Wednesday, June 03, 2009

Seni Rupa Bentuk Malaysia

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin - Gong Badak Terengganu
gambar dari tukar tiub blogspot

Tidak dapat dibayangkan kalau ianyer terjadi ketika Sultan Terengganu menyambut hari jadi di sini sabtu depan ... memalukan negara dan raja ...

bila melihat gambar ini saya tidak terkata ... tak tahu nak cakap apa ... yang dapat saya lakukan hanya lah menelan air liur yang tak basi untuk membasahi kerongkong saya ini...

aduhi ... apa nak jadi dng orang malaysia nie ... inilah bukit betapa hebatnyer kroni dan rasuah ... jangan terkejut jika satu hari ... istana pun boleh runtuh ...

2 comments:

Muhammad Ibn Nazir said...

Salam..Inilah dunia Kapitalisme hari ini! Ya, mungkin jika kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini tidak berlaku maka mungkin ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya ada barah yang menular di dalam pemerintahan negara hari ini. Hanya apabila kejadian seperti ini berlaku barulah ramai pihak yang mula bersuara dan memberikan pelbagai pandangan berkenaan isu ini. Persoalannya kini siapakah yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini? Apakah lagu “bangau oh bangau kenapa hari tak mahu hujan” akan kembali dikumandangkan? Apakah jurutera kita hari ini tidak berkualiti? Apakah para arkitek telah tersalah dalam perancangan mereka ? Apakah para jurutera kita tersalah dalam pengiraan mereka? Ataupun ada pihak tertentu yang tak habis-habis menelan wang haram dari rasuah? Mungkin nelayan yang sedang memerah keringatnya bertarung dengan ombak di lautan China Selatan untuk mencari sesuap nasi ada jawapannya? Wahai pemimpin umat Islam! Ingatlah bahawa kamu akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak di hari yang tidak ada pertolongan bagi kamu kecuali melalui amal yang telah kamu lakukan di dunia ini!

LELASARI said...

nazir,

contractor dan juruteranya dari KOREA!!! kesian kontraktor melayu jugak yang jadi mangsa ...