Sunday, February 08, 2009

SEHARI DI TANJUNG KARANG

Cuti lagi dan si suami kepingin benar untuk merasa nikmat makanan laut segar .. terutama udang dan sotong. Maka hujung minggu kami ke Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor untuk memborong terus hasil laut dari para nelayan.
jeti menunggu nelayan berlabuh ...

Kami tiba di Jeti lebih kurang jam 2.00 petang, nelayan masih belum pulang maka kami menunggu sambil menikmati udara dan pemandangan di kuala muara sungai selangor, di muara angin laut bertiup mesra .. bau laut membawa kenangan yang sungguh unik ... teringat ketika di port dickson tempat di mana saya di besarkan ... sebenarnya inilah kali pertama saya menunggu di tepi jeti untuk membeli hasil laut ... selalunya kepasar saja...


Pengalaman dipenampang di kuala selangor amat berbeza di kelantan. Jika di kelantan semua jeti dan periah dikuasai oleh orang melayu ... tetapi di kuala selangor amat menyedihkan jeti, peraih dan nelayan dikuasai oleh bangsa cina ...


Lebih kurang jam 3, para nelayan balik membawa hasil tangkapan ... dan kami memilih mana yang perlu ... mmmm ikan segar, udang yang masih baru dan sotong yang masih licin ... mengiurkan ... kami memilih dan membeli.
udang segar dari laut ... titik peluh sang nelayan

Selesai segalanya kami singgah di kampung kak ipar untuk melawat kedua ibu bapanya yang uzur .. sambil suami duduk bercerita saya kedapur ... memasak ikan parang segar dari laut ...suasana kampung sangat indah sekali ... menu kami hari ini amat mudah, ikan parang masak singgang (cara orang melaka), sambal belacan cili padi dan sayur bayam di celur ... kerana suami dan abang ipar tak makan ikan singgang maka 3 ekor ikan parang segar saya goreng tumis cili padi... makan di dapur sambil bersila satu pengalaman yang menarik (sebenarnya sudah lama benar saya tidak duduk berselimpuh untuk menikmati makanan) ... menu yang mudah untuk suasana dikampung.


duduk bercerita, orang kampung mengeluh ...keadaan ketika ini dirasakan amat amat sukar ketika ini .. harga barangan melambung tinggi, semua nyer mahal ... dan mereka cuma petani biasa ... tidak tahu bagai mana untuk mengharungi kehidupan dimasa hadapan... ya hidup kini memang terasa amat payah tidak kira petani, pekerja yang makan gaji mahupun politikus dan bangsawan. kata mereka lagi yang mereka telah merayu kepada kerajaan untuk memiliki tanah yang telah mereka duduki selama 70 tahun tanpa geran untuk bertani tetapi segalanya hampa dan kerajaan tidak memberi geran kerana tanah semakin mengecil dan sedikit ... kerajaan kini tidak berminat untuk membuka tanah bagi pertanian ... mereka lebih berminat untuk membina bangunan yang akhirnya menjadi project gajah putih.

menu simple orang melaka - dimakan di perkampungan jawa di tanjung karang ...

duduk sambil bercerita kosong fikiran terus melayang .. bagaimana hidup orang kampung yang bertani mempunyai anak anak kecil seramai 10 orang. aku yang berdua ini punya terasa bahang kegawatan. Tetapi rezeki allah berada dimana mana saja .. maka yang dapat aku lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga... moga moga allah memberi ilham untuk mereka. ya allah tidak pernah mengurang kan rezeki kepada mahluknya ...

jam 5 petang kami pulang menuju ke bandar tasik puteri ... ya menu malam nie ... sotong dan udang goreng - 2 kilo untuk 4 orang makan ...

No comments: