Saturday, March 29, 2008

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH - RAJA MIZAN

KAMI NAK IDRIS, BINATANG


Apa yang sedang berlaku di Terengganu amat lah menyedihkan ... mana boleh seorang raja di gelar BINATANG. Sebagai parti yang bertunjangkan ketuanan melayu menghina raja nya sebegini rupa ia bagaikan langit gugur ke bumi. Amat menyedihkan bila orang melayu sendiri sudah lupa akan raja mereka. Kita lihat saja di Thailand jika mempermainkan gambar Diraja sudah boleh dihukum penjara. Kalaulah saya yang menjadi Sultan Mizan akan saya SULA sesiapa yang pegang kain rentang itu dan kepada Pak Lah dan Idris akan saya pancung hidup hidup di Dataran Merdeka agar sejarah mencatatkan mereka sebagai seorang yang engkar kepada bangsa melayu. Tetapi kita tak heran kerana orang umno tidak malu menghina nabi dan ulamak apatah lagi untuk menghina raja mereka sendiri...

Kita manusia biasa ini pun kalau di panggil binatang pasti akan bertindak balas ... inikan lagi seorang ketua kerajaan. Saya tabik dengan keperibadian Raja Mizan. Baginda masih boleh bersabar bila digelar binantang. Padan lah beliau menolak untuk berjumpa dengan Pak Lah tempoh hari. Mana pergi nilai dan tata kita sebagai bangsa berdaulat. Yang kelakar bila raja yang zalim kan main lagi puak puak U*N% dok menyembah, raja dari darah yahudi diagungkan, raja togang arak ok je ... anak raja pakai dan kawin cara yahudi ok je tapi bila raja yang adil, yang ingin mempertahankah hak rakyat miskin, bertanya tentang kewangaan negeri, rompakan duit berbillion ini digelar BINATANG ... huhuuuhuuu hebat betul orang melayu ya. Padan lah melayu kini sudah layu, melayu sudah hilang dan miskin kerana melayu kini tidak dapat membezakan yang mana baik dan mana buruk. Melayu yang sudah tidak punya payung untuk berteduh, dahan untuk berpauh... melayu sudah menjadi beruk!!!! .

Tetapi telah menjadi sejarah orang melayu ... selalu raja yang adil dan baik tidak disukai oleh para memanda menteri... sejarah telah mencatatkan ramai raja raja yang adil dibunuh dan disantau. Lihat saja Sultan Alauddin yang telah disantau kerana mengamalkan pemerintahan islam. Sebenarnya orang melayu nie hidup bertopengkan islam tapi hati dan amalan masih mengikut amalaan hindu dan kafir qurish...

Yang kelakarnya politikus politikus melayu nie merasakan diri mereka seperti raja... senang senang menbunuh , merompak dan merogol rakyat tanpa rasa belas. Kerna itu lah kini raja raja terpaksa mengambil tahu dan campur tangan dalam pemerintah seperti apa yang sudah terjadi di Thailand. Kita patut bersyukur kerana kita masih mempunyai raja yang ingin menolong memperbetulkan keadaan ... kalau tak tergadai terus bumi melayu ini.

Daulat Tuanku!!! Allah hu Akbar !!! Selamat kan Raja Mizan!!!

No comments: