Saturday, June 06, 2009
masak masak
sudah lama benar rasanyer dapur ku tidak berasap... kesian betul dapur ku .. bagai sudah tidak mempunyai roh dan nyawa... muram dan berabuk ... kata orang dulu dulu dapur mesti sentiasa ceria kerana ianya pintu segala rezeki ...
saya masih ingat lagi, dapur nenek sentiasa berbau rempah ratus setiap hari ... bunyi batu tumbuk dan bau cili dimasak ranum ... segala aktiviti semuanya didapur sehingga mentari sudah jatuh ke barat baru lah pintu dapur ditutup tanda hari dah malam.
sukar untuk menyalakan api setiap hari walaupun hanya untuk menanak nasi dan mengoreng telur .. dapur moden canggih dan bersih tetapi jarang digunakan ... seminggu sekali pun amat payah sekali ... tetapi saya cuba untuk tidak membiarkan dapur tidak berasap .. tidak baik untuk fung shui ... dapur perlu bernyawa agar rezeki terus masuk kedalam rumah ...
hari ini sebenarnya tidak perlu memasak .. suami kata makan diluar saja.. sebab sebenar nanti kami ingin pulang kekampung ibunya... entah mengapa hati tergerak untuk masak jua ... maka hari ini menuku bagai kan anak anak bermain masak masak ..
ku jerang air yang sudah kotong dan ku masak ala kadar - sepgetti ... campak campak dah siap .. hehehe sweet and simple .....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment