Saturday, July 11, 2009

WAJIK - MANISAN MELAYU

Bahan bahan
1 kilo pulut di redam 2 jam dan di kukus
3 biji kelapa di buat santan
3 keping gula merah
3 ketul gula batu
3 senduk gula pasir
sedikit garam
daun pandan

cair kan gula dengan air ... masukakn daun pandan ... biar gula cair dan pekat .. masukkan santan ... kacau sampai santan naik minyak dan sebati dng gula... masukkan secubit garam ... dan masukkan pulut ... kacau hingga sebati dan kering ...

Minggu lepas kerumah Pak Usu suami saya dipantai dalam menghadiri majlis pertunangan anaknya. Budi Pak Usu kepada kami sekeluarga tidak boleh dilupakan ... maka saya membawa buah tangan... Wajik sebagai buah tangan dan majlis ini majlis melayu.

Ketika nenek dan emak masih hidup ... jika ada majlis besar seperti hari raya, pertunangan atau majlis perkahwinan .. wajik mesti ada didalam senarai makanan...

ramai yang agak terkejut bila mengetahui saya boleh mengacau wajik .. yelah wanita berambut perang seperti saya boleh memasak wajik ... hahahahhahahahah pelik sungguh mereka ... mereka ingat saya cuma reti memasak air dan telur ...

No comments: