Friday, February 27, 2009

BULAN KASIH SAYANG

Februari merupakan bulan kasih sayang untuk diri ku. Tidak kurang juga begitu ramai dikalangan yang aku kenali menyambut hari lahir di bulan ini. Ya!! ingin ku gelar Februari, bulan segala bulan FESTA! dan yang pasti bulan ini poket ku akan kering ... heheheh

selamat berkasih sayang kepada yang meraikannyer!

--->--@

sangka tahun ini aku menyambutnyer dengan banyak ucapan, banyak hadiah dan banyak limpahan kasih dan sayang ... ucapan masuk sejak awal pagi hinggalah ketika aku ingin beradu ... ya tahun ini sms, e-mail masuk bertalu talu .. dioffice tak sangka ramai yang mengingatinyer ... hadiah juga tidak kurang mewah ... pagi sarapan di belanja ... makan tengah hari pun begitu dan dinner juga di jamu mesra ... aku terpaksa meniup 2 kali lilin dan kek dalam acara yang berbeza ... hahahah terasa bagikan artis lah pulak ... tidak kurang yang datang untuk memeluk dan mencium pipi lesu ku ini ... hehehheheh ya hari ini aku terasa disayangi ... Allah memdatangkan kasih sayangnya dengan cara yang begitu indah...

Kasih sayang Allah bukan datang sehari tetapi 3 hari .. sehingga aku beku dalam pelukaan rahmatnyer ...

Wednesday, February 25, 2009

SAHABAT

SAHABAT SEJATI

Kawan semangkuk sepiring makan
Kawan sebantal seketiduran
Kawan sebaya sepermainan

Ke hulu sama ke hulu
Ke hilir sama menghilir
Satu sakit dua terasa
Yang tahan asak dengan banding
Yang tahan berpahit-pahit
Kalau koyak tampal menampal
Kalau condong sokong menyokong
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah
Luka tidak dipampas
Mati tidak diungkit
Sakit tidak disebut
Salah tidak ditimbang
Hutang tidak dibayar
Bagai seibu seayah kandung
Bagai simpai sepenjalinan
Bagai Kulit dengan isi
Bagai lukah dalam air
Itulah kawang yang dicari
kawan sempit kawan berlapang
Gentingnya tidak memutus
Simpul tidak terungkai lagi.


Ungkapan Tradisional Melayu Riau
Tenas Effendy

Saturday, February 21, 2009

SEPI

Percaya atau tidak ... kita kini di dalam kesepian ... walaupun kita merasakan bahawa kita punya ramai sahabat .. punya ramai kenalan tetapi tiada sapa yang boleh menjadi tempat berkasih dan berteduh ..

dizaman moden ini sukar untuk mencari rakan sahabat mahupun saudara yang ingin menjadi tempat mengadu dan bermanja ..

maka pandai pandai lah kita mencari cahaya kebahagian itu seadanya...

Sunday, February 15, 2009

HUJUNG MINGGU YANG BUSY

Jadual waktu Hujung minggu - in points

Sabtu

Break fast di Jaya jusco - suami nak makan Wendy's sebab kita dok boikot Mc'D heheheheeh

Kemudian ke Ampang .. pi beli barang orang order ... dah try nak buat 2nd income ... teruk betul rakyat malaysia nie kan .. kerja laki bini anak tak de masih nak buat 2nd income? tamak ke ?.. bukan tamak tapi tengah dok fikir masa depan ... apa gue akan lakukan jika dah pencen nanti .. dah lah tak de harta dari mak bapak semua cari sendiri baik rumah ke baju ke kasut ke sampai lah ke tanah ... kami berdua dulu keluar rumah sehelai sepinggang je betul betul bawak beg baju je ... so syukur tuhan sayang ... ada kerja dapat makan setiap hari tapi kena lah menabung untuk hari tua ... Tak nanti dah tua takkan masih nak kerja terbongkok bongkok kan atau pun suami kena jadi pak jaga lah pulak ... so sekarang nie semua dah selesai .. hutang dah habis .. rumah pun dah untuk berteduh .. nak lah cari tanah sebidang dua atau pun mula nak belajar belajar berniaga ...

Sampai kat rumah sambil kemas ... menguruskan apa yang perlu di rumah. sambil sambil tu dok mengodek Facebook ... wahhhh very the canggih one ... memang gue dlm zaman batu ... semua orang dah guna FB gue baru terkial kial ... tapi tak pe i'm a fast moving people... hehehhhe ... get to use in a day .. Godek punya godek tak sangka betul ramai lah pulak rakan rakan kat situ ... jumpa anak sedara lar ... jiran lah ... ex-u lar ... dan bermacam lagi lah ... sambil sambil godek FB dok kemas rumah lah ... mop mana yang patut .. sapu mana yang patut... dan kucing ku yang tak makan saman .. dok basuh kencing dan berak nyer .. pengsan ...

lepas tu mama call ... nak singgah rumah ... mmm duduk dng mama cerita cerinti ...

kul tiga ada kelas di surau .. pi lar turun kejap dah lama betul tak mendengar ceramah .. sekali sekali kena jugak join muslimah dikawasan sendiri kan .. tak sangka ramai betul kaum wanita di kawasan saya dok berkumpul setiap sabtu ... satu petanda yang baik ... mmmm duduk duduk sambil dengar ustaz bercerita .. satu jam ok lah ... lepas tu terus balik .. tak nak join sangat nanti terjerbak dlm kumpulan gossip lagi payah..

kul lima buat minum petang ... dah lama betul tak buat minum petang nie ... terasa ala ala tea in the garden gitu ... hahahahah

lepas tu terasa lah pulak nak masak utnuk makan malam ... gue sudah lama betul tak masak ... so masak yang simple je ... ayam & kentang masak lomak cili padi, sambal belacan , ulam nyer sayur salad .. nasi paneh ...

dan sepanjang malam gue dok godek Facebook sampai tangan kebas ...

AHAD


Pepagi lagi intan dan melawat ... ada barang nak di beri ...so pagi buta dah kena lompat dari katil buat sarapan ... dia datang dengan baby nyer ... sarapan bersama ... balik dalam kul 10 pagi ...

kul 11 - abang ipar dan biras datang ... kami ada makan nasi minyak di ampang .. pi dewan - ya orang sekrang lebih seronok buat di dewan selesa - tak panas tak berpeluh tak bersesak ... makan makan sambil jumpa kekawan yang dah lama tak jumpa ... sampai lah jam 2 petang ...


kul empat - kena pi tengok lokasi perkemahaan di JINBARA di kemesah ... memememem paneh dan jem ... wahhhhh padan lah tanah dok runtuh ... habis hutan dan gunung di tarah ... tempat di sana semakin panas ... air sungai mengalir lesu dan daun daun sudah mati ... pokok besar pun dah pupus ... tidak seperti 15 tahun yang lalu ... manusia memang tak boleh tengok hutan dan bukit kalau boleh semua nyer nak di tarah ... entah lah ... memang berabuk dan sesak sekali ... sampai di rumah cari air kelapa ... bagi turun kan suhu badan ...

abang ipar dan biras dok sampai kul 6.30 cerita cerinti ... malam kami tak makan ... sambil kemas lagi rumah lipat baju dan suami kenalkan game di FB ... sampai lah nie jam 11.00 malam gue masih melekat dok main game ... ini lah cara cara orang yahudi suruh kita dok melekat kat internat dan tak bergerak ... huuuuuuu

btw besok keje !!! monday blues dan 5 days to go ...

Tuesday, February 10, 2009

My First Publish Material ...

GETTING A PERSPECTIVE OF LIFE'S BLESSING

A Memorable Journey...

Journey of Precious Memories,
Sharing and Enjoying Marvelous Moments,
Fostering acquaintance with strangers and learning new paths in life.

Sometimes, it takes a little of getting away from our comfort zone to make us realise just how fortunate our won lives are...and how for someone else out ther, life has not dealt a fairer deal! And we are thankful for the blessings and good life Allah God Almighty has bestowed on us.

My memorable journey began when Nieta received an e-mail from the Deebers Community to participate in their "Terlalu Istimewa Tour 08/09". The D Community was looking for volunteers to join "The Journey" which was a series of monthyly "touring cum-charity visits" to various locations all over malaysia for the year 2008/2009. The Tour Porgramme involved much more than just the physical act of giving out financial donations to the needy - it emphasised on intangible contributions partcularly requiring participants to share their time and company with the less fortunate children and senior citizens. In short, it was no run-of-the-mill charity but a programme that aimed to spare quality time reminiscing, bringing cheer and really "listening" as we foster acquaintancesw and friendship-bonding.

Nieta was really fired up and enthusiastically keen to be a part of the tour and I was naturaly drawn to be her "partner-in-crime" after some deliberation as we sorted out our personal family and time commitments. We finally decided to take the plunge and signed up for the "The Journey".

What started as just our passive involvement with the Deebers Commnity took on a more involved dimension when our family members, relative and friends learnt about our plans and and pledged their support for our "journey" with in-kind contirbutions and donations.

Our first "Tour Mission" was a visit to the Taman Sinar Harapan Home in Jitra, Kedah. Our team consisted of 60 volunteers with some as young as just 12 years of age!

We were struck by our first impression of the Taman Sinar Harapan Home. The adolescents there actually live to a very structured schedule. Their daily needs were relatively weel-catered for and we soon realised that the only aspect lacking in their day-today was LOVE, CONCERN and ATTENTION.

Visitors were warmly welcomed and the hospitality they shared with us was decidedly and unpretentiously warm as they whole-heartedly spent time with us even as we gave of our time just playing games with them and generally chatting with the inmates.

Of course, we did not drop in at the Home empty-handed. Aside from handing over our contributions of daily essentials, the adolescents were articularly thrilled to received colourful dolls and soft toys, judging from the many "ooh and aahs" we heard. Their apparent joy was a really rewarding sight to behold.

In fact, the Home is ever open and welcomes vounteers to visit and help out, They also have immediate needs for mattresses, single-fitted bed sheets, illows and blankets while others basic essentials and groceries such as milk powder, beverages, food items, supplements (such as multi-vitamins & vitamin C) and toiletries would help defray their monthyly expenses.

Our short journey up norht indeed was an eye-opener. Both Nieta and I resolved to be more thankful with our lot in life and not to complain the next time things momentarily do not work in our favour. We learnt that donations of money certainly afforded a certain leverl of comfort and weel-being but sparing worthwhile time was an immeasurably worthy contribution. We are looking forward to our next "journey" with the Deebers Community when we can bring more smiles to those who are ess fortunate - the orphans, underpriviledged children, abused and / or abandoned women and children.

For good Samaritans who wish to contribute in any form, do contact the Home direcly...
TAMAN SINAR HARAPAN JITRA
(JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT)
Lebuhraya Bukit Kayu Hitam
0600 Jitra Kedah
Tel: 04-9177060 / Fax: 04-9176920
Contact Person: Salmah binti Hassan

by Lela
Publish : The Magazine for Unilever Malaysia& Singapore (Quarter 3&4 -2008)

Monday, February 09, 2009

boycott Mc DONALD'S

Bukan mudah untuk memboikot sesebuah product... terutama jika ia sudah menjadi makanan ruji. Kadang kala terasa juga ingin pergi menikmati keenakan daging panggang dibakar harum atau merasa nikmat kentang goreng keemasan ... tetapi bila terkenangkan betapa zalimnyer manusia yg bernama yahudi membakar memanggang daging rakyat yang tidak berdosa aku tidak jadi untuk menjamah daging burger mc'd.

jika dulu aku pasti ke restoren yahudi ini hampir 4 kali seminggu ... tetapi aku kini berjaya tidak menjejejak kan kaki ku di resoteren itu hampir 2 bulan sejak ... bala tentera yahudi menyerang kanak kanak tidak kira ugama bangsa dan rupa...

Mungkin kita merasakan bahawa dengan memboikot Mc Donalds dan Coke .. ianya tidak akan meninggalkan apa apa kesan kepada mereka ... minggu lepas saya ada membaca bahawa mc'd akan membuka 300 cawangan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun ... ini bermakna ia akan membuka 30buah restoren dlm setahun ... mc d akan menjadi burger ramli di malaysia ... mmmmmm... dan dua hari lepas mc'd mengumumkan ada promasi besar besar an set meals hanya berharga 4.50 untuk makan tengah hari ...

ini bermakna boikot yang dilakukan oleh kita telah berkesan ... walaupun sedikit mereka telah goyah ... mengapa mereka sanggup beri separuh harga? sebab product mereka ada tarikh mati ... maknanya banyak lambakan forzen product yang tidak dapat di jual ... dari membuang mereka sanggup menurunkan harga !!!!

mengapa mereka ingin membuka lebih banyak resotern ? kerana mereka bukan hendak menjual burger tetapi ingin menjual harta tanah ... resoten yang mereka bina akan dijual kepada pelabur di malaysia - org melayu jadi pelabur dan orang melayu akan mencanangkan mc d adalah product melayu ... seperti apa yang terjadi kepada KFC .... mereka akan menjual daging mentah , kerusi dan perkakas masakan di bawa dari negara USA .... kalau burger tak laku ... mereka sudah untung ...

maka sebagai orang yang berilmu ... jangan kita terpedaya dengan tektik halus yahudi yahudi ini ... kita kuat kan iman ... teguh kan pendirian .. jangan pergi membeli mc'd ... jangan makan mc'd ... tak mati pun kalau tak makan burger ... sebenarnya tubuh kita akan menjadi lebih sihat jika kita tidak menjamah burger segera ini ... dan disamping itu kita dapat membantu penjual burger warga malaysia...

Rumah kayu

pintu utama
Ketika ke Tanjung Karang, kami singgah sebenar di rumah keluarga biras saya. singgah untuk menziarahi kedua ibu bapa beliau yang uzur ... sambil duduk makan dan bercerita saya sempat merakamkan reka bentuk rumah yang dibena sendiri oleh bapa beliau ... ya dengan kedua belah tangan dan tenaga jantan bapanya terdiri lah rumah tanda kasih seorang suami kepada isteri dan tempat berlindung anak anak dari hujan dan panas ... maka terciptalah seni rupa rumah melayu petani (menanam kacang panjang dan serai dan menyara 15 belas orang anak!!) .
tangga
dapur yang simple dan mudah di urus

Sunday, February 08, 2009

SEHARI DI TANJUNG KARANG

Cuti lagi dan si suami kepingin benar untuk merasa nikmat makanan laut segar .. terutama udang dan sotong. Maka hujung minggu kami ke Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor untuk memborong terus hasil laut dari para nelayan.
jeti menunggu nelayan berlabuh ...

Kami tiba di Jeti lebih kurang jam 2.00 petang, nelayan masih belum pulang maka kami menunggu sambil menikmati udara dan pemandangan di kuala muara sungai selangor, di muara angin laut bertiup mesra .. bau laut membawa kenangan yang sungguh unik ... teringat ketika di port dickson tempat di mana saya di besarkan ... sebenarnya inilah kali pertama saya menunggu di tepi jeti untuk membeli hasil laut ... selalunya kepasar saja...


Pengalaman dipenampang di kuala selangor amat berbeza di kelantan. Jika di kelantan semua jeti dan periah dikuasai oleh orang melayu ... tetapi di kuala selangor amat menyedihkan jeti, peraih dan nelayan dikuasai oleh bangsa cina ...


Lebih kurang jam 3, para nelayan balik membawa hasil tangkapan ... dan kami memilih mana yang perlu ... mmmm ikan segar, udang yang masih baru dan sotong yang masih licin ... mengiurkan ... kami memilih dan membeli.
udang segar dari laut ... titik peluh sang nelayan

Selesai segalanya kami singgah di kampung kak ipar untuk melawat kedua ibu bapanya yang uzur .. sambil suami duduk bercerita saya kedapur ... memasak ikan parang segar dari laut ...suasana kampung sangat indah sekali ... menu kami hari ini amat mudah, ikan parang masak singgang (cara orang melaka), sambal belacan cili padi dan sayur bayam di celur ... kerana suami dan abang ipar tak makan ikan singgang maka 3 ekor ikan parang segar saya goreng tumis cili padi... makan di dapur sambil bersila satu pengalaman yang menarik (sebenarnya sudah lama benar saya tidak duduk berselimpuh untuk menikmati makanan) ... menu yang mudah untuk suasana dikampung.


duduk bercerita, orang kampung mengeluh ...keadaan ketika ini dirasakan amat amat sukar ketika ini .. harga barangan melambung tinggi, semua nyer mahal ... dan mereka cuma petani biasa ... tidak tahu bagai mana untuk mengharungi kehidupan dimasa hadapan... ya hidup kini memang terasa amat payah tidak kira petani, pekerja yang makan gaji mahupun politikus dan bangsawan. kata mereka lagi yang mereka telah merayu kepada kerajaan untuk memiliki tanah yang telah mereka duduki selama 70 tahun tanpa geran untuk bertani tetapi segalanya hampa dan kerajaan tidak memberi geran kerana tanah semakin mengecil dan sedikit ... kerajaan kini tidak berminat untuk membuka tanah bagi pertanian ... mereka lebih berminat untuk membina bangunan yang akhirnya menjadi project gajah putih.

menu simple orang melaka - dimakan di perkampungan jawa di tanjung karang ...

duduk sambil bercerita kosong fikiran terus melayang .. bagaimana hidup orang kampung yang bertani mempunyai anak anak kecil seramai 10 orang. aku yang berdua ini punya terasa bahang kegawatan. Tetapi rezeki allah berada dimana mana saja .. maka yang dapat aku lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga... moga moga allah memberi ilham untuk mereka. ya allah tidak pernah mengurang kan rezeki kepada mahluknya ...

jam 5 petang kami pulang menuju ke bandar tasik puteri ... ya menu malam nie ... sotong dan udang goreng - 2 kilo untuk 4 orang makan ...

Monday, February 02, 2009

DISEBALIK SETIAP PATAH AYAT

Mingguan Malaysia - Ahad 1 Feb 2009

Malam Amal atas nama Kemanusian yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM10.7 juta untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa rejim Zionis.

Rosmah turut menyatakan bahawa pihaknya sedang memikirkan untuk melaksanakn projek-projek bantuan khas yang bersesuaian di Gaza apabila tiba masa yang sesuai kelak?

Harakah - 2 Febuary
Presiden PAS serah RM250 ribu tinjau derita GAZA
RAfah : Seramai 20 pemimpin termasuk 9 ahli parlimen PAS yang berlepas ke Mesir sudah pun menuju ke GAZA Palestin dan bertemu dengan pemimpin tertinggi HAMAS.

Nota:

Berita sama tapi dari sumber berbeza ... 10.5 juta telah dikutip tetapi bantuan akan tiba bila masa yang sesuai ? Berapa lama agaknya masa yang akan diambil? Tetapi berbeza dengan PAS hanya berbekalkan 250 ribu, misi kemanusian dan dana telah sampai ke GAZA dah lebih mengharukan ianya sampai ketangan pemimpin HAMAS... lihat bagai mana dana diagihkan? tidak perlu berbagai aturcara .. hanya dengan wang yang sedikit tetapi usaha yang murni bantuan dan kewangaan telah sampai ke tempat sasaran ...

Berbalik kepada kita disini ... kalau diperhatikan dari dulu - semasa zaman tun det lagi, setiap kali bumi Palestin di bom dan rakyat mereka di sembelih maka berdendanglah politikus di sini membuat acara kutipan amal yang kita tidak pernah tahu betulkah duit itu sampai ke pihak yang terbabit? Setiap kali anak anak kecil mereka mati di jalanan maka ahli-ahli sajak dan badut badut di malaysia pun akan membaca puisi menjerit jerit didalam dewan (agaknyer suruh cik siti ke sana mesti kecut telur dato k). Badut-Badut (artis murahan) pun membuat jualan lelong baju yang tak tahu hendak dibuang kemana atas lama menderma (dan kini sudah menjadi trend pulak menjual tubuh badan artis kepada peminat atas alasan untuk membantu orang islam di palestin) adakah dengan membaca puisi, menjual tubuh sehari dua maka rakyat malaysia dapat memerdekan negara Palestin dari Yahudi?
Puisi yang dibaca itu kadang kala kita sendiri tidak dapat memahaminya apatahlagi orang yahudi dan warga palestin (hahahahaha). Maaf jika saya katakan bahawa hanya rakyat malaysia dalam dunia ini yang akan membuat konsert dan teater atau pun memungut wang setiap kali warga islam diseluruh dunia di bunuh dan di rogol atau disembelih dan politikus kita, sasterwan kita dan bangsa malaysia adalah bangsa yang dayus ketika ini ... talam dua muka, seperti biawak memakan bangai ... apa yang kita lakukan adalah lebih buruk dari kaum yahudi itu sendiri ... kita bermuka mengashani ugama islam dari dasarnya agar kita tidak dikeji oleh umat islam seluruh dunia atau pun kita tidak mahu di keji kerana kita tidak menyayangi ugama kita tetapi hakikat nyer kita langsung tidak peduli islam di sembelih atau berkubur...
bantuan dari malaysia hanya akan tiba bila segalanya selesai ... untuk membetulkan jalan raya yang sudah di bom di afganistan atau membena sekolah sekolah di somalia atau membena istana di iraq untuk bush menginap (baca sebenarnya kita mendapat projket lah apabila yahudi menaluki bumi islam...kerana jika bangsa lain masuk nanti akan di bom secara terang terang an ...jika orang melayu islam masuk ... mereka takut nak bunuh dan lihat lah betapa kita lah melayu islam malaysia itu sebenarnya manusia yang munafik ... dan lebih menyedihakan untuk menunjuk kepada dunia kita memahami rasa derita orang islam di bunuh maka konsert dibuat setiap hari ... derma dikutip setiap hari.. maka keluar lah muka muka politikus dan sasterwan negara yang kononnya menagisi kekejeman yahudi ... )

Sehingga kini kerajaan kita tidak pernah membenarkan tentera kita pergi sama sama berjuang dengan para syuhada di Palestin, Afganistan ataupun di Bosnia ataupun di somalia. tentera kita sentiasa dibawah bendara bangsa bangsa bersatu yang diketuai oleh USA dan Yahudi...
mengapa sasterwan & politikus kita tidak ke sana sama sama membantu? hanya mereka tahu menjerit seperti beruk di Istana Budaya yang berhawa dingin. Dan isteri isteri politukus dan raja raja melayu pun datang lah dengan baju yang mewah gelang dan rantai sampai ke lutut .. untuk menunjuk kepada dunia betapa kaya nya aku dan aku telah menderma atas nama islam!!! Jika kerajaan perihatin dengan kesengsaraan umat islam yang di sembelih ... sekurang-kurangnyer kerajaan malaysia telah pasti telah menghantar bantuan kemanusian ke negara negara yang diserang at least bantuan ubat ubatan dan menghatar doktor atas nama Kerajaan Malaysia atau panji Raja Raja Melayu. seperti sejarah telah membukitkan bahawa bala tentera kedah dihantar untuk membantu pasukan Ali dan Osman untuk menaluki rom dan Parsi satu ketika dahulu....
Kalau tidak pun kerjaaan malaysia perlu memboikot barang dan syarikat yahudi yang terang terang berniaga di malaysia? Adakah kita takut ekonomi akan jatuh merundum dan kita kebuluran? ... maka tepuk dada tanya selera ... hanya dengan menghadiri teater dan konsert atau menderma (dan wang kita tidak akan sampai kesana) atau menyertai perarakan setiap hari sabtu untuk menyatakan benci kepada Yahudi dapat menghalang yahudi dari bermaharaja ? Jawanpan nyer pasti TIDAK .. DAN itulah yang sebenarnya yahudi mahukan ... orang islam leka di sebalik konsert dan lain lain ... mungkin kita tidak dapat pergi ke sana tapi kita masih boleh memboikot barang yahudi ... ingat kita mesti lemahkan kuasa ekonomi mereka ... at least that we can do for islam... dan tak payah lah kita pergi menonton konsert atau teater ... buang masa ... mungkin lebih baik buat sembahyang hajat setiap hari...

Sunday, February 01, 2009

Tercekik

Adik yang ku yang lembut, Cik Intan Siti Payung bertanya: "Kak , hinakah menjadi anak luar nikah?"

Saya yang sedang mencuit 'roti' sedap dibeli di kedai roti ternama sedikit ternganga.

Apakah saya harus berjujur? Atau berbohong demi menjaga hati? Tapi saya manusia yang waras, kata Cik Det (suami ku), cakap perlu betul dan lurus.

Maka setelah berkira-kira saya pun memberi jawapan diplomasi."Bergantung jugalah. Tak kira anak apa kalau pelajarannyer tak betul …lagi teruk dari anak ungka."

Cik Intan siti Payung, "Tapi mengapa orang menghina anak luar nikah?"

"Entah tapi bagi ku kira okay je. Ramai anak yang bukan luar nikah pun jahat mengalahkan sytaian … tak kira anak apa jika berugama dan ilmu semuanya akan sejahtera " Saya telan 'roti gebu bersalaut badam.'

Cik Intan Paying memandang saya lagi, menyeluruhi: "Macam mana nak tahu dia anak luar nikah atau tak?"

"Emmm, tak perlu ambil tahu itu antara dia dengan tuhan. Kalau baik budi pekerti dan memuaskan hati ok je lah … bagi saya"

Cik intan Payung tersenyum. "Kenapa baru sekarang tanya?" Saya menduga.

"Tak adalah, orang kata anak luar nikah tak kan diterima tuhan. Ada kawan yang bertanya."
Cik intan siti payung semacam 'tertekan'.

"Tak de lah, sedangkan pelacur dan perompak di terima masuk kesyurga apa tah lagi anak anak yang tidak berdosa. Percayalah cakap saya. Sesiapa pun diterima oleh Allah yang maha pengasih dan penyayang. "

"Terima kasih kak, kau saja yang jujur.

"Saya telan 'roti". Tercekik ... air kosong terus disumbat .