tidak ada yang lebih membahagiakan diri ini apabila punya tempat untuk berlindung dari panas dan hujan . sejak dari kecil saya bercita cita untuk punya rumah sendiri ...punya tempat pravisi untuk diri sendiri ... saya bukan dari keluarga yang mewah ... semua nya berkongsi .. tidak punya bilik sendiri maka bila berkahwin cuma satu pinta saya .. untuk punya rumah sendiri boleh susun atur mengikut cita rasa sendiri ... boleh membeli dan punyai apa yang ingin kita mahukan ...
suami saya bukan seorang yang romentik , jarang membeli hadiah untuk hari jadi untuk ... tapi saya tak kisah kerana dia telah memberikan syurga yang menjadi tanda kasih sayang kami ...segala didalam rumah ini adalah tanda kasih sayang beliau terhadap saya ... segala apa yang ada didalam teratak kecil kami adalah syurga bagi kami ber dua ...
taman kecil kami