mungkin kerana berkat junjungan kasih tuanku
mengibarkan panji-panji
negeri selangor dapat kami tumbangkan
on the election eve 11.30 pm - 7 /3/2008, Shah Alam
mengibarkan panji-panji
negeri selangor dapat kami tumbangkan
on the election eve 11.30 pm - 7 /3/2008, Shah Alam
SEGALA PUJI BAGI TUHAN SEKELIAN ALAM
Semasa saya menulis ini segalanya sudah reda. Taufan dan tsunami sudah reda ... angin perubahan sudah berlaku dan bait bait kematangan sudah nampak. Semua perlu berubah kini .. org politik sudah tidak betah untuk duduk dan mengaut segala hasil ... rakyat dan raja sudah pandai menilai dan bermain catur ...
Semasa saya duduk dan menulis nie ... kebanyakan negeri sudah pun melantik kerajaan syukur kerana semua berjalan dengan lancar dan tenteram. Walaupun ada nampak ketengangan seperti di Perak tetapi beruntung lah orang melayu kerana mempunyai raja yang sangat adil dan bijaksana ... maka pulih lah segalanya seperti sediakala. Dikala inilah baru kita tahu untungnya melayu mempunyai raja untuk berlindung ... jika tidak buruk padahnya ... dan bersyukur kepada pemimpin melayu yang terdahulu kerana telah membuat undang undang yang begitu molek dan cantik sekali ... walau apa yang akan melanda .. melayu islam lah yang akan menjadi ketua dan imam ... syukur kita mempunyai datuk dan nenek yang sangat berfikiran jauh dan panjang ...
Kepada warga UMNO jangan lihat rakyat yang menyokong barisan PKR sebagai pengkhianta kepada bangsa sebenarnya kerana sayang kan orang melayu lah mereka bangun menentang ... kerana sudah tidak tahan dengan momokan politukus yang buta dan tuli. kepada yang menang ini bukan masa untuk tidur dengan lena ... kerana kini rakyat sudah pandai berpolitik dan lebih pandai merancang ... jangan 5 tahun kelak ... sejarah terengganu akan berulang. Kepada yang menang jangan dibuang yang lama ... jangan di keji yang lama ... bimbing mereka ... agar mereka nanti menyokong usaha usaha memulihkan Malaysia yang tercinta ini. Ya melayu perlu bersatu tidak kira dari mana parti ... lawan tetap lawan tetapi nilai nilai kemelayuan akan dijaga dan dipupuk agar nanti melayu akan kembang mekar keseluruh alam ...
Syabas kepada rakayat yang cintakan kedamaian dan keamanan .. setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan inilah hadiah yang paling bermakna bagi bangsa malaysia !!!!! Dan setelah 50 tahun Merdeka barulah ini dinamakan hidupnya dan mekar nyer bunga DEMOKARASI ... ALLAH MAHA BESAR !!!
3 comments:
Allah huakbar ! Hidup PAS, Hidup PKR!
ya hidup melayu!!! tak kira parti
Lela oh Lela ...
Post a Comment