Negeri Kedah negeri lama
Terkenal hingga serata benua
Kini tinggal tak bernama
Gunung Jerai menjadi tanda
Semasa perjalanan menuju ke kedah
Harry Potter menjadi teman
secakir kopi panas
sekeping roti panggang
senaskah berita di pagi hari
itulah nikmat dunia tidak terperi
melawat kilang batik di jitra
diperbatasan malaysia thai
bukit kayu hitam terjejak kaki
hatyai syurga bagi sang lelaki
Jika anda seorang pengkaji … anda akan tahu bahawasana negeri kedah ini adalah satu kota lama yang penuh dengan suka dan duka. Kota yang melambangkan keagungan bangsa melayu. Kedah yang lebih dikenali sebagai Qadah (Huruf Kaf dan Da- dalam tulisan arab) atau Kadaram dalam bahasa Tamil, sebuah empayar yang sangat besar dan agung.
Bangsa Melayu sudah ujud sebelum Tahun Masih lagi (maknanya sebelum Nabi Isa dilahirkan) maka tidaklah benar jika ada yang memperlekahkan bangsa melayu satu bangsa yang muda. Banyak catatan dari India dan Cina yang menceritakan tentang keagungan bangsa Melayu Kedah.
Pernahkah anda membaca Hikayat Merong Mahawangsa? Itulah cerita bangsa dan keturuanan diraja melayu kedah. Pernah mendengar tentang keagungan Lembah Bujang dimana dikatakan purinya bersalut emas dan intan permata atau pernah terdengar tentang cerita empayar Langkasuka? Pernah lihat wayang Raja Bersiong yang sangat zalim tetapi hensom dan kacak dan kenal siapa itu Iskandar Zulkarnian yang juga berketurunan dari Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai harta karun yang sangat banyak. Semuanya cerita ini bersangkut dengan tanah Kedah dan maka itu Kedah bukan calang-calang, ianya adalah satu tempat yang penuh dengan misteri yang belum terungkap dan terurai kerana disinilah satu titik pertemuan timur dan barat, utara dan selatan…
Tapi kini Kedah cuma tinggal nama … kalau 50 tahun yang lampau kedah boleh lagi berbangga dengan gelarang "The bowl of Malaysia” - Periuk Nasi Malaysia tapi kini padi menguning sudah tidak kelihatan… Pabila Malim Lebar Daun turun dari kayangan dia akan kesedihan melihat tiada lagi juraian emas menguning bertaburan sejauh saujana mata memandang. Sawah nampaknya semakin mengecil… tanah yang lapang dan luas sudah di pecah pecah untuk membina rumah dan bangunan atas nama permodenan. Mungkin sudah menjadi mind set bangsa melayu jika tidak ada bangunan bukanlah pembangunan namanya.
Haa kita lupakan kesedihan … tanah yang saya lawati bermulanya segala sejarah cuma kini namanya dilipat dalam sejarah. Jika di Perils, penduduknya lebih mirip kepada berwajah melayu petani tetapi di kedah mereka lebih berwajah kemamakan. Mungkin kerana Kedah lebih akrab dengan wilayah Tamil Nandu di India. Lembah Bujang menjadi bukti bahawa bangsa ini pernah berugama Hindu dan mempunyai hubungan diplomatic yang sangat rapat dengan benua Kelinga diselatan India. Bukan itu saja ada tercatat bahawa pahlawan dari kedah sangat berani dan cekap bermain senjata sehingga mereka menjadi tentera berjihad bersama-sama tentera Khalifah Omar, Osman dan Ali bagi membantu umat islam menjatuhkan Empayar Rom dan Pasai … betapa gagahnya perwira melayu!!! Dizaman keagungan Islam pahlawan dari kedah dan siam dihantar kepelusuk sempandan empayar islam bagi membantu membesarkan empayar sehingga ke spain!!! Gunung Jerai menjadi tanda bagi pedangang India dan Arab datang berdagagan ke Kedah.
Kedah tetap kedah!!! Walaupun tanahnya tidak segah dulu tetapi warganya tetap berdarah pemimpin dan wira… Lihat saja Tengku Abdul Rahman, Dr Mahadir, Pak Lah, P.Ramlee tokoh ugama ramai dari dari tanah ini!!! Ya darah yang mengalir akan tetap mengalir … tidak kira waktu dan ketika.
Sudah lama saya tidak ke kedah. saya masih ingat lagi kedah satu ketika dahulu penuh dengan sawah padi yang menguning ... tetapi tidak lagi ... saya bagaikan puteri kayangan yang kehilangan semangat. Padi dan Melayu tidak boleh dipisahkan ... jika padi hilang dari bumi melayu maka hilang lah semangat melayu itu sendiri.... dan entah mengapa sepanjang perjalanan kekedah hujan turun tanpa henti .. kadang kala lebat kadang kala gerimis ... mendung sepanjang hari ... ya mungkin meraikan kepulangan puteri ditanah keramat. Saya tidak banyak berjalan cuma dapat melihat sekitar melalui bas yang dinaiki... pembangunan yang sangat pesat ... cuma tanahnya sedikit kontang walaupun hujan sepanjang masa...
Maybe lain kali nak singgah ke Gunung Jerai dan Lembah Bujang... mana tahu terjumpa harta karun !!! huhuhuuuu