Sunday, June 28, 2009

Semangkuk bubur pengikat kasih ...


Durian
santan pekat
gula merah
gula pasir
daun pandan

Masak gula dengan sedikit air dan masukkan daun pandan. Setelah gula sebati dengan air masukan durian. Masak durian dan gula selama 5 min kemudian masukan santan pekat ... kacau pelahan lahan...kecilkan api ... setelah mendidih ... boleh lah tutup ... sedap dihidangkan bersama roti atau lempeng .... boleh dihidangkan dlm keadaan suam suam kuku atau didinginkan didlm peti ais.

@--->-------


Jarang benar sebenarnya saya minum petang...kalau minum pun secara buru-buru sebab sibuk dengan kerja. Sabtu dan ahad pula kadang kala sibuk mengemas dan kesana kesini .. sehingga terlupa untuk minum petang ... kadang kala dek penat kerja 5 hari ... waktu petang dijadikan waktu untuk menganti tidur . Hidup Saya tak semewah dan seindah seperti sesetengah dari kita yang boleh minum petang sambil duduk secara santai ... ala ala English tea ..hehehehh

Kami keluarga peniaga ... maka pukul 3- 5 petang adalah waktu yang sangat sibuk ... maka dari kecil kami tidak dibiasakan untuk minum petang... kalau tekak kering dan perut lapar terus ke dapur untuk mencapai apa yang patut.. kadang kala ibu akan meng oder karipap atau kuih keria dari jiran untuk kami sekeluarga ... , bekerja pula bukan dengan kerajaan yang ada waktu minum petang ... maka minum petang seperti tidak ada dalam kamus hidup saya...

Arwah Ayah dan ibu suka benar makan durian ... jika musim durian tiba .. ayah akan membeli berbakul bakul (bukan kilo tau ) buah durian untuk kami sekeluarga ... tetapi anak gadisnya tidak menyukai durian sejak dari kecil ... hehehehhh .. pernah ayah memarahi saya bila saya cuma menjamah seulas durian... kata ayah kepada saya " bukan melayu lah kamu jika tidak menyukai durian.. durian dan melayu seperti kurma dan arab".. hahahahahah ..

Setelah kawin ... rupa rupa nya suami juga menyukai durian ... maka terpaksa lah belajar membuat beberapa menu berasas kan buah durian ... ya kini musim durian sudah tiba ... entah kenapa teringin pula ingin merasa bubur durian di petang hari ... tapi tidak enak makan sendirian ... makan durian mesti beramai ramai .. rebut merebut .. baru terasa nikmatnya ..

maka durian dijadikan bubur dirumah kakak untuk dimakan beramai ramai ... bau durian ditanak bersama santan dan pandan semerbak satu rumah ... dan segala kenangan bersama nenda dan datuk menjelma kembali ... kami makan berebut rebut ... usik mengusik dan kemesraan terjalin kembali ... semangkuk bubur dijadikan mengikat kasih antara keluarga.

PEMBANTU RUMAH...

Sudah lama betul saya tidak mengemas rumah... rasa nyer rumah saya kini macam rumah tinggal penuh dengan abuk. Saya tidak mempunyai maid untuk mengemas. kerana saya tidak mempercayai dengan urusan rumah tangga perlu di beri kepada minah minah indon...lagi pun cuma saya dan suami ... belum punya anak ... rasa nyer kalau saya mengupah maid ... pasti senang lenang maid tu ... dan dengan tidak mengambil maid ia dapat mengurangkan kemasukan pekerja asing ke negara kita.

bercerita pasal maid ... tadi terdengar dlm berita ... malaysia ingin mengeksoport rakyat sebagai pembantu rumah...hahahahhahah apa sudah jadi ... kita patut mengeksoport rakyat kita menjadi pekerja kelas satu seperti doktor, peguam dan jurutera ke luar bukan mengeksoport rakyat menjadi hamba. mmmm mana MODAL Insan yang dilaung laung kan? apa sudah jadi ... kita sepatutnya beri ilmu kepada rakyat malaysia supaya kita tidak lagi bergantung tenanga kerja dari luar terutama dari jurusan sains seperti kedoktoran, kejuruawatan dan lain lain bukan sebagai buruh kasar dan hamba!!

Saturday, June 27, 2009

BAJU KURUNG berkain kapas

"Pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. rekakan ini labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam. Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat. Melayu apabila mengenakan baju kurung, di tahu membawa diri, sesui dengan tempat dan tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama. Pemakainya juga terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. "... Manikam Kalbu


raya sudah mahu tiba ... sudah siap baju kurung? ... saya sudah pun membeli tiga helai kain kapas untuk di tempah baju kurung ... sejak akhir-akhirnya saya menyukai baju kurung berkain kapas untuk di pakai di pagi raya ... sejuk dan selesa ... entah bila boleh menjahit sendiri ... mmmmm

Sunday, June 21, 2009

ENGLISH BREAKFAST

Dah lama betul tak buat breakfast ... huhuu kalau pi makan kat mc'd mesti habis kurang kurang 25 hinggit... kesian lah pulak kat suami ... tiap hari rasa air tangan mat banggla dan minah indon ... sekali sekala nak jugak rasa air tangan isteri tercinta.

hari ini saya sediakan beliau dng english breakfast... senang je sebenarnya ... goreng telur... rebus hotdog bakar roti dan goreng sedikit daging . ... done .. jerang air buat kopi cap kapal api... simple and sweet gitu ...

Friday, June 19, 2009

HATI KU BERBUNGA RIANG



Tiba tiba hati ini berbunga riang pabila sahabat lama tiba tiba datang menyapa khabar... dan rasa manis persahabatan itu pun mula bercambah kembali walaupun hanya di alam maya...

"Yang jauh didekatkan, Yang dekat dirapatkan"

untuk sahabat yang masih mengingati diri ini terima kasih atas ingatan kalian.

Wednesday, June 17, 2009

Little Graduate Ceremony

my classmate and so call teacher

door gift for all the student

a slice of cake for everyone :( durian durian cake ...

Khamis lalu tamat sudah untuk sessi pembelajaraan bahasa penjajah ... boss kat office bagi green light suruh sambung lagi 3 bulan .. disponser penuh ... orang dah bagi jangan jual mahal... hahahah ambil je, rezeki jangan ditolak..

so minah minah kat kelas nie pun buat lah ala alal little graduate ceremony .. siap beli kek cita rasa malaysia .. ya durian cake from SR ... yang bestnyer ada lah pulak yang memberi door gift untuk student .. so happie lah semua minah minah bermata sepet dan buntal .. mendapat door gift ...

so kelas dah habis .. cuti 2 minggu lepas tu sambung balik ... mmmmm

Sunday, June 14, 2009

ADUAN, KOMPLEN, MERUNGUT

Saya sering merungut kepada suami , kuala lumpur semakin kotor dan menjijikan ... di bahu bahu jalan penuh dengan sampah sarap dan sisa sisa binanan terbiar tanpa di angkut. Akhirnya ia menjadi tempat pembiakan nyamuk ... lepas tu dok cakap rakyat tak bersih .. belum bercerita tentang peparitan dan taman tempat beriadah ... semuanyer memualkan ... dan paling menyakitkan rungutan saya itu tidak tahu kemana hendak disalurkan .. maka saya telan dan hadam setiap hari ..

ketika saya ber brain storming bersama rakan rakan ... terkeluar lah topik mengenai cara beliau membuat aduan atau menyatakan ketidak puasan hati terhadap sesautu kikdmat terutama perkhidmatan banking dan air.

Kata saya kepada rakan cina , bahawa saya tak suka untuk membuat aduan ... sebab bila saya buat aduan saya akan merasa sakit hati ... tetapi sahabat saya berlaianan pendapat ... kata beliau kita perlu banyak buat aduan kepada pihak pihak terbabit supaya khidmat dan mutu boleh dipertingkatkan ... kalau kita diam je mana mereka nak tahu.

bila difikir-fikirkan memang ada kebenaraan .. orang kita memang jarang buat aduan terutama masalah persekitaran .. tu pasal kita selalu menjadi mangsa .. salah satu sebab kita rasa itu bukan tanggungjawab kita ... kalau ada yang yang rasa marah pun tak tahu nak salurkan kat mana dan bagaimana caranyer ...

maka saya cuba tektik rakan cina saya .. memang lah mulanya rasa sukar .. ya lah tak tahu mana nak tuju .. maka saya pun bertanya kepada mr goggle ... cari punya cari .. dapat e-aduan dbkl .. godek kiri godek kanan .. sabtu saya habis hanya untuk khidmat masyarakat .. hahahahaha .. tulis lah panjang jela ...mengenai longkang longkang dipersekitaran kami yang tidak pernah dikorek ... dan juga sampah sarap di bahu bahu jalan ...

nak tahu ... percaya tak percaya .. pagi ahad saya lihat banyak pula mamat mamat dari alam flora membersihkan longkang longkang yang tertimbus ... cepat dan cekap jugak ... mmmm ... maka betul lah cara rakan cina saya itu ... mmmm

Saturday, June 13, 2009

BERSANTAI

Bagaimana anda berlibur dihujung minggu... ada yang balik kampung, ada yang panjat gunung ada yang pi night club sambil ronggeng ronggeng ... ikut cita rasa masing masing ... entah mengapa minggu ini saya berlibur dalam aturcara sastera.. dua lokasi yang berlainan dan warga dan kelas yang berlainan ... saya tidak dapat menghadiri aturcara di rumah pena ... salah satu sebab saya tidak sampai ke rumah pena kerana sukar untuk mendapat public transportation.

Aturcara 1
CERITA AKU – READING – MEMBACA/MELABON


TEMPAT : NO BLACK TIE
17, Jalan Mensui Kuala Lumpur.
( Belakang Hotel Istana)

Saya ke no black tie cafe malam isnin yang lalu untuk mendengar beberapa penulis bercerita dan membaca ... seperti biasa pergi seorang diri tanpa rakan ... saya tidak punya ramai rakan yang menyukai seni cerita dan puisi terutama yang berat berat ... apatah lagi si suami ... katanya buat apa nak fikir ... di office sudah berat tak kan nak berhibur pun yang berat berat ... hhahahha

salah satu sebab saya gagahkan juga untuk kesini adalah untuk mendengar blogger yang terkenal - tukar tiub bercerita.

kalau ikutkan hati tak jejak kaki saya ke sini ... 99% dipenuhi di "kailo" dan selebihnya melayu celup yang sungguh moden mengalahkan mat salleh ... hahahahahha tapi sebab dah buat reservation dan dan bayar 20higgit saya gagahkan juga... nasib baik si tukar tiub tidak menghampakan saya.... saya pulang dengan puas sekali ...

Aturcara 2
::Bersantai di Laman Beringin

Inilah kali pertama saya ke Laman Beringin yang terletak diantara bangunan istana budaya dan balai seni lukis untuk menghadiri Malam Puisi Utusan. Its a cool place, ya very the melayu place ... tak macam cafe no black tie penuh dengan wine dan minah minah chic ... terletak di luar bangunan berpayung kan langit yang cerah sambil mendengar anak anak muda membaca puisi membuat saya berasa gembira sekali . sambil tu boleh makan makan nasi lemak bungkus dan ayam goreng .. air nyer pula teh tarik ... menarik kan ...

Dibalik balik anak anak muda yang baru ingin mencipta nama, nama nama besar juga tidak ketinggalan membaca puisi. Sebenarnya antara sebab saya ke laman Beringin untuk mendengar A Samad Said mendeklamasikan dua buah puisi bertajuk Pemimpin Catakserukin (Cakap tak serupa bikin) dan Abjad Bertaring. Mendengar beliau berpuisi dengan kata kata yang lembut tetapi bermakna dan tajam membuat saya mabuk seketika.. puas mendengar kata kata indah beliau ...

diharap ada pihak pihak lain yang akan menjadikan acara deklamasikan sajak dan puisi di Laman Beringin sebagai acara bulanan atau dwi bulanan .. baik untuk warga kota yang sudah ketandusan dan kekeringan seni yang asli..

SUNGAI DARAH

SUNGAI DARAH
(Dedikasi Untuk Syuhada Di Narathiwat)


Mungkin kita memang kotor
ketika melihat darah berkocak pada lelah sungai
pekat merah itu persis warna ufuk barat
waktu berbunyi beduk Maghrib.

Mungkin kita memang lama kotor
ketika melepaskan lelah melihat kotor merah
meluahkan gusar resah gelisah
tentang masa depan petak sawah
senang tidak, terus menyumpah seranah.

Tapi menjadi sucikah?
Bila tenang berwuduk dengan sungai itu di hilir
sedang di hulu anak dipancung, ibu dipasung
saudara digantung, perang menyabung
tiada siapa hairan, tiada siapa perasan.

Apunpital
Saitama-Jepun.


Saturday, June 06, 2009

masak masak


sudah lama benar rasanyer dapur ku tidak berasap... kesian betul dapur ku .. bagai sudah tidak mempunyai roh dan nyawa... muram dan berabuk ... kata orang dulu dulu dapur mesti sentiasa ceria kerana ianya pintu segala rezeki ...

saya masih ingat lagi, dapur nenek sentiasa berbau rempah ratus setiap hari ... bunyi batu tumbuk dan bau cili dimasak ranum ... segala aktiviti semuanya didapur sehingga mentari sudah jatuh ke barat baru lah pintu dapur ditutup tanda hari dah malam.

sukar untuk menyalakan api setiap hari walaupun hanya untuk menanak nasi dan mengoreng telur .. dapur moden canggih dan bersih tetapi jarang digunakan ... seminggu sekali pun amat payah sekali ... tetapi saya cuba untuk tidak membiarkan dapur tidak berasap .. tidak baik untuk fung shui ... dapur perlu bernyawa agar rezeki terus masuk kedalam rumah ...

hari ini sebenarnya tidak perlu memasak .. suami kata makan diluar saja.. sebab sebenar nanti kami ingin pulang kekampung ibunya... entah mengapa hati tergerak untuk masak jua ... maka hari ini menuku bagai kan anak anak bermain masak masak ..

ku jerang air yang sudah kotong dan ku masak ala kadar - sepgetti ... campak campak dah siap .. hehehe sweet and simple .....

Wednesday, June 03, 2009

Seni Rupa Bentuk Malaysia

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin - Gong Badak Terengganu
gambar dari tukar tiub blogspot

Tidak dapat dibayangkan kalau ianyer terjadi ketika Sultan Terengganu menyambut hari jadi di sini sabtu depan ... memalukan negara dan raja ...

bila melihat gambar ini saya tidak terkata ... tak tahu nak cakap apa ... yang dapat saya lakukan hanya lah menelan air liur yang tak basi untuk membasahi kerongkong saya ini...

aduhi ... apa nak jadi dng orang malaysia nie ... inilah bukit betapa hebatnyer kroni dan rasuah ... jangan terkejut jika satu hari ... istana pun boleh runtuh ...