Monday, August 23, 2004

kecantikan adalah hak setiap insan

Setiap wanita pasti inginkan badan yg segar & wangi akan tetapi bukan semua diantara kita yg berkemampuan untuk pergi ke salon kecantikan setiap minggu…

Saya juga tidak berkemampuan utk kesana setiap bulan dan disebabkan itulah dikala saya tertekan menghadapi ketegangan dipejabat, terapi yg paling mujarab bagi saya hanya dng membeli 3 biji limau purut utk di buat mandi, anda patut mencubanya krn ianya sungguh menyegarkan dan jika saya melihat kulit saya kusam dan tidak bermaya, saya pasti berlulur dng mengunakan bahan semulajadi seperti kunyit, garam kasar & tepung pulut. Dan jika terlebih rajin saya pasti berendam dng beberapa jenis herba (serai wangi, dukung anak, daun sirih & bunga melur) yg saya petik segar dikebun ibu saya. Dan kadang kala saya terpaksa membelai kedua belah kaki saya kerana jasanya yg menapung berat badan yg dipam-pam ini dng cara merendamkan kaki saya dng air suam bercampur air garam selama ½ jam kemudian akan saya sapu kan kaki saya dng minyak zaitun .

Ini adalah antara cara murah bagi saya utk kelihatan cantik & segar, ANDA bagaimana pula???

No comments: