Aku jarang ingin bercerita tentang kerjaya ku. Ku kira aku seorang yang sering kecundang apabila bercerita tentang kerjaya. Bekerja di syarikat asing amat sukar sekali apatah lagi hampir 90% pekerja nya berbangsa asing.
bekerja dengan bangsa asing memaksa kita berkerja 2 kali ganda untuk bersaing. Tetapi hari ini aku agak bangga ... Sukar untuk bangsa cina berwarga negara Singapura yang boleh memuji seorang pekerja melayu berugama islam... dan sukar untuk mendengar seorang gadis mat saleh dari negeri belanda yang memuji mutu kerja perempuan melayu muslim ditanah airnya.
hari ini aku bangga bukan kerana aku berpangkat pegawai gaji puluhan ribu. Tetapi aku bangga kerana aku telah dapat membuktikan bahawa wanita melayu islam juga boleh bersaing setanding dengan bangsa dunia.
Sahabat doakan agar jihad ku ini akan dirahmati sang esa ..
No comments:
Post a Comment