Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

mizan jadual tidurnya berubah lagi ... kalau dulu semasa 44 hari mizan kerap bagun malam sehingga saya menjadi seriau ... pasti tungang langgang nanti waktu kerja saya .. ya siang berkerja malam berjaga.

syukur .. mizan bagaikan mengerti .. dia anak yang baik .. bila saya memulakan kerja di pejabat .. mizan mengikut jadual kerja saya ... pukul 9 malam dia sudah tidur dan bangun jam 7 pagi ..

tapi akhir akhir ini waktu tidur mizan sudah agak berubah ... mungkin sudah sedikit dewasa membuat mizan mengurangkan waktu tidurnya .. dia masih tidur di jam 9 malam tetapi bangun jam 5 pagi!!! membuat saya menjadi agak kepenatan ...

tetapi kasih allah kepada umatnya .. tidak tahu dari mana kekuatan saya dapat .. semuanya berjalan lancar .. sekarang ini jadual saya juga sudah agak berubah menjadi ibu yang cergas dan sihat ... jam 5 sudah bagun .. mandi dahulu sebelum mizan bangun , berkemas ala kadar ... bermain seketika dng mizan ... pukul 6.45 mandi kan sikecil mizan, perah susuh, tukar baju ... jam 8.00 keluar rumah, kerumah pengasuh .. cium mizan dan off to work...

Saturday, April 10, 2010

AKU TIDAK PERNAH MATI

"aku tidak pernah mati cuma tiada disisimu"

"aku kan hidup didalam tubuh kamu kerana darah mu dan darah ku adalah sama"

itulah pesan emak di hari hari terakhir sebelum dia meninggalkan kami untuk menemuai TUAN yang penyayang.

Dan dengan pesan itu aku menjadi kuat ... untuk tidak mematikan emak dan ayah didalam dunia fana ini aku berusaha untuk mewarisi apa yang mereka ada.

masih ku ingat emak sangat pandai memasak asam pedas.. dan kini aku dan intan sedaya upaya untuk tidak menghilangkan tradisi memakan dan memasak asam pedas untuk keluarga kami .. agar anak cucu emak akan gemar dan pandai memasak asam pedas.

Emak seorang yang sangat berjimat cermat ... tidak boros seperti ayah .. ketika kewangan keluarga kami merundum .. cepat cepat emak bertani di tanah sekangkang kera .. tapi TUHAN yang maha pemurah lagi maha meyayangi tetap memberi rezeki kepada emak sayur emak hidup subur dapat kami sekelurga merasa lobak, kubis dan terung ... kadang kala kekacang sehingga dengan sebatang kelapa berbuah lebat boleh emak berjual untuk duit belanja sekolah si kecil intan. Kesusahan emak tidak pernah diceritakan kepada sesiapa .. dihari hari mendung kadang kala emak cuma makan ikan bilis tidak bergoreng dengan nasi panas ... atau melihat kami kegembiran memakan bubur nasi panas dimalam hari dan rupa rupanya emak dan ayah tidur didalam kelaparan ...

Dulu ku ingat ayah kelaut kerana hobi .. rupa rupa nya ayah ku seorang nelayan untuk menyara kami sekeluarga .. bila ayah bawa balik ikan dan makanan laut sebahagiannya akan emak jual ke jiran jiran untuk mendapat duit dapur untuk membesarkan kami sekeluarga....

Walaupun emak tidak sekolah tinggi tetapi ilmu emak mengalahkan kami berempat .. hati emak cekal dan tabah .. membesar kan 7 anak bukan lah sesuatu yang mudah. Hanya bermula dengan menjual 3 keping kain batik emak tabah menghadapi hari hari kehidupannya. Emak pandai berkira kira .. walaupun cuma bersekolah darjah satu.

Kini Emak telah pergi dialam bahagia .. tidak ada lagi sakit dan perit disana .. dan kami waris waris emak akan mengekalkan tradisi hidup emak agar sentiasa hidup mekara didalam tubuh kami ini...

Sempena 8 tahun ketiadaan emak disisi kami ...
Al Fatiah
7 April 2010

Saturday, April 03, 2010

sehari di saloon rambut




uban uban yang perlu dilindungi ...

rambut dah panjang dan tidak teratur ..... kalau ikutkan masa tidak memang tak sempat dah nak membetulkan rambut .. tapi terpaksa mencuri juga masa masa yg tersisa...saya sangat suka kekedai rambut .. terasa dimanjakan dan dibelai .. jika punya banyak wang dan masa kalau boleh tiap minggu nak ke saloon untuk memanjakan diri ... ha .. tunggu saya kaya ya ...

