Tuesday, December 25, 2007

SALAM DARI KOTA SINGA


GELANG SI-PAKU GELENG

GELANG SI RAMA RAMA

PULANG MARI LAH PULANG

MARI LAH PULANG BERSAMA-SAMA

Saya baru pulang dari Kota Singa atau nama lamanya Temasik. Sudah hampir 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke kota ini dan ianya semakin cantik dah damai disana. Sebenarnya perjalanan saya kali ini tidak dirancang. Mulanya saya hanya ingin ke Johor Bharu melawat bapa saudara yang tidak sihat. Entah mengapa terdetik hati ingin membawa passport antarabangsa. Sampai di Johor Bahru, saya mendapat tahu bahawa adik kepada arwah nenek saya tidak beberapa sihat. Beliau sudah berumur 83 tahun dan telah disahkan mengidap kanser paru paru di tahap ke-4. Tidur semalam di Johor Bahru, paginya saya bertolak ke Temasik. Dan jangan tak tahu saya cuma ke sana berseorangan. Tanpa di teman oleh sesiapa pun !!!!! Pak Long di Johor menelefon untuk memaklumkan kedatangan saya ke Singapura dan ketika itu saya sudah pun dalam perjalanan ke pulau yang dijajah. Bertolak seawal 9.00 pagi dan saya sudah berada dirumahnya kira-kira jam 10.3o. Yang kelakar satu Malay dan Singapura tahu akan kedatangan saya. Datuk yang menghebahkannya. mereka seakan tidak percaya yang saya boleh kesana berseorangan tanpa ditemani sesapa setelah 20 tahun tidak menjejakkan kaki disana (kali terakhir saya ke sana saya cuma berumur 10 tahun). Sepupu saya mengelarkan saya Super lady from Kuala Lumpur... hahahahhahahahah!!!! Ya wanita KL wantia yang berani !!! Satu rekod peribadi !!!! Syukur kerana saya sampai di negara asing tanpa sebarang masalah. Uncle teksi berbangsa Cina pun sungguh baik hati... saya ingat kan orang cina di singapura "kia su"nya teruk tetapi mereka amat baik dan mengambil berat. Uncle itu tahu yang saya berkelana seorang diri dan telephone bimbit saya tidak boleh digunakan maka dia menelefon datuk dan menemani saya sehingga kedepan pintu rumah. Saya rasa orang malaysia pun belum pernah melakukan perkara begitu terhadap saya.





Saya tidur dua malam di Kota Singa. Menyambut hari Natal disana sungguh meriah sekali terutama di Orchard Road yang dihiasi dengan lampu dan pokok krismas. Ya mengingatkan saya ketika saya kecil, setiap tahun saya akan ke Orchard Road bersama arwah makcik untuk melihat api dan pokok, kenangan itu tidak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat. Saya juga pergi melawat beberapa saudara yang sudah lama tidak ketemu di Gelang Serai dan kemudian nenek dan datuk membawa saya pergi membeli belah disekitar Pasar Geleng. Saya masih ingat arwah makcik selalu membawa saya makan lontong disini. Kami juga ke makam haji noh untuk melawat tempat dimana seorang wali dikebumikan- tempat ini tidak pernah saya lawati dan ini adalah kali pertama saya kesini - saya ada bernazar jika saya punya wang dan pekerjaan yang baik saya akan datang ke makam ini untuk mensedekahkan sedikit wang dan doa.



Nenek juga membawa saya jalan-jalan di Bugis Street dan Kampung Melayu. Sungguh malang saya tidak membawa camera bersama. Saya membeli beberapa helai kain batik kerana membeli kain batik di singapura adalah satu kenangan yang mengusik jiwa. Arwah nenek dan ibu saya akan membeli berkodi kain batik bila datang ke Singapura untuk dibawa pulang ke Melaka. 30 tahun yang lain membeli kain batik berkualiti baik cuma boleh didapati di Singapura. Cuma saya tidak dapat mencari beberapa pasang kain kapas yang bermutu tinggi kerana kedai nya agak jauh. Nenek janji bila saya datang kali kedua, kami akan memborong kain kapas bermutu...huhuuhuuuuu.. ya kain kapas dan kasa rubiah juga sebati dengan keluarga kami. Ketika kecil, saya tidak mengenali kain lain selain kapas dan kasa rubiah. Apabila hari raya arwah nenek atau ibu akan membuatkan saya baju kurung dari kain kapas yang dibeli disana.




Nenek yang saya lawati nie tinggal berdua bersama suami, anak anaknya semua sudah duduk berasingan, mereka telah berusia hampir 83 tahun dan masih hidup secara independent walaupun sudah menghidap penyakit kanser. Kalau kita di malaysia kanser tahap 4 pasti sudah terlantar di katil. Tetapi kekuatan nenek sungguh mengkagumkan, nenek masih mengemas rumah - kebersihaan rumahnya jangan dicerita - kalah orang muda, nenek boleh berjalan kaki dan naik bas tanpa dipimpin oleh sesiapa. Ketika tinggal nenek membeli Lotong untuk bersarapan, Nasi lemak Singapura makan tengah hari dan nasi ayam penyek untuk makan malam. (nasi mereka macam pulut ... rasa mual bila makan terlalu banyak)








Kota singa ini tidak seperti yang saya bayangkan 25 tahun yang lalu. Kota ini sudah menjadi kota dewasa dimana bangunan lama dan baru disatukan dan dijaga rapi. Warga tuanya sangat independet - walaupun berumur tetapi tahap kesihatan mereka sungguh mengkagumkan. Bayangkan nenek dan datuk saya sudah berumur 83 tahun masih larat turun naik bas dan berjalan kaki sepanjang petang - sampai kan saya yang mengalah ingin pulang. Sepatutnya mereka ingin membawa ke pulau sentosa keesokan harinya tetapi saya menolak. hahahhahahahahah. Yang saya perhatikan kerajaan singapura sedang pesat menananm pokok di seluruh pelusuk pulau ... tak kira ada tanah lapang mereka akan menanam pokok. Kerajaan nya juga mengalakkan rakyat tidak merokok mengamalkan budaya hidup sihat dengan tidak mengemokkan badan... mengunakan perkhidmatan awam secara effective dan saya sudah mula melihat warganya terutama mat salleh dan orang kaya dikalangan warga cina sudah mula berbasikal dibeberapa kawasan disekitar pulau tersebut.


Yang pasti saya akan kembali semula ke kota ini. Banyak tempat yang ingin saya lawati. Pulau Sentosa dan masjid yang paling lama di kota temasik antara tempat yang akan saya lawati. Mungkin kali kedua ini saya akan menentap lebih lama lagi ... mungkin seminggu !!!




No comments: