Wednesday, May 20, 2009

PERTEMUAN...

kadang kala kita sering merasakan bahawa kita mengenal diri kita dengan baik sekali... tetapi sebenarnya tidak.

dan kadang kala kita merasakan kita mengenali rakan kita, ibu kita, suami kita dengan tetapi sebenarnya tidak juga.

kita kadang kala tidak mengenali siapa kita atau orang yang begitu dekat dengan kita dengan begitu baik ...

untuk membina satu persahabatan atau satu pertaliaan amat payah sekali ...

manusia membina peribadi dan pemikiran mereka melalui pengalaman dan persekitaraan ...

tadi saya bertemu seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa ... ya hampir 18tahun kami berpisah dan akhirnya kami berjumpa di facebook. beremailan dan akhirnya bertukar contact number, we decided to meet face to face.. 18tahun adalah satu jarak yang cukup lama. 3 jam bercerita tidak mencukupi untuk melunaskan kata kata selama 2 dekad. Ya saya perlu akui segalanya tidak seperti yang akan kita rasakan seperti 18 tahun yang lalu semua sudah berubah dari cerita dan watak... dari masa dan keadaan .

terima kasih teman kerana masih sanggup berkongsi sejarah 18tahun yang lalu...

1 comment:

jaji68 said...

Terima kasih kerna ingin bertemu dan mengungkap sejarah lama. Walaupun sudah lama tak ketemu dan walaupun yang muda dah berusia, yang hitam dah bertukar putih, yang langsing bertukar gebu, namun keakraban masih segar, kemesraan masih terasa, ke'gila'an masih diiringi dengan hilaian yang tulen. Terimakasih pada kalian berdua yang masih menganggapku teman. Alhamdulillah.