Wednesday, August 04, 2004

ADAT

"Maafkan daku kerana menyebut perkara ini Artakus, tetapi kukira kau haru mengerti kepentingan adat yg telah menjadi pegangan kami. Orang Aurora sanggup mati demi adat kami, tanpa adat, hidup kami, tamadun kami, kewujudan kami tidak mempunyai nilai..."

"Adat adalah segala-galanya bagi kami, tradisi yg membudayakan kewujudan kami serta menjadi pedoman buat seluruh bangsa Aurora. Kalau kami melanggar adat biar pun sekali ini, maruah kami....akan menjadi sesuatu yg murah dan org Aurora akan hilang kepercayaan terhadap janji kami...."

Legenda Numerius
Bab 3
Mukasurat 36


Terus terang ku katakan, aku cuma membeli buku ini atas naluri ingin tahu bukan atas dasar minat. Ingin tahu lebih dekat apa yg ditulis oleh pengarangnya Ahmad Patria yg boleh melekakan peminatnya sehingga kini dan setelah membaca tulisannya baru aku sedar apa yg ingin beliau luahkan di LN...bagiku LN lebih kepada luahan rasa dan falsafah hidup sebuah bangsa yg ingin berjaya. Semoga Ahmad Patria terus menulis demi sebuah bangsa yg gemilang dan terima kasih elaira kerana memperkenalkan aku kepada [DUNIA AURORA]

No comments: