Segala puji kepada yang Esa...
Maaf... kerana sudah lama tidak mengup-date.. entah mengapa sejak akhir-akhir ini PC ku sentiasa kaput. Mungkin minta diganti baru. Tunggulah dulu poket ku masih belum mampu untuk mengantikan kepada Centrino Duo Core. Sudah menjadi amalan ku pakai sehingga habis baru ditukar baru, jangan membazir kerana membazir itu adalah iblis. Dan aku cuba sedaya upaya membetul apa yang salah... maka aku dilihat sering ketinggalan kerana kebatasan waktu, wang dan peralatan.
Aku baru pulang dari negeri Cik Siti Wan Kembangan... bumi nya semakin ceria.. Warga dan bandarnya sudah mengalahkan bandar-bandar besar di negeri sebelah pantai barat. Abang ipar yang kali pertama menjejaki kaki di bumi timur amat terpengun dengan suasana disana. Beliau tidak menyangka bahawa negeri-negeri dipantai timur amat membangun sekali... kota, bandar dan pekan malahan kampung ramai sekali. Dia menyangkakan Kota Bahru, Kuala Terenggau dan Paka hanyalah seperti Jelebu, Port Dickson ataupun Tajung Karang dan itu tandanya dia jauh ketinggalan. Baru agaknya dia mengerti mengapa aku setiap tahun bercuti ke negeri sebelah timur. Kali ini aku ke Pasir Putih bersama keluarga suamiku untuk pergi meminang kutum bunga ditaman Cik Siti Wang Kembang dan syukur segalanya berjalan begitu lancar. Kerana kesibukan aku tidak dapat bersiar-siar. Niat dihati ingin ke Istana dan Masjid diKota Bahru tetapi dek kerana kesibukan kami terpaksa memendamkan perasaan yang terbuku .
Mungkin biras ku memahami aku dari aku memahami diri ku sendiri… keesokan harinya kami meneruskan perjalanan untuk pulang bergerak ke arah selatan merentasi Kuala Terengganu dan berhenti sebenar disana untuk membeli sedikit olea- olea untuk sahabat di office, Sampai di Paka mentari sudah ufuk dibarat, keesokan hari saya dan suami bermain pasir dan ombak laut cina selatan …sungguh tidak sangka Pekan Paka juga mempunyai pantai yang sangat cantik , pasir nya putih seperti salju dan airnya sebiru angkasa … kami mengutip kulit kerang untuk dijadikan ingatan. Dikaki langit kelihatan para nelayan turun kelaut melambai-lambai kearah kami tanda rezeki sudah diperolehi agaknya … satu adengan yang sukar untuk diperolehi disekitar pantai di barat tanah melayu…. setelah penat berjalan dibawah terikat mentari keemasan , kami kegerai ditepian pantai, menghirup air kelapa segar… impian yang sangat sempurna bagi saya. Sebelum pulang kekuala Lumpur kami ke Club Petronas di Kemaman – ya lunch on de house … rezeki jangan ditolak dan setelah perut diisi kami bergerak. Negeri disebelah timur kami tinggalkan untuk seketika … kalau dizinikan nanti bulan lapan ini kami kesini lagi dan jika tidak kerana esoknya saya kerja pasti kami akan tidur di janda baik semalam lagi and It shall be a perfect cuti cuti Malaysia bagi saya dan suami. Kami berehat seketika di di Cherating – Pahang, minum petang sambil makan keropok lekor yang fresh dari orang kampong dan yang pasti sebelum berangkat kami memborong beberapa puluhan ringgit keropok lekor untuk di bawa pulang … Cherating ke kuala Lumpur kami mendaki Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang semenanjung tanah melayu… udara dan suasana berlainan …kehijauan dan kedinginan sudah terasa… kami sudah dipucuk pucuk pokok balak … indah sungguh ciptan yang Esa … kami tiba di kuala Lumpur sebelum maghirb… balik mandi terus berdengkur diatas katil …ya saya rindukan katil dan bau bilik yang sudah hampir 5 hari kutinggalkan… heheheheh