" or giving small sums of money to children you meet is similar to the Chinese New Year "Ang Pow", althoung each came about independently. For Malay culture, it is simply a way of also 'menghiudpkan' Raya by letting children savor a test of pocket money and an enticement to meet people on the way to teach children the value and management of money. The ang Pow literal packet envelope has seeped into a green colured "sampul raya" equivalent practise. But in order not to waste paper, one can revert to the old tradition of just handing over plain cash, which youngsters should learn to take care of without papers covers that would in the end be thrown away anyway.
One questionable 'tradition' is that of the bamboo cannon or 'meriam buluh'. and by extension firecrackers. Playing with fire and explosive stuff is never a good thing, even by adults and what more for children. for Malay-Muslim there is no tradition or philosophy requieng fire, sark and noisey creacks. Instead \many a house had been burnt, or worse, fingers blown off and people rudely surpised by loud noises. This is one practive that can be dane away with .

By A Najib Ariffin

Thursday, October 18, 2007

INTERNERY HARI RAYA

Apakah persediaan bila tiba hari raya??? kalau saya nie je lah ...

1) baju raya
2) kuih raya
3) duit raya for children
4) duit raya for ayah dan ibu
5) melawat kubur di pagi raya
6) sembahyang sunat hari raya
7) mandi sunat hari raya
8) balik kampung
9) anyam ketupat
10) home cook rendang
11) home cook kuah kacang
12) balik kampung
13) dengar takbir raya di kaca tv - kalau boleh bukak kuat kuat sampai ke pagi
14) pasang pelita di keliling rumah
15) melawat sanak saudara
16) pos kad hari raya - kita tak main hantar e-kad
17) kuih seorang sebotol untuk adik beradik
18) kasut raya
19) meminta maaf dan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan suami
20) menonton siaran tv - masa nie mesti lagu raya je lah

Monday, October 08, 2007

BILA TIBA HARI RAYA

bila tiba hari raya semua sibuk semacam .. kalau dizaman nabi dulu umat islam sibuk mencari malam lailaturqadar tapi kita sibuk mencari kedaikamdar.... kalau dulu umat islam sibuk berpuasa membersihkan diri dan merehat kan perut kita pula sibuk ke gerai-gerai mahupun ke hotel-hotel.

tahun nie rasa macam tak meriah lah nak beraya... bukan kerana tak cukup budget tapi entah lah kadang kala tuhan itu maha adil ... kalau kita ada wang tak de masa .. bila tak cukup pitih masa nyer melambak lambak... percaya atau tidak tahun nie lela tak beli pun tudung raya ke ... nak buat kuih raya ke... nak cari langsir raya ke ... dan jangan tak percaya lela pun tak bercuti raya !!! Bukan tak gembira tapi rasanyer sebab lela dah terlebih memeriahkan bulan ramadan al-mubarak so tak excited nak sambut Id-Eid. masa ramadaan lela ambil cuti sampai 3 hari kemudian lela siap buat rendang dan pulut. Lela siap pergi sembahyang terawih (walaupun) tak penuh (tahun depan lela nak cuba memenuhkannya), lela siap dapat buat sedekah (bukan nak menunjuk ya!!!), lela dapat berbuka dengan family. And i happy with it !!!!

Raya kali nie lela tak buat kuih cuma beli beberapa botol untuk in-laws dan adik beradik ... tahun nie no baju raya ... walaupun lela dah beli kain cotton yang berharga hampir 200 hinggit sepasang tapi tukang jahit lela buat hal (may be itu salah satu sebab nyer lela tak ada mood nak beraya!!!). hati lela sakit bila mengenang kan per hal baju raya dan seperti biasa rumah sudah dikemas, sawang sudah dibuang, lantai sudah di mop bersih... dan barang barang yang tak perlu sudah di buang ... baju untuk suami sudah dibeli...duit raya untuk kanak kanak sudah ditukar dan dimasukkan kedalam sampul, kad raya sudah di pos (btw this year lela dapat banyak card and hamper - adakah lela semakin popular ???? heheheheheh)... tapi entah mengapa tahun nie kita tak de mood raya ...

Tahun ini arrangement semua tunggang telanggang - sepatutnya lela akan beraya di jelebu walaupun tahun nie giliran kita... sebabkan adik adik lela semua dah lepas kawin so lela tak payah lah balik ke pd maka lela dengan berbesar hati memberi giliran lela kepada ibu mertua (mungkin sebab dia pun dah tak berapa sihat biar lah anaknya beraya selalu dengan dia ) tapi entah mana silap nyer adik bongsu lela call last minute kata suaminya kena raya di off shore ... so dia raya seorang diri di pd ... mmmm tak sampai hati lah pulak ( i wonder kalau besok lela seorang diri beraya nak ke sesiapa teman kan lela agaknya ya???) so mengenang kan i'm the oldest in the family and ibu soko ... terpaksa lah lela dan suami melangsaikan tugas masing masing ... malam raya tu lela akan pulang ke port dickson menemankan adik perempuan lela dan suami lela akan pulang ke jelebu bersama ibunya ... pagi nya kami akan beraya secara berasingan dan selepas itu lela akan pergi melawat kubur kedua orang tua lela... mungkin selepas itu lela dan adik akan singgah ke rumah mertuanya. Lela akan tunggu adik lelaki lela balik kemudian i will go off to Jelebu ... hebat kan????

kami akan pulang on the 2nd day of raya ke kuala lumpur ... Isnin kami akan menziarahi beberapa rumah sedara dan sahabat ... selasa off to work back ... !!!! ramai yang terkejut mengapa lela tak ambil cuti lama ... for me raya is just a raya ... dalam islam pun raya cuma sehari 1 Syawal bukan yer sebulan syawal ...heheheheheeh at least i can save my holiday.;.. Tahun nie raya bagi lela cuma untuk melawat pusara kedua ibu bapa lela ... dan melawat beberapa kenalan yang sedang tak sihat (ramai benar yang sakit - menandakan usia semakin tua!!!).

I think thats all is in my mind for this hari raya... Selamat berhari raya tu all the muslim readers dan drive carefully - pandu cermat jiwa selamat- may this Id-Eid will be a good one.... assalamulaikum ...

Sunday, October 07, 2007

KAMU KENA BANTU DIA !!!

Bukan untuk menunjuk akan tetapi salah satu sikap lela ada lah suka membantu ... kelemahan diri lela adalah tak tahu macam mana nak cakap "TIDAK". Kalau orang nak minta tolong lela akan cuba lakukan sebaik mungkin. Kadang kala lela jadi tak tentu hala .. orang nie mintak tolong lepas tu orang nie lah pulak ... last last .... lela yang pening kepala... dulu tak pandai nak menolak ... sebab lela rasa tak best lah bila orang mintak tolong kita tolak ... tapi sejak akhir-akhirnya lela dah pandai buat ayat untuk menolak sesuatu permintaan ...



Antara azam lela untuk tahun ini adalah untuk mementingkan diri sendiri dulu ... buat benda untuk diri sendiri dulu baru boleh fikirkan untuk orang lain.. sebab dari dulu lela dok tolong adik beradik, saudara mara dan rakan rakan .. kerja kerja lela pulak yang tak siap siap ... bila kita minta bantuaan semua lepas tangan ...


Semalam mama minta bantuan lela, anaknya rina ingin kan bahan untuk membuat assigment.. yang kelakar mula mula dia tanya lela ada ke buku tentang kesultanan melayu ... lela ada lah buku tapi kena baca sendiri lah ... lepas tu mama tanya lagi ... boleh tolong cari kan dalam internat untuk anaknya ... lela dah pening kepala nampak caranya macam nak suruh kita yang buat assigment anak nyer .. lela kata dirumah lela boleh asses internat ... why not she came to my house to do some reading ... wahhhhh mama kata " u tolong printkan lah ... biar dia bagi soalan dekat u.." banyak cantik ... dia yang sebuk nak pi belajar ... dia yang nak dapat sijil dan dia yang akan naik pangkat ...lela pulak yang nak bersengkang biji mata ... kalau gaji dia bagi setengah kat kita tak pe jugak... banyak benda lain yang boleh aku lakukan selain nak membantu orang !!!. Lela kata tak boleh dan mama kata ..."KAMU MESTI BANTU DIA !!!" sudah lah suami nya tak bantu , ayahnya tak bantu ... we have to bantu her !!! ohhh please ini bukan membantu tapi ini menjahanam kan anak u !!! kata lela kepad mama .



cerita pasal membantu ... islam mengalakkan umat nyer membantu kepada yang memerlukan dan lela memang suka aktiviti membantu nie ... ada benda yang kita disuruh membantu ada benda kita tak boleh bantu ... tapi diri kita sendiri kena bergerak... kadang kala kita tidak boleh memberi 100% bantuan nanti naik lemak berkilo kilo lah pulak... dalam islam kita perlu membantu fakir miskin, orang yang melakukan fisabilliah dan anak yatim piatu ... kita boleh membantu dengan berbagai cara ... melalui pemberian zakat fitrah dan bantuan fizikal ... so dibulan ramaddan yang mulia ini lela dan beberapa kawan ada mengumpulkan sedikit dana bukan wang tetapi barang barang keperluaan asas untuk di berikan kepada beberapa buah surau dan keluarga yang memerlukan. tapi kumpulan lela tak de lah besar sangat .. yalah orang pun mana percaya nak beri kepada lela .. project ini kali pertama lela cuba lakukan ... selalunya lela buat secara sendirian ... kalau ada rezeki lebih lela cuma beli beberapa kilo beras untuk di berikan kepada rumah tafiz di janda baik ... tahun ini lela rasa lela perlu lakukan sesuatu secara berkumpulan. yalah bila dalam kumpulan dan persatuaan lebih banyak dana dapat disalurkan ... lela cuma sms beberapa orang kenalan .. mana tahu ada yang berminat ... antara yang dapat dikutip :
- 15kilo beras
- 6 kotak teh
- 16 kilo gula
- 10 tin susu

Semoga tahun yang akan datang kutipannya akan lebih besar dan dapat lah diberi kepada lebih banyak keluarga yang memerlukan. Barang barang ini lela agih-agih kan kepada 3 buah surau dan 2 rumah keluarga yang susah.

Sunday, September 30, 2007

KAD RAYA PENGANTI DIRI


KAD RAYA DARI PUTERI AURORA!!!

Semalam saya berbuka bersama-sama rakan rakan dari group kelab artakusia di seremban. Bestlah jugak jumpa rakan rakan dan keluarga mereka tapi jauh bebenar ... lepas makan makan di kedai fish & chips ... pi pulak ke istana aurora... cerita punya cerita jam dah ke pukul 11 malam... kelang kelibut lah ... cinderalla perlu sampai di rumah sebelum pukul 12.00 malam kalau tak muka jadi buruk ... hehehehehhehe. Wah bangsa Aurora begitu bersemangat berbuka .. semuanya dok makan fish and chip mungkin kerana mereka nie orang gunung so sumber protien mereka adalah dari ikan... tak seperti lela ...saya dok tala kambing ... raja aurora siap menjeling kehairanan melihat lela melapah dan memotong seekor kambing untuk berbuka ... very the babarian gitu ... huhuuhuuu...

Saya sampai ke rumah pukul satu pagi ... tiba tiba suami bagi kad ... wahhhh kad raya dari Adibah Noor ... mmmm baru lah lela teringat yang lela terlupa nak beli kad untuk family dan rakan rakan terdekat... mmmmm tahun ini betul betul busy nampaknya sampai boleh terlupa nak membeli kad :( ... isnin nie lela perlu mencari kad raya untuk membalas kad kad peminat (hahahhahahahah~!!!!!) sebenarnya lela lebih suka memberi kad dari kertas dan mengeposnya ... kurang berminat untuk menghantar kad secara maya ... ya mungkin lela ini old books kot ... lebih selesa dan rasa ada sentimental value lah pulakkan ... hehehheheheh.. selalunya kad kad yang akan diedarkan kepada adik beradik dan saudara terdekat ... kawan kawan yang dah lama tak jumpa ... lela jarang bagi kawan kawan office mungkin sebab selalu jumpa ... untuk kawan kawan office selalunya lela bagi melalui ucapan ringkas di e-mail je ....


minggu nie lela ada 3 jemputan berbuka ... rabu, khamis dan jumaat, habis lah sembahyang terawih lela ... huhuuuu harap harap minggu nie jelah lepas tu tak de lah jemputan lagi ... dah tak larat rasanya ... kadang kala lela rasa bulan bulan puasa nie macam nak duduk dalam hutan pun ada ... nak bersendirian menyendiri ... kadang kala bila bulan puasa nie lagi sibuk dengan atur cara.. kalau di indonesia pelacur pun bercuti berniaga untuk menghormati bulan ramadaan nie tapi kita di sini macam terbalik lah pulak ... bulan nie lah kita beria ia berniaga, pesta makan makan dan berbagai lagi ... macam lah tak de bulan lain kita nak berjumpa rakan rakan ... atau membuat kuih atau membersih kan rumah atau berniaga mencari keuntungan ... hehehheheheh

well nampaknya lela dah tersasar dari tajuk hehehehehehhe... bagaimana persiapan hari raya tahun nie? bagi lela buat yang simple simple je ... tahun nie lela pulang ke rumah suami tapi dia balik dulu ... lela tak ambil cuti pun ... jumaat petang tu balik ( so tak yah lah teruk teruk nak kena membanting tulang buek rendang berbagai ... ) selasa dah keje ... tak ambil cuti pun mungkin ... sebab malas nak ambil cuti lelama ... baik cuti tu lela simpan untuk diri sendiri (wahhhh sungguh mementing kan diri sendiri ya!!!).

ya lagi satu ... monday nie lela ada in house interview - naik pangkat ... semoga berjaya ... doa kan kita ya!!! amin

Tuesday, September 25, 2007

NURIN JAZLIN


Nurin Jazlin, rest in peace dearest child.
Dengan nama allah yang maha pengasih dan penyayang
Demi bukti
Demi kitab bersurat
Demi kertas terbuka
Demi baitullah yang makmur
Demi langit yang tinggi
Demi samudra bergejolak
Sungguh AZAB TUHANMU itu PASTI
tidak ada alang-melintang
pada waktu langit simpang siur
dan gunung benar berjalan
pada maktu itu celakalah mereka yang tidak percaya pada hari pembalasan
Surah Ath-Thuur - Ayat 1 - 11
entah mengapa sehingga ke hari ini, wajah nya sering terbayang di ingatan ... mungkin kematian nyer terlalu kejam. Sejak berita kematiannya disiarkan saya tidak lalu makan dan ketawa ... bila membaca cara kematiannya dan deraan selama sebulan membuat saya bertambah sedih .... mengapa ada manusia yang sanggup melakukan kepada anak kecil sebegini rupa. Kita sudah tidak ada rasa kemanusiaan kah???

Sunday, September 23, 2007

BERBUKA PUASA

Sedar tak sedar dah 11 hari kita berpuasa. Tahun ini lela kurang berbuka di luar dan membeli di pasar juadah .. mungkin dah tua kot ... lela lebih selesa berbuka dirumah ..masak pun simple simple je ... tak nak membazir ... puasa nie untuk membakar semua lemak lemak yang tak perlu... untuk rehat kan perut dan menahan hawa nafsu ...


Percaya atau tidak (lela pun macam tak percaya..) baru 3 kali lela berbuka di luar. Pertama berbuka di Bangsar di rumah kak long ... ya lah emak dan ayah tak ada ... i think i should give a respect to my kak long kerana dia yang paling tua in the family ... it just like balik kampung for berbuka ... dikelilingi bersama long and abang amir, my niece and newphew make me feel at home. abang amir cook brani - our family recepice ... and it remains me of my parents....


yang kedua nyer saya pulang ke jelebu bersama suami ... berbuka dng emak dan bapanya ... melihat sinar mata kedua orang tuanya menyambut kepulang kami ... kami tahu mereka gembira ... saya beli sekilo daging baru .... masak lomak cili padi ... saya sedekah kan kepada jiran jiran ... bukan orang lain pun .. mak long, wannya dan mak ciknya ... malamnyer kami berjemaah beramai ramai disurau .. damainya malam di kampung membuat saya menyukuri rahmat yang diberikan ... kedinginan malam membuat kami lebih dekat dengan sang pencipta.


ketiganya lela berbuka dengan anak yatim di pondok raudah di jalan gombak batu 14 bersama rakan rakan pejabat.. bila melihat kanak kanak yang tidak mempunyai ibu bapa dan terpaksa berdikari, lela menyukuri nikmat yang telah diberikan kepada lela. Walaupun lela sudah tidak punya kedua ibu bapa ... atleast allah masih sayang kan lela ... dimasa kecil lela dapat merasai hidup berkeluarga .. mempunyai nenek dan atuk ... makcik dan pakcik ,...kakak dan abang ... merasa nikmat berpuasa bersama sama sanak saudara tidak seperti mereka yang terpaksa hidup tanpa memori bersama keluarga ... terima kasih kepada sang pencipta.
adik adik di pandai betul main alat muzik tanpa eletrik...

minggu depan kemungkinan besar lela ikut deebers pi join berbuka bersama anak yatim gak ... so rasanya itu saja aktiviti lela di bulan ramadaan nie ... lela cuma untuk mengurangkan aktiviti di luar ... terutama dah nak akhir akhir ramadaan nie ... cuma satu je yang terkilan di hati ... entah bila lah dapat berbuka bersama tok di puncak banjaran ... sedih jugak .... harap harap doa lela di makbulkan dapat berjumpa dengan tok di bulan puasa nie.

Thursday, September 20, 2007

ORANG KITA TIDAK PANDAI JAGA ANAK

Betul ke orang zaman sekarang tak pandai jaga anak??? Anak di biarkan sendirian ... boleh pergi ke pasar malam tanpa teman. Pi bershopping tak ingat dunia sampai anak entah kemana. kalau dulu kita sering mendapat berita yang anak mati lemas bermain di lombong atau pun terjatuh di longkang ... kini dunia semakin kejam ... anak anak kecil dirogol kemudian dibunuh sehingga mati ... macam helang meyambar anak ayam ...
Saya masih ingat lagi ... semasa saya kecil ... emak dan ayah tidak pernah membawa kami di shopping complex ... kami tidak di benarkan bermain di luar pagar .. jika ingin bermain ... kakak akan bersama atau bersama rakan rakan .. kami tidak pernah ke pasar malam. Jika ibu hendak membeli baju atau pun apa semuanya ibu beli sendiri ... kami akan tinggal di rumah bersama kakak long ... sehinggalah saya di tingkatan 3 baru saya dibenarkan pergi sendirian ke pasar minggu ... saya masih ingin cukup jam 7 malam pintu dikunci semua tidak boleh keluar ke mana-mana , kami pergi kelas mengaji atau tution semua nya diteman oleh kak long ... begitu juga naik bas untuk ke sekolah ... kak long akan menunggu sehingga kami naik bas. Kalau dulu saya rasa dikongokong ... makan kfc pun dng ibu atau kakak ... jangan harap nak pi shopping complex masa kecil kecil ... kalau dulu saya rasa hidup saya dikongkong tapi kini bila melihat dan membaca bagaimana kanak kanak di culik, diperlakukan sebegitu rupa saya bersyukur mendapat ibu dan kakak yang menjaga saya ... sehingga saya boleh berdikari dengan sendirinya ... Kalau saya ada anak saya akan lakukan bagaimana ibu dan kakak saya lakukan kepada saya . Biar lah orang kata anak saya "gayat" tidak tahu naik eskoletor ... tidak kenal pasar malam mahu pun manja berhantar berambik di sekolah ... kerana anak adalah anugerah allah kepada kita dan kita perlu menjaga mereka kerana mereka lah generasi yang akan mencorakkan bangsa dan agama.
Kematian adik Nurin sangat menyayat hati .. sampai hati mereka lipat mayat sampai jadi macam tu ... sedangkan anak kucing pun lela tak sanggup nak jentik ini kan manusia ...zaman moden tapi manusia sudah kalah di zaman jahilliay ... kalau dizaman jahilliyah bayi perempuan ditanam tapi kini tak kira jantina mereka buang merata-rata ... kanak kanak pula diperkosa dan didera sebegitu rupa ... pihak pihak NGO, persatuaan wantia perlu bertindak .. bukan melalui hot line ke apa ... semua kena turun padang buat ceramah ... masjid dan surau perlu buat ceramah tentang tanggung jawab ibu bapa, cara menjaga anak ... disekolah sekolah guru guru terutama pihak PIBG perlu buat ceramah keibu-bapaan ... begitu juga kementerian wanita ... kita kena bagi ilmu kepada ibu bapa ... kalau tak sampai bila masalah ini tidak akan selesai...

Friday, September 14, 2007

PABILA RAMADAN MUCUL KEMBALI

Ramadan muncul kembali... tapi tahun nie rasa nyer tak seperti tahun tahun biasa ... Tahun nie tok tak ada dengan lela... dia ingin bersendirian di puncak gunung. Berkalhwat bersama Sang Pencipta mungkin. Tahun nie memang lela dan suami je menyambut ramadaan, sedih lah jugak . Kalau masa kecik-kecik masa berbuka penuh berhimpit himpit, meja pun tak cukup, siap bersila kat ruang tamu. Makan pun berebut sebab rama tapi sekarang nie kami berdua je. masak sejenis lauk sejenis kuih pun tak habis sampai ke sahur.
Kalau tahun tahun sebelum nya lela akan buat acar buah bagi kat jiran dan keluarga terdekat tapi nampaknyer tahun nie memang tak sempat. Nak kekedai buah lambak pun tak dapat apatah lagi nak memasaknyer. Kuih raya mungkin kuih tujuk je lah, memang tahun nie lela rasa betul betul tak cukup masa dan tangan manakan tidak semua kena uruskan sendiri. Kalau tak keje tak pulak ada RMnya kan? Cuma tahun nie Lela ambil 2 hari cuti tahun, saja nak lepak di rumah sempena bulan yang mulia nie. Nak masak untuk cik abang saya.
Hari terakhir di office, lela distribute acar buah ( nak bagi kurma seorang sekotak macam tak mampu je ) kepada kakak cleaner, pakcik security dan abang despatch. Nak bagi kat semua tak larat lah ... gaji lela bukannyer 5 angka ... cuma lela bagi kat general workers je lah. Malamnyer pulak lela distribute Teh, Gula dan Susu kat pakcik-pakcik security dan adik cleaner di perumahan Lela. Dapat lah tampung kos berbuka, at least tak yah lah mereka nak beli air.
Azam Lela dibulan Ramadan tahun nie , lela nak cuba pergi sembahyang Terwaih - kalau larat nak buat selama sebulan tapi entahlah ... kita tengok dan lihat je lah ... heheheheeh Lela nie pun kekadang hangat hangat taik ayam lah jugak, tengah cuti boleh lah nanti dah start keje balik entah lah macam mana. Lela tanya suami " malam nanti sahur nak makan apa.. Nak nasi ke, nak goreng goreng ke" Dia kata .. "Kita nak makan roti dan tuna, kurma dan susu" Lega lah, senang je tu ... masa nak tido suruh suami setkan loceng ... lela pun tido, tido mati. Entah kenapa nyenyak betul tido malam tadi, sampai boleh termimpikan arwah emak dan ayah. Hilang sikit rasa sedih, sayang jugak rupanya mereka kat Lela sanggup datang menjenguk dibulan yang mulia nie atau mungkin mereka tahu anak gadis nyer sendirian ketika ini. Tup- tup dengar dengar azan subuh. Suami terkejut dan lela lagi lah terus sambung berdengkur ... sebab lela memang dari kecik tak pernah bangun sahur tapi rasa bersalah lah jugak sebab tak dapat buat kan suami sahur.
Suami kerja lela cuti !!! bestnyer !! bangun lewat ... kemas rumah basuh baju ... keluar kan daging dari peti ais ... menu hari nie rendang daging dan karipap pusing ... berpeluh lah jugak .. ialah buat seorang diri kan ... tapi bila rendang sudah mendidih berbau satu rumah (satu blok sebenarnya) ... terasa lah kemeriahan berpuasa ... terasa macam kat kampung dengan keluarga ... tiba-tiba jiran diatas siap mengoder "Lela u masak rendang ke , satu piring untuk kita ya!!!" hahahahhah ...
Untuk hari pertama ini kami tak ke pasar juadah, cuma lela pesan suami belikan air kelapa 2 hinggit. Menu berbuka : Nasi, rendang daging, sambal tempoyak, ayam goren, petai rebus, karipap pusing dan kurma dan jiran bagi mee goreng. Cukup lah untuk berdua kan? Berbuka lela makan macam orang tak jumpa nasi setahun ... suami tanya "u ke makan atau jin u yang makan nie?" lela buat tak reti je ... dia cuma minum air segelas, kurma 3 biji ... terus pi buat magrhib ... Kemudian kami bersiap siap untuk ke surau ... nasib lah surau dekat je turun lif jalan 50 langkah dah sampai...Ya allah punya lah ramainyer jemaah sampai tak cukup . Imam siap sound "kalau macam nie tiap tiap hari kan bagus ... terutama bila maghrib dan isyak." Betul lah jugak kat imam tu ... kalau hari biasa jemaah tak sampai 10 orang tapi bila terawih beratus orang lah pulak ...huhuuuuuuu
Balik terwaih jam sudah pukul 10 malam ... balik je rumah lela tala makan lagi ... suami dok pandang ... "U nie biar betul, macam budak kecik lah pulak" Lantak lah dia nak kutuk pun lela makan lagi ... heheheheeh. lepas kemas ... kaki dah rasa tak larat - lela rasa terwaih nie macam yoga for 3 hours ... berpeluhnya tuhan saja yang tahu .. sampai keluar peluh jantan ... tak tahulah sebab badan berat ke, orang terlalu ramai ke ... atau jin banyak dalam badan... lepas tu terus terbongkang ... malam tadi suami ajak makan sahur ... lela dah tak larat ... "u makan sendiri lah yang, tidur lebih sedap dari makan"...hehheeheheheheeh 29 days to go!!!