Monday, March 01, 2010

25 Febuary 2010

Hari jumaat yang indah sekali ... bercuti merehatkan badan ... ucapan bertalu talu masuk ke muka buku ku dan jua sms ... ha amat terharu sekali .. bermula dari rakan sekerja di pejabat .. berkongsi kek pada petang 24 Feb sehingga ke harilah kehari ini kami masih lagi meraikan.. syukur kepada tuhan yang telah mencipta ku dari setitis air mani ...
kek dari suami - berkongsi manis nyer cokelat bersama jiran dan ipar duai...dikala bulan terang



pulut kuning - dari warga mawarsari ... indah nyer tidak terperi


kami di batu keras cafe - bersama beberapa teman rapat

High Tea bersama sijambu hanim & busu intan di Dome, BSC
hamim belanja..heheeheheh


Tidak ada lain yang dipinta ... ianya sesuatu yang amat mengembirakan apabila kewujudan kita didunia ini diraikan dan dirasai .. amin ya rabbil.. terima kasih semua yang mengingati diri kerdil ini...

Tuesday, November 10, 2009

PEMBALUT KAKI




Ho musim hujan sudah tiba ... air turun dari langit rahmat dari tuhan... tetapi bila terlalu banyak turunnya banjir di sana sini ... apalah khabar sahabat di sebelah timur tanah air ...

mungkin saya sudah agak tua .. bila musim tengkujuh tiba badan terasa bisa bisa ... tulang kadang kala terasa dingin ... seminggu yang lalu saya sudah mula mencari minyak panas untuk menghangatkan badan ... kata orang tua tua angin mudah benar masuk melalui kaki .. ha dulu semasa muda remaja ... bermain dalam hujan, berembun sehari semalam pun tidak mengapa ...

semalam saya ke pasaraya untuk membeli barang bayi (hohoooo bukan saya mengandung ya!!! saya membeli untuk disedekah kan kepada seorang ibu muda yang tidak mempunyai suami...) dan ternampak saya berbagai stokin yang cantik cantik warnanya ... ya warna dan corak yang dijual boleh menceriakan hari hari muram ku ...

maka saya membeli beberapa pasang untuk dipakai untuk malam malam dingin ...

Saturday, November 07, 2009

dizaman moden ini


artis : by dotiro (http://dotiro.com/)

hidup kini terlalu sukar rasanya ... baik di tempat kerja, rakan rakan, dengan sedara mara dan jiran.

Hidup perlu peraturan ... perlu pandai menunjuk cara cara kehidupan moden ... senyum ada cara, makan ada cara, duduk pun ada cara ... ha kadang kala enak sekali hidup di hutan tidak payah untuk berpura pura ... jika suka kita ketawa, jika marah kita menjerit ... hidup didalam kepura pura an, mungkin .

Ha lupakan semua kepura pura an ... kita perlu hidup kehadapan ... terus terus menuju kehadapan ... banyak perkara yang belum ku lakukan ... ya terlalu banyak ... pasti allah akan ku ... untuk meneruskan cita cita murni ... mungkin...

HIDUP ITU SENI

Dari dulu saya mengkagumi orang orang seni ... saya menghargai orang seni.

Maka kadang kala saya cuba menjadi seperti mereka ... cuba menulis seperti mereka, cuba melukis seperti mereka dan kadang kala saya merasakan itu bukan saya .. sehingga ada rakan rakan yang bertanya "apakah yang kamu cari lela?" dan jawapan yang saya berikan kepada mereka "entahlah ..."

Mungkin saya mencari diri saya ...apa keistimewaan diri saya ... mmmm dan kalau boleh saya tidak ingin menjadi orang lain ... saya ingin menjadi diri saya sendiri ...

dengan mengenali ramai sahabat saya dapat banyak idea ... dan belajar untuk memperbaiki diri saya yang serba kekurangan ...

Maka hari ini saya sudah mendapat jawapan yang selama ini saya cari ... saya juga orang seni ... seni saya seni kehidupaan ... seni saya bukan pada lukisan, tulisan mahupun arca tetapi kehidupaan saya ini satu seni , cara saya memasak juga seni, cara saya mengemas rumah saya juga seni , perkahwinana saya juga satu seni .... maka ingin melihat seni saya .. perlu mengenali diri saya ...

Saturday, October 31, 2009

HUJAN

Dua tiga minggu ini langit tidak secara dan mentari tidak seterik selalu. Baju diampian tidak segaring selalu. Aku rindu bau baju yang diangkat dari ampian dijemur di laman panas mentari . Segar dan enak bila didakap.

Payung telah siap sedia didalam beg. Setiap petang pulang dari kerja hujan turun mencurah curah. Di office dingin dan beku ditambah dengan udara sejuk penghawa dingin. Musim hujan sudah tidba nampaknya .. lebih awal dari masa kecil ku.

Bila hujan tiba teringat bagai mana sang nelayan tidak dapat turun kelaut. Bagai mana petani pokoknya di takungi air ... Ha bagai mana rumah rumah di tepi sungai takut takut dinaiki air.... yang pasti di kota urban ini ... itu semua tidak dirasai .. cuma terasa agak sukar untuk kesana kesini didalam musim musim begini .. semua nya basah dan lekit ... tapi yang pasti kota lumpur sedikit sejuk dan nyaman. udara dari puncak titiwangsa kekadang kala datang menyapa dibalik balik tingkap yang terbuka...

Sunday, October 25, 2009

hujung minggu yang indah ...

ya sudah beberapa minggu hujung minggu ku agak kesibukaan... maka minggu ini ku bertapa saja di rumah...

mengemas, membaca, memasak dan menonton..dan rintik rintik hujan menjadikan hujung minggu kali ini agak dingin dan nyaman ... tidur di cadar yang baru di tukar amat indah rasanya ... kalau lah begini sepanjang hidupkan enak sekali ... ha poket perlu wang maka perlu keluar mencari rezeki .. bilalah agaknya boleh aku duduk dirumah ... dan bersantai tanpa memikirkan untung dan rugi ... bermimpi mungkin ...

ke pasar membeli barang barang dapur untuk di masak dan membeli vcd untuk ku tonton dimasa sanggangku - aku nonton film dari indon .. cerita nyer mudah - kebebasan seorang perempuan .. ha suami ku kata cerita nyer berat .. ya aku suka memberat kan kepala ..hahahahah




kemudian apa lagi ya .. ku mandi anak kami .. hahah dan dia kesejukaan diwaktu waktu ini .. merekngkuk tidur di atas katil .. huhuuu


baby baru selesai mandi .. jilat jilat bulu kering kan badan.

Sunday, August 16, 2009

hidup ini perlu tabah

hidup ini perlu tabah dan perlu diteruskan ... wahhhh dizaman kini tak semua yang ikhlas ...

tetapi yang pasti tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali diri kita sendiri ..

Sunday, June 28, 2009

PEMBANTU RUMAH...

Sudah lama betul saya tidak mengemas rumah... rasa nyer rumah saya kini macam rumah tinggal penuh dengan abuk. Saya tidak mempunyai maid untuk mengemas. kerana saya tidak mempercayai dengan urusan rumah tangga perlu di beri kepada minah minah indon...lagi pun cuma saya dan suami ... belum punya anak ... rasa nyer kalau saya mengupah maid ... pasti senang lenang maid tu ... dan dengan tidak mengambil maid ia dapat mengurangkan kemasukan pekerja asing ke negara kita.

bercerita pasal maid ... tadi terdengar dlm berita ... malaysia ingin mengeksoport rakyat sebagai pembantu rumah...hahahahhahah apa sudah jadi ... kita patut mengeksoport rakyat kita menjadi pekerja kelas satu seperti doktor, peguam dan jurutera ke luar bukan mengeksoport rakyat menjadi hamba. mmmm mana MODAL Insan yang dilaung laung kan? apa sudah jadi ... kita sepatutnya beri ilmu kepada rakyat malaysia supaya kita tidak lagi bergantung tenanga kerja dari luar terutama dari jurusan sains seperti kedoktoran, kejuruawatan dan lain lain bukan sebagai buruh kasar dan hamba!!

Friday, June 19, 2009

HATI KU BERBUNGA RIANG



Tiba tiba hati ini berbunga riang pabila sahabat lama tiba tiba datang menyapa khabar... dan rasa manis persahabatan itu pun mula bercambah kembali walaupun hanya di alam maya...

"Yang jauh didekatkan, Yang dekat dirapatkan"

untuk sahabat yang masih mengingati diri ini terima kasih atas ingatan kalian.

Saturday, April 25, 2009

JANGAN BERTANGGUH

Saya masih ingat semasa kecil... orang tua tua selalu berpesan .. kalau buat kerja jangan suka bertangguh tangguh... dan nasihat itu sering menjadi air lalu .. masuk telinga kanan keluar telinga kiri ...

antara kelemahaan yang amat ketara didalam diri saya adalah suka bertangguh kerja ... tabiat buruk ini lah yang membuat saya ketinggalan jauh dibelakang....

kini saya cuba sedaya upaya tidak bertangguh .. kalau teringat terus saja bangun dan buat ...

Friday, February 27, 2009

BULAN KASIH SAYANG

Februari merupakan bulan kasih sayang untuk diri ku. Tidak kurang juga begitu ramai dikalangan yang aku kenali menyambut hari lahir di bulan ini. Ya!! ingin ku gelar Februari, bulan segala bulan FESTA! dan yang pasti bulan ini poket ku akan kering ... heheheh

selamat berkasih sayang kepada yang meraikannyer!

--->--@

sangka tahun ini aku menyambutnyer dengan banyak ucapan, banyak hadiah dan banyak limpahan kasih dan sayang ... ucapan masuk sejak awal pagi hinggalah ketika aku ingin beradu ... ya tahun ini sms, e-mail masuk bertalu talu .. dioffice tak sangka ramai yang mengingatinyer ... hadiah juga tidak kurang mewah ... pagi sarapan di belanja ... makan tengah hari pun begitu dan dinner juga di jamu mesra ... aku terpaksa meniup 2 kali lilin dan kek dalam acara yang berbeza ... hahahah terasa bagikan artis lah pulak ... tidak kurang yang datang untuk memeluk dan mencium pipi lesu ku ini ... hehehheheh ya hari ini aku terasa disayangi ... Allah memdatangkan kasih sayangnya dengan cara yang begitu indah...

Kasih sayang Allah bukan datang sehari tetapi 3 hari .. sehingga aku beku dalam pelukaan rahmatnyer ...

Wednesday, January 28, 2009

petik lah bintang bintang

Ku petik bintang bintang
biar pun banyak halangan
relaku tempuhi segalanya
onak yang ku pijak bagai tak terasa

ku sedar sejak mula
tidada jalan yang mudah
tapi ku yakin di dalamhati
akhirnay terbongkar jua sumpah dan janji

walau sukarnya bagi mu sayang
perjalanan menyakitkan
tapi hadapi lah dengan kesabaran
kan tiba kebahaian

tiada batansannya
usia ataupun rupa
kita bersama bmemulakannya
sehingga keakhir kita tersu berjuang

bait bait lagu ini sering kali memberi saya kekuatan apabila dirundung problem yang tidak pernah henti henti ... ia semacam memberi saya semangat untuk terus hidup...

hidup perlu di terus kan walaup apa juga keadaan .. nasib tidak boleh diubah kecuali dari kita sendiri .. bahagia hanya datang jika kita membahagiakan diri kita sendiri ... untuk memetik bintang bukan sesautu yang mudah .. perlu ada onak dan duri .. tapi ku pasti satu hari segalanya akan di ceritakan oleh masa dan keadaan ... ya aku percaya allah tidak zalim kepada umatnya ... dia tidak akan menghidupkan aku dari setitis air yang busuk hanya untuk di persenda kan .. tidak !!! tidak siapa yang boleh menjatuhkan maruah diri ku ...

Thursday, January 15, 2009

A Few List

- kerja kerja kerja ... semua kat office tengah muram durjana ... tak tahu siapa yang akan kena potong kepala... buat masa nie semua boleh jadi musuh ... bos akan fikir perut dan mulut mereka sendiri ... ketika ini tak de sapa yang boleh tolong .. cuma boleh tolong diri sendiri je .. diam jangan masuk politik office ,... buat kerja ... siap balik rumah

- masalah datang bertimpa timpa ... bukan dengan suami tapi orang sekeliling .. terutama adik beradik .. tak tahu macam mana nak buat ... bila di fikir fikir kan buat apa nak pening kepala, masa aku susah dulu tak makan ada dia orang ambil tahu??? entah lah ... pening pening ... kalau tak tolong zalim lah pulak kan, biasalah dah zaman gawat nie manusia bila tak de duit semua boleh jadi bengong. kadang kala terfikir lah jugak apalah nasib aku nie ... dok susah je memanjang tapi bila fikir allah ada menolong .. lega lah sikit.

- sekarang nie ramai yang dok promote buat business part time... mmmm entah lah aku tak pernah berjaya dlm multi business nie ... tak pandai nak goreng ... selalu terkena je ... so dari buang duit dok rugi baik aku buang duit untuk diri aku sendiri sebagai contoh beli baju ke ... mmmm simpan ke.

- plan untuk 2009 tak buat buat lagi ... aku tak tahu apa yang patut aku laku kan tahun nie ... tapi ada beberapa perkara yang pending yang perlu aku settle kan sebagai contoh belajar memandu ... mmmm harga dah tahu .. masa je yang pelik siki

Monday, January 12, 2009

2009 yang murang

gawat sudah mulai terasa bahangnyer ... di office sudah mulai mengatakan tentang kat kos ..

lapuran lapuran mengenai kos kos sedang diselidik ... semua nyer untuk mengurang kan kos ... yang peliknya bila nak cut cost benda pertama mereka akan lihat ada gaji dan pekerja ... mula nak cutting the head count .. mmm biasa lah kapitalis ...

kadang kala terfikir juga kalau betul betul nak kat kos ... kenapa tak tarik je benefit dulu ... lepas tu tengok kepada indirect cost ... mmmm entah lah ... kita tunggu dan lihat saja.

besok top management akan mengumumkan cara cara pengurangkan kos ... antaranya ... gaji tidak akan naik untuk 2009/2010. no bonus in april ... no more recuriment for senior manager and above.

bukan saja di tempat keja murang ... family pun murung ... banyak perkara yang terjadi... tak tahu mana satu nak dikejar kan ... sejak abang ipar aku meninggal aku terpaksa mengambil tahu sedikit sebanyak tentang anak anak buah ku .. kalau dulu aku cuma melawat bila ada masa ... kini hampir setiap dua tiga hari terpaksa berulang alik ke bangsar terasa penat lah pulak ... aku sudah tidak betah menjadi warga bangsar ... lebih selesa di rumah walaupun jauh ... ya mana nak sama duduk rumah sendiri .. boleh tergolek sana tergolek sini ...

Monday, January 05, 2009

WATER OX - MY YEAR!!


Kung Hei Fat Choy!!

.. dan ini adalah hobi saya apabila tiba tahun baru cina ... setiap tahun saya pasti akan mencari data data atau pun secara ringkasnyer
... membaca horoscope... jangan kata saya ini syrik ya !! cuma hobi ... suka suka je ... dan kalau mengikut calender cina saya dilahir kan pada tahun ini - water ox ... mencari data dari our mr goggle dan saya terjumpa sesuatu yang sangat menarik ..

antara watak watak yang terkenal yang lahir sama seperti saya adalah Lady Di, Richard Burton, Napolean, Charlie Chaplin dan Jawaharlal Nehru, Aishwarya Rai , Barak Obama.....menarik bukan !!! moga moga satu hari nanti saya akan seperti mereka ... berjaya dan dikenali ramai ..

TAK TERMAMPU

Ya Allah, tidak tahu apa kah dugaaan yang datang ketika ini .. bagi kan tidak habis habis masalah yang datang menimpa sehingga aku tidak sanggup untuk berfikir dan bertindak ... ketika ini aku cuma boleh meminta kepada yang kuasa untuk memberi aku semangat dan harapan ...

aku di persimpangan ... aku boleh mengambil jalan mudah untuk tidak untuk mengambil tahu segala nya ... lari dari segala kekusutan ini kerana bukan ianya masalah ku ...kalau di turut kan hati yang marah ini ... ketika aku kesusahan siapa yang datang menyapa ... sapa yang datang mengambil tahu ... cuma ku serah kan diri pada tuhan segala alam .

tapi hati kecil ku meronta ronta ... apa yang aku lakukan ini adalah atas nama kemanusiaan ... kalau anak kucing sekali pun akan ku tolong nie kan sedarah sedaging. kalau bukan aku siapa lagi. ohhh tuhan bantu lah aku...

Thursday, January 01, 2009

Selamat tinggal 2008

2008 penuh dengan kenangan suka dan duka.

a. new profile di office ... tensionnnnnnnnnnnnnn
b. dapat bersua muka dengan pak lah
c. dapat bersua muka dengan orang orang kuat pkr
d. join kembara bersama deebers keseluruh negara
e. pi bandung indonesia
f. pi singapura
g. pertama kali tengok ikan lumba lumba
h. 10tahun berkahwin
i. bersua dengan hisamuddin rais - penulis tukartiub.blogspot
j. permatang pauh - the mother of election
k. dapat 2 anak buah
l. kehilangan yang tak mungkin kembali - shamsiah fekah , abang amir , abang aidi dan paksu