Tuesday, November 18, 2008

aktiviti hujung minggu

sekarang ini aku sudah punya satu lagi aktiviti hujung minggu. Aku sudah punya anak buah yang baru. Baru sebulan usianya ... maka bertambah lah aktiviti hujung minggu ku ... Perlu ku lihat lihat kan mereka maklumlah ibu-ibu muda, ayah nyer pun muda masih tidak betah menjaga kecil sebesar tapak tangan .

Ketika inilah terfikir betapa sukarnya tidak mempunyai orang tua. Yalah kalau ada emak atau ayah boleh lah tolong tengok tengok kan .. kan kita semua bekerja ... dan kalau ada orang tua boleh lah pandang pandang kan .... mana yang tak kita tahu boleh ditegur tegur ... ini semua kena fikir sendiri ...

sebenarnya aku pun tak lah pandai jaga budak tapi gagahkan juga lah ... bila dah jadi yang tua kena nampak kuat dan keras .. walaupun sebenarnya tak tahu apa apa ...

rupanya jaga budak kecil bukan lah semudah yang disangka .. sekarang nie baru lah tahu macam mana mak pak kita jaga kita ... kasih sayang yang mereka curah kan ... cuba beri yang terbaik kepada kita yang termampu apa yang boleh mereka berikan ...

adik call katanya anak nyer macam tak sihat... kulit baby macam kulat air .. maka sibuklah kita pergi mencari air kelapa untukbuat mandian.. kata orang tua tua air kelapa ini elok untuk baby.... syukur ada sedikit kurang ... ahad nie nak pergi buat cukur jambul ... kata orang sepatutnya 7 hari setelah lahir tapi biasalah bila kita bagi tahu kat ayahnyer ... takut kepala anak nyer yang masih lembut ... tunggu 40 hari ... bila dah 40 hari ... habis kulit kepala berkerak-kerak ... kesihan tengok baby menanggung sakit ... tapi apa nak buat kita dah nasihat ... so bila dah teruk baru lah sibuk nak cari sapa yang boleh cukur rambut si kecil .. nasib lah dapat dicari ... tapi seperti biasa dunia sekarang tak ada yang percuma ... heheheh .. Ahad nie aktiviti hujung minggu ada lah cukur rambut si kecil . ...

No comments: