Lama benar tidak aku tidak melawat Pak Long Nordin di Johor Bahru. Apabila aku mendapat panggilan telephone dari anaknya bahawa Pak Long telah membuat pemedahahan jantung di Singapura dan tanpa berfikir panjang aku terus membuat temujanji dengan anaknyer untuk melawat pak long dan dengan izin Allah juga lah maka cuti hujung minggu kali ini aku meluangkan masa untuk menziarahi beliau dan keluarga.
Kami bertolak dari pejabat pada hari Jumaat malam Sabtu dengan menggunakan perkhidmatan bas dan kami tiba di Johor Bahru lebih kurang jam 3 pagi. Perjalanan yang meletihkan, mana tidaknya dari pejabat terusan ke Johor. Sampai dirumah kami terus tidur dan pagi-pagi buta Kak Suzana, sepupu kami yang menetap di Singapura telah membuat panggilan pagi untuk mengejutkan kami, mungkin beliau takut kami akan kelewatan. Sejak akhir akhir nie perjalanan ke Singapura melalui Tambak Johor sungguh memeritkan... perlahan sungguh geraknya, kami mengambil masa hampir 2 jam hanya untuk ke General Hospital Singapura.
Memang niat asal ku datang hari ini untuk bertemu dengan saudara yang telah lama tidak bersua dan syukur niat itu dimakbulkan hampir semua saudara yang mengenali ku telah turun untuk datang berjumpa ... its seams like kills two birds with one stone, maka yang jauh didekat kan dan yang dekat di rapatkan ... Kami berbual lama dan aku mencari-cari raut wajah mereka yang telah lama ku tinggalkan, wajah wajah sepupu ku mengingatkan aku kepada arwah makcik-makcikku dan aku terasa begitu dekat dan kerinduaan berdekat itu terhapus sedikit. Yang pasti dunia ku akan terasa lebih indah jika arwah ayah dan emak ada dalam perjumpaan ini ketika ini ... dan aku pasti ketika ini mereka pasti bangga dengan apa yang aku lakukan ketika ini .. bangga kerana puteri mereka masih mencari akar persaudaraan agar tidak putus begitu saja.
Pak Long nampaknya segar dan gembira bila dikelilingi oleh sanak saudara atau mungkin juga kerana mutu kerja yang diberikan oleh pakar pakar dari Singapura ... sungguh begitu berbeza sekali dengan mutu hospital di Malaysia. Kami bawa dia pulang ke Johor dan sepanjang malam kami bercerita tentang kisah kisah lama ... sungguh itulah yang aku inginkan... ahad petang selepas zohor aku pulang ke Kuala Lumpur ... janji ku pada pak long, hubungan ini akan sentiasa rapat dan mesra ... agar nanti yang jauh akan sentiasa dekat dan mesra di hati ini . Pak Long pulang ke johor baru bersama anak anak dan kami bertiga jalan jalan di kota singa hingga ke petang hari kemudian kami pulang ke johor.
Malamnyer kami ronda ronda disekitar bandar, sudah lama ku dengar tentang Danga Bay dari pembacaan ku di internat dan beberapa kenalan di kuala lumpur...maka malam nyer kami ke sana ... rupanya nama lamanya adalah pantai lido yang dulu terkenal dengan keindahan malam dan angin sepoi bahasa ... tapi kini tidak lagi ... tidak ada lagi lampu lampu dari pulau temasik untuk menjadi tarikan .. mereka telah berpindah ke sentosa nun jauh ke selatan ... orang temasik tidak mahu memberi perkhidmatan percuma kepada johor bahru ... Danga Bay sungguh menarik .. ada live band, ada mini zoo dan tempat makan ... at least ada tarikan untuk warga singapura bersinggah... Kami jalan jalan , meninjau mini zoo, minum air kelapa dan pulang jam 1 pagi.... banyak tempat di johor baru yang belum kami terokai ... kalau ada rezeki akan ku datang lagi ... muzium diraja dan setualang laut perlu ku jelajahi ...
No comments:
Post a Comment