Thursday, May 06, 2004

BUDI

YG MERAH ITU SAGA
YG LOREK ITU KENDI
YG INDAH ITU BAHASA
YG MOLEK ITU BUDI

:I:
Apalah untungnya berbudi dizaman ini, kita seakan lupa apa itu BUDI..yg penting dizaman ini adalah wang ringgit ...jika ditaburkan wang kepada sesiapa jua pasti kita mudah mendapat rakan, saudara, ibu mertua dan mungkin isteri yg molek.

Budi tidak lagi diambil kira ...apalah guna berbudi jika tidak berduit...dng budi kita tak dapat membeli komputer, hand-phone, kereta, banglo ataupun tanah berelong.

Tapi bagi ku pula ..tak rugi berbudi kerana jika kita berbuat baik dan berbudi kepada makhluknya pasti TUANnya akan menolong kita pula.

:II:
Pagi tadi aku singgah di Pejabat Pos utk membuat beberapa urusan...diwaktu menunggu no giliran ku dipanggil ..aku terdengar satu perbualan diantara seorang lelaki tua (yg umurnya lebih kurang 65 tahun) dng seorang anak kecil (4 tahun) diantara perbualannya

::::
Anak Kecil: bla..bla..bla(bercakap sendirian)
Pakcik : Petahnya kamu bercakap?
Anak Kecil: Pandang kearah pakcik tadi..tersenyum
Pakcik: Umur berapa nie
Anak Kecil: 4 tahun
Pakcik : Ohhhhh cerdik nyer ...Nama kamu siapa?
Anak kecil: (malu-malu) Nama saya Alice
Pakcik: La tu kan nama org putih ...tak ada nama melayu kah ? (Sambil memandang kearah ibunya)
Anak kecil: Apa dia?????

Aku terseyum sendirian....betul juga kata pakcik tadi....bila aku melihat raut wajah anak tadi 1% pun tak ada iras mat saleh...hehehheheh

dah lama tak jumpa nama Melati ataupun Melur ye.....

No comments: