Friday, March 21, 2008

ARAH POLITIK MASA KINI

Nampaknya Pak Lah tak serik serik. Dia bukan bekerja untuk mengukuhkan dan memperbetulkan diri nyer di mata rakyat tetapi apa yang sedang dilakukan adalah pembersihan didalam UMNO. Apa yang berlaku di PRU12 telah melihatkan org UMNO sendiri berpaling tadah. Mereka telah muak dengan cantas mencantas ini.

melihat pengumuman pada barisan kabinet baru Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini ? Kejutan yang amat ketara adalah banyak muka yang sudah pencen . Mengapa Mat Taib???? Kehadiran Mat Taib melihat comeback nya semula. sehari selepas pengumanan Mat Taib didalam jemaah menteri - bekas menteri besar Toyo Tempe telah meletakkan jawatan di Selangor. Ianya digantikan serta merta oleh Mat Taib... Ini melihatkan pengukuhan Pak Lah didalam UMNO itu sendiri.

Begitu juga dengan terdapat nya 7 menteri dari johor didalam kabinet. Ianya untuk mengambil hati para pewakilan dari Johor agar terus meyokong Pak Lah jika ada pertandingan di dalam UMNO. satu langkah yang sangat membahaya.

Untuk kali pertama dalam sejarah ... BN telah tewas dibanyak negeri ... dan kini Pak Lah mencipta sejarah lagi apabila dua Timbalan Menterinya telah menolak tawaran kerusi empuk Kementerian, belum pernah terjadi lagi sebelum ini ada yang menolak tuah. Ianya berlaku sewaktu Malaysia berada di bawah tampuk pemerintahan Pak Lah.

Sharizat yang tidak menang telah dijadikan penasihat kepada Pak Lah??? adakah ini untuk menarik sedikit kepercayaan orang orang Tun M? begitu juga dengan Masitah yang tidak bertanding tetapi diberi jawatan sebagai Senator... Pengumuman tidak mengambil tindakan diatas keceluparan Mukriz juga memperlihatkan Pak Lah membina tembok keselamatan. Kononnya Pak Lah seorang yang bertimbang rasa dan mengamalkan sikap demokrasi. huhuhuuuu

Tetapi politik sesuatu yang diluar jangkaan ... kawan boleh menjadi lawan atau kadang kala lawanlah yang akan menyelamatkan kita dari dihumban kedalam tong taik sampah.

apa apa pun sehingga tahun hadapan politik malaysia akan semakin menarik untuk dijadikan STUDY CASE. Sehingga saya menulis ini di terengganu masih tidak bekerajaan. Adakah terengganu menjadi negeri pertama yang akan mengukuhkan kuasa raja? adakah kini Raja-raja akan mengambil alih kuasa demokarsi yang telah dikuku besikan oleh orang UMNO? kita lihat dan pandang dan pasti ianya akan menjadi satu lagi titik sejarah di bumi Melayu. Dan adakah itu tandanya terkibarnya panji panji hitam di timur???

No comments: