Sunday, June 14, 2009

ADUAN, KOMPLEN, MERUNGUT

Saya sering merungut kepada suami , kuala lumpur semakin kotor dan menjijikan ... di bahu bahu jalan penuh dengan sampah sarap dan sisa sisa binanan terbiar tanpa di angkut. Akhirnya ia menjadi tempat pembiakan nyamuk ... lepas tu dok cakap rakyat tak bersih .. belum bercerita tentang peparitan dan taman tempat beriadah ... semuanyer memualkan ... dan paling menyakitkan rungutan saya itu tidak tahu kemana hendak disalurkan .. maka saya telan dan hadam setiap hari ..

ketika saya ber brain storming bersama rakan rakan ... terkeluar lah topik mengenai cara beliau membuat aduan atau menyatakan ketidak puasan hati terhadap sesautu kikdmat terutama perkhidmatan banking dan air.

Kata saya kepada rakan cina , bahawa saya tak suka untuk membuat aduan ... sebab bila saya buat aduan saya akan merasa sakit hati ... tetapi sahabat saya berlaianan pendapat ... kata beliau kita perlu banyak buat aduan kepada pihak pihak terbabit supaya khidmat dan mutu boleh dipertingkatkan ... kalau kita diam je mana mereka nak tahu.

bila difikir-fikirkan memang ada kebenaraan .. orang kita memang jarang buat aduan terutama masalah persekitaran .. tu pasal kita selalu menjadi mangsa .. salah satu sebab kita rasa itu bukan tanggungjawab kita ... kalau ada yang yang rasa marah pun tak tahu nak salurkan kat mana dan bagaimana caranyer ...

maka saya cuba tektik rakan cina saya .. memang lah mulanya rasa sukar .. ya lah tak tahu mana nak tuju .. maka saya pun bertanya kepada mr goggle ... cari punya cari .. dapat e-aduan dbkl .. godek kiri godek kanan .. sabtu saya habis hanya untuk khidmat masyarakat .. hahahahaha .. tulis lah panjang jela ...mengenai longkang longkang dipersekitaran kami yang tidak pernah dikorek ... dan juga sampah sarap di bahu bahu jalan ...

nak tahu ... percaya tak percaya .. pagi ahad saya lihat banyak pula mamat mamat dari alam flora membersihkan longkang longkang yang tertimbus ... cepat dan cekap jugak ... mmmm ... maka betul lah cara rakan cina saya itu ... mmmm

No comments: