Sunday, May 09, 2004

Selamat Hari Ibu

KasihMU
Ibarat cahaya bintang timur
Yang nun jauh disana
Walaupun telah tiada
Ianya tetap menyinar
kegelapan malamKU

BelaiMU
Sedingin embun malam
Untuk membasihi
Tanah tandusKU

SayangMU
Sehangat mentari pagi
MenghangatkanKU
Agar dapat meneruskan
Sisa-sisa disini

SemangatMU pula
Sekuat batu gunung
Terpasak tidak pernah goyah
Pabila ditiup taufan
UntukKU yang bernama anak

Yang pasti,
Engkau wahai IbuKU
Tetap akan bersemadi ditubuh ini
Untuk KUteruskan impian dan cita-citaMU…..


::IBU

IBU diibartkan pasak kepada sesebuah keluarga ….hanya ibu yg sanggup berbuat apa sahaja demi anak-anak mereka. Peritnya untuk menjadi seorang ibu hanya tuhan sahaja yg tahu.

IBUlah tempat aku merujuk sesuatu perkara kerana beliau ibaratkan universiti kehidupan kerana ilmunya tidak direkod kan di univerisiti, perpustakan mahupun di muziam apatah lagi di internat seperti petua menjaga hati suami, cara mengambil hati mak mertua ataupun tempat kita mengadu nasib dan berkongsi masalah kehidupan.

Banyak masalah “di dalam kelabu” yg tidak boleh diceritakan bersama rakan, mak mertua mahupun suami dan ianya hanya dapat diluahkan/ dikongsi bersama IBUku….

Walaupun IBUku telah tiada lagi tetapi aku pasti segala tunjuk ajar dan nasihatnya kepadaku ini akan jadikan “azimat” utk meneruskan kehidupan ini…dan yg pasti IBUku tetap hidup didalam hatiKU ini.

No comments: