Saturday, May 01, 2004

NEW LIFE

:: Selamat tinggal

Hari ini adalah hari terakhir aku didunia ini...banyak suka duka disini..banyak manis dan pahit terpaksa ku telan utk sesuap nasi, kehidupan disini mematangkan aku tentang manusia yg mengejar hari-hari mendatang.

Sukar aku utk meninggalkan mereka..disini aku mengenal dunia siber, disini aku belajar mengenal intan dan kaca, disini juga aku terpaksa menjadi pelakon atau lebih jelek lagi menjadi "rupa-rupa" utk secebis kehidupan...tetapi aku bangga kerana disini aku telah mencapai satu tangga yg tidak pernah aku capai dahulunya....

Apa yg dapat ku ucapkan "terima kasih semua"

::Dunia Yg Aku Tinggalkan


:: Bodohkah aku?

Ingatkah kamu tentang kewengan aku???...Selama 2 bulan aku memendam perasaan....keputusan utk berhijrah amat sukar sekali...disini lubuk segalanya...semuanya indah sekali...aku punya segalanya disini, disediakan berbagai kemudahan sehingga merasakan seperti duduk diawangan dan penghuninya pula comel & molek belaka dan ketua-ketua pasukannya pula terlalu baik tak terkata....ketika perpisahan dipenghujungnya....aku dijamukan 7 hari 7 malam sehinggalah kesaat akhir perpisahan perutusan dari segenap sudut datang mencurah-curah....

Tetapi aku perlu BERHIJRAH...utk kebaikan...walaupun disana itu lombong emas kutinggalkan tetapi disini ada kebahagiannya juga....aku tinggalkan segala demi kasih ku terhadap mu duhai suami ku yg tercinta ......demi masa depan kita....kerana mu, aku sanggup membuang segala emas dan permata....kerana aku tahu KAU lebih berharga dari harta setinggi gunung ...

No comments: