Friday, January 15, 2010

Nasi Ambeng Pucuk Rebung

Nasi Ambeng Selangor

Bonda Siti meminta saya membuat Nasi Ambeng untuk acara Syukur 60 SZI. Aduh Bonda permintaan kamu berat sekali ... pertama saya bukan orang jawa asli ... saya juga tidak pernah menjamah nasi ambeng seumur hidup atau melihat bagaimana rupanya. Bila Bonda mengarahkan saya membuatnya saya rela dalam terpaksa .. sudah menjadi tabiat diri tidak reti bagai mana untuk menolak permintaan sesorang terutama insan yang bernama Siti Zainon ...

Dalam kegelisahan itu saya pun mencara beberapa data dari Pak Goggole .. dapat lah serba sedikit info mengenai nya .. dan bonda juga ada menulis perihal nasi ambeng didalam blog beliau ... dua hari sebelum aturcara bonda memberi lakaran bagai mana beliau ingin kan .. aduh aduh ... hebat sungguh ini .. kalau tidak menjadi malu jadi nyer nanti ... mana hendak diletakkan muka ku nanti ... dan bonda memanggil saya duduk berbincang mengenai sejarah & kisah nasi ambeng di pulau jawa ... maka terus lah idea datang mencurah curah ...

idea dan info sudah diketahui ... untuk mengrelasasikan adalah sukar .. kerana keluarga kami tidak pernah membuat atau pun memasak nasi ambang ... dan untuk mengatur seperti pucuk rebung .. ha .. semalam saya tidak dapat melelapkan mata.

Yang paling sukar adalah untuk membina pucuk rebung dari pulut kuning. terutama untuk memadatkan pulut dan meninggikannya .. terasa bagai hendak membina sebuah gunung ..


Daun pisang berbentuk kon : ibarat gegunung hijau yang dimana duduknya para dewa dewi raja raja melayu dan kepulauan melayu terdiri dari gunung ganang yang indah permai... peribumi nya digelar orang orang diatas angin ..
Pulut Kuning : ibarat beras emas di gunungan nusantara , pulut dan melayu tidak boleh dipisahkan .. mengambil berkat semangat padi ...
Makanan dikeliling gunung emas ini : terdiri dari laut, udara dan tanah (telur protin - telur puyu sangat mistik bagi orang melayu, laut - ikan kering- orang melayu juga kuasa dilaut satu ketika dahulu, tempe- sumber proten yang baik, rendang kerbau dan urap -sayuran dari pucuk paku yang sebati dengan melayu dan serunding ikan maka melayu bermula dikalangan jawa, patani dan pahang / acheh. Semuanya bersatu didalam hidangan untuk mendapat berkat semangat padi.

5 comments:

SITI ZAINON ISMAIL said...

geTerimakasih terimakasih...inilah nasi ambeng lelasaari......cantik. tahniah.....kalau tidak dikeruk mana tahu isinya....lepas ini boleh kembangkan dengan berbagai gaya, termasuk segala makanan rakyat di bawah gunung haaaannnnh. Lela dapat nilai A ++++

Anonymous said...

aduhai laa zu.... secalung air liur aku nengok nasik ambeng ni ha...

nasi ambeng adalah makanan yg aku mmg teringin nak cuba... tak pernah merasa b4 ni... hehehe

nampaknya ko kena buat satu untuk aku lah ni ;)

Anonymous said...

lupa nak ucap selamat ulangtahun kelahiran buat bonda siti zainon... moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

hmm bila lah dapat bersua lagi agaknya, memadat ilmu berpuisi... :)

LELASARI said...

elaira

boleh boleh .. nanti kita fikir fikir kan ya .. hehehe ...

LELASARI said...

bonda

ya kena di ketuk ketuk dan dikorek korek baru lah bergerak sedikit .

terima kasih kerja membantu