Sunday, June 28, 2009

PEMBANTU RUMAH...

Sudah lama betul saya tidak mengemas rumah... rasa nyer rumah saya kini macam rumah tinggal penuh dengan abuk. Saya tidak mempunyai maid untuk mengemas. kerana saya tidak mempercayai dengan urusan rumah tangga perlu di beri kepada minah minah indon...lagi pun cuma saya dan suami ... belum punya anak ... rasa nyer kalau saya mengupah maid ... pasti senang lenang maid tu ... dan dengan tidak mengambil maid ia dapat mengurangkan kemasukan pekerja asing ke negara kita.

bercerita pasal maid ... tadi terdengar dlm berita ... malaysia ingin mengeksoport rakyat sebagai pembantu rumah...hahahahhahah apa sudah jadi ... kita patut mengeksoport rakyat kita menjadi pekerja kelas satu seperti doktor, peguam dan jurutera ke luar bukan mengeksoport rakyat menjadi hamba. mmmm mana MODAL Insan yang dilaung laung kan? apa sudah jadi ... kita sepatutnya beri ilmu kepada rakyat malaysia supaya kita tidak lagi bergantung tenanga kerja dari luar terutama dari jurusan sains seperti kedoktoran, kejuruawatan dan lain lain bukan sebagai buruh kasar dan hamba!!

No comments: