Saturday, June 13, 2009

BERSANTAI

Bagaimana anda berlibur dihujung minggu... ada yang balik kampung, ada yang panjat gunung ada yang pi night club sambil ronggeng ronggeng ... ikut cita rasa masing masing ... entah mengapa minggu ini saya berlibur dalam aturcara sastera.. dua lokasi yang berlainan dan warga dan kelas yang berlainan ... saya tidak dapat menghadiri aturcara di rumah pena ... salah satu sebab saya tidak sampai ke rumah pena kerana sukar untuk mendapat public transportation.

Aturcara 1
CERITA AKU – READING – MEMBACA/MELABON


TEMPAT : NO BLACK TIE
17, Jalan Mensui Kuala Lumpur.
( Belakang Hotel Istana)

Saya ke no black tie cafe malam isnin yang lalu untuk mendengar beberapa penulis bercerita dan membaca ... seperti biasa pergi seorang diri tanpa rakan ... saya tidak punya ramai rakan yang menyukai seni cerita dan puisi terutama yang berat berat ... apatah lagi si suami ... katanya buat apa nak fikir ... di office sudah berat tak kan nak berhibur pun yang berat berat ... hhahahha

salah satu sebab saya gagahkan juga untuk kesini adalah untuk mendengar blogger yang terkenal - tukar tiub bercerita.

kalau ikutkan hati tak jejak kaki saya ke sini ... 99% dipenuhi di "kailo" dan selebihnya melayu celup yang sungguh moden mengalahkan mat salleh ... hahahahahha tapi sebab dah buat reservation dan dan bayar 20higgit saya gagahkan juga... nasib baik si tukar tiub tidak menghampakan saya.... saya pulang dengan puas sekali ...

Aturcara 2
::Bersantai di Laman Beringin

Inilah kali pertama saya ke Laman Beringin yang terletak diantara bangunan istana budaya dan balai seni lukis untuk menghadiri Malam Puisi Utusan. Its a cool place, ya very the melayu place ... tak macam cafe no black tie penuh dengan wine dan minah minah chic ... terletak di luar bangunan berpayung kan langit yang cerah sambil mendengar anak anak muda membaca puisi membuat saya berasa gembira sekali . sambil tu boleh makan makan nasi lemak bungkus dan ayam goreng .. air nyer pula teh tarik ... menarik kan ...

Dibalik balik anak anak muda yang baru ingin mencipta nama, nama nama besar juga tidak ketinggalan membaca puisi. Sebenarnya antara sebab saya ke laman Beringin untuk mendengar A Samad Said mendeklamasikan dua buah puisi bertajuk Pemimpin Catakserukin (Cakap tak serupa bikin) dan Abjad Bertaring. Mendengar beliau berpuisi dengan kata kata yang lembut tetapi bermakna dan tajam membuat saya mabuk seketika.. puas mendengar kata kata indah beliau ...

diharap ada pihak pihak lain yang akan menjadikan acara deklamasikan sajak dan puisi di Laman Beringin sebagai acara bulanan atau dwi bulanan .. baik untuk warga kota yang sudah ketandusan dan kekeringan seni yang asli..

1 comment:

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya selamat bersantai ya...bonda dah letih dengan gerombolan besar, meriah dan gegar apa lagi kalau orang besar politik datang....bonda datang, diam-diam di belakang, menyamar, lihat dari jauh...haaa. kalau malam bersantai jalannya, bonda bergaya lainnnn hahah orang tak kecal...menarik juga lihat orangbuat riuh rendah .... ah kesian orang tua, Pak Samad saja yang berani ' meludah bahasa' ...keluar lah air mata...