Showing posts with label my 1st experience. Show all posts
Showing posts with label my 1st experience. Show all posts

Friday, January 21, 2011

HOBI BARU





My first attempt at crochet. I am teaching myself from a book and as you can see it's not going so weel. I think I have even invented a new non-stitch.

I have now re-read the instructions in the book and am on attempt number two....wish me luck

Wednesday, June 17, 2009

Little Graduate Ceremony

my classmate and so call teacher

door gift for all the student

a slice of cake for everyone :( durian durian cake ...

Khamis lalu tamat sudah untuk sessi pembelajaraan bahasa penjajah ... boss kat office bagi green light suruh sambung lagi 3 bulan .. disponser penuh ... orang dah bagi jangan jual mahal... hahahah ambil je, rezeki jangan ditolak..

so minah minah kat kelas nie pun buat lah ala alal little graduate ceremony .. siap beli kek cita rasa malaysia .. ya durian cake from SR ... yang bestnyer ada lah pulak yang memberi door gift untuk student .. so happie lah semua minah minah bermata sepet dan buntal .. mendapat door gift ...

so kelas dah habis .. cuti 2 minggu lepas tu sambung balik ... mmmmm

Saturday, May 30, 2009

BASH PARTY

APPLE DONUT

Location : Classroom No 11 at British Council Kuala Lumpur

Ini kelas dewasa... hahahah saya di paksa untuk pergi ke kelas ini setiap seminggu sekali. Kerana saya perlu memahirkan bahasa penjajah saya untuk sesuap nasi... satu realiti yang pahit untuk di telan tetapi inilah hakikat yang perlu ditelan di kulam kerana walaupun sudah lehih 50 tahun tanah melayu merdeka ... nampaknyer bahasa penjajah masih diperlukan sebagai bahasa pengantar ... Sudah hampir 3 bulan saya ke kelas. Ianya sangat menarik, dari segi networking dan brainstorming.

mungkin anda tertanya mengapa kami bergambar dan memakan donut ...oh guru kami (berbaju biru langit) ingin terbang ke Kenya mengikut suami... maka kami jamuan yang ala kadar untuk beliau ...

minggu depan kami akan dapat guru baru ... minah mat salleh ... bagai mana agaknya cita rasa perempuan mat salleh ya ...

Sunday, April 05, 2009

MENDALAMI BAHASA....

aku di paksa mendalami bahasa orang putih... mendapat arahan dari pihak majikan agar aku lebih menguasai bahasa orang putih... aku pun pergi je lah apa nak buat kita mencari sesuap nasi ... bukan bahasa orang putih aku tak bagus tapi tak canggih ... kalau dulu aku cuma berinteraksi di dlm negeri ...kini mereka suruh aku buat report dan berkomunikasi dengan pihak diluar malaysia konon konon macam regional office lah .. maka aku perlu mengcantikan bahasa ku ... aku ok je asalkan pihak syarikat membayar semua kos aku tak kisah... rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.

25 March - aku buat Placement Test nak tengok dimana tahap kecagihan bahasa orang putih ku ... bos selalu cakap bahasa aku macam budak sekolah ... pi test mmmm ok je .. aku join kelas interminate blue ... satu tahap lagi nak ke advance .. good what for me yang memang tak reti berbahasa orang putih nie (baca: aku yang tak nak berurusan dengan bahasa penjajah itu sebenarnya). bos aku terkejut beruk !!!! dia ingat aku mesti tahap learning stage yang kena belajar a, e, i , o, u ..

tapi aku respect cara mereka mengurus institue bahasa mereka ... bukan saja mengajar tapi mempromosi cara hidup dan budaya penjajah... terasa macam kat uk lah pulak .. mmm semua cepat dan canggih ... kenapa lah kita tak mempromasi kan badan bahasa seperti mereka .. setiap negara ada pusat bahasa malaysia .. mmmm.. kementerian luar negara, pak duta duta jangan duduk goyang telur je... do someting for the nation !!!

2 April - aku start kelas... i'm hopping for a english women teacher .. masuk kelas tengok anak keling dari tamil nadu ... tapi dah jadi rakyat soctland dan bekerja di malaysia .. boringggggggggggggg!!!! potong stem betul lah .. antara sebab aku pi kelas nie bukan je nak belajar bahasa orang putih tapi nak tengok cara mat saleh bersolek, lengok punggung mereka dan cara mereka berinteraksi bersama orang timur ... and also to have networking ... dan

3 jam bersama anak keling orang putih ini .. aku rasa aku lagi mat salleh dari dia ... hahahaaaa.. welll i have to adopt for a year or two with them lah nampak nyer .. we will see the result .. sama ada anak keling itu dapat menjadikan lidah aku lebih tebal dari lidah mat salleh or aku yang aku MEMELAYUKAN dia ... hahaha

4 april - aku pelajari dari beberapa rakan dan taulan jika ingin menuntut ilmu tak boleh bergantung pada guru dan sekolah saja. Bahan bahan asas juga diperlukan memudahkan kita untuk mencapai tahap cemerlang. Maka hujung minggu aku pergi ke kedai buku membeli kamus .. masa sekolah dulu sebiji kamus pun tak de untuk dijadikan rujukan (mungkin tu sebab aku tak dapat kepujian .. dan duit bukan alasan .. boleh tulis dng tangan seperti adik dari kelantan tu .. boleh diandaikan aku nie golongan malas lah)... Bukan saja kamus tapi aku beli jugak plastik untuk membalut buku kamus biar kekal lama .. tak luncai seperti buku buku sekolah ku yang dahulu .. aku juga beli alat tulis untuk ke kelas ..sedang aku membalut buku dan membelek alatan sekolah, suami tergelak melihat telatah ku .. katanya "sepatutnya dah umur macam awak nie sibuk kan buku anak nak pi sekolah ... " huuuuu nasiblah dah tak de anak nak buat macam mana .. hidup perlu diteruskan mengapa perlu ditangsi jika aku tidak mempunyai anak kan ... tak de anak ... mak budak lah pi sekolah ... buat benda apa yang tak pernah kita kecapi masa kecil .. life have to go on...

Saturday, March 07, 2009

AYUH BANGSAKU, SELAMATKAN BAHASAMU...

SEKITAR DEMO PPSMI - SABTU - 2.00ptg hingga 4.30ptg

JAM 3.14 - KERANDA 152



tiba tiba kami bergerak didalam kumpulan PKPIM.


Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.

Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.

Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.

KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.

JAM 3.32 - RAKYAT KE MASJID NEGARA

Rakyat menuju ke masjid negara... tetapi di tembak dengan pemedih mata dari FRU...

Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.

Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.

Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.

KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.



Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.




Pak Samad Janggut atau A. Samad Said atau Mat Bunga Bangsar Utama baru sajaha masuk ke perkarangan Masjid Negara.

Beliau yang berumur 72 tahun kelihatan masih bersedia untuk bertempur.

ramai anak anak muda mengelilingi Pak Samad ketika Pak Samad manaiki tangga ke Masjid Negara.

Pak Samad telah ' mengkentutkan ' cap Sasterawan Negara.

Sasterawan Negara di Malaysia ini banyak kaki bodek dan cari makan bukan dengan karya agung tapi dengan bodek agung!

Lela terjumpa Faizal diperkarangan Masjid Negara ... heheheheh

Datuk Hassan Ahmad Pengersui Gerakan Mansuhkan PPSMI baru sahaja berucap. Berterima kaseh atas sokongan.

Beliau meminta semua para demonstran bersurai.

Hujan mula turun setitik setitik tanda menangisi kejayaan para demonstran dan tanda alam berterima kaseh kepada para penunjuk perasaan.

Di belakang Istana Negara telah kelihatan gelap. Helikopter masih berkeliaran.



Nota:

Tulisan di ambil dari tukartiub. blogspot tetapi lela dapat merakam kat detik detik apa yang tukartiub lapurkan ... gambar dirakam ketika diwaktu orang orang melayu ingin perlembagaan malaysia - akta 152 dilaksanakan. Ketika ini akta ini telah dirogol dan dikebumikan...

Tuesday, February 10, 2009

My First Publish Material ...

GETTING A PERSPECTIVE OF LIFE'S BLESSING

A Memorable Journey...

Journey of Precious Memories,
Sharing and Enjoying Marvelous Moments,
Fostering acquaintance with strangers and learning new paths in life.

Sometimes, it takes a little of getting away from our comfort zone to make us realise just how fortunate our won lives are...and how for someone else out ther, life has not dealt a fairer deal! And we are thankful for the blessings and good life Allah God Almighty has bestowed on us.

My memorable journey began when Nieta received an e-mail from the Deebers Community to participate in their "Terlalu Istimewa Tour 08/09". The D Community was looking for volunteers to join "The Journey" which was a series of monthyly "touring cum-charity visits" to various locations all over malaysia for the year 2008/2009. The Tour Porgramme involved much more than just the physical act of giving out financial donations to the needy - it emphasised on intangible contributions partcularly requiring participants to share their time and company with the less fortunate children and senior citizens. In short, it was no run-of-the-mill charity but a programme that aimed to spare quality time reminiscing, bringing cheer and really "listening" as we foster acquaintancesw and friendship-bonding.

Nieta was really fired up and enthusiastically keen to be a part of the tour and I was naturaly drawn to be her "partner-in-crime" after some deliberation as we sorted out our personal family and time commitments. We finally decided to take the plunge and signed up for the "The Journey".

What started as just our passive involvement with the Deebers Commnity took on a more involved dimension when our family members, relative and friends learnt about our plans and and pledged their support for our "journey" with in-kind contirbutions and donations.

Our first "Tour Mission" was a visit to the Taman Sinar Harapan Home in Jitra, Kedah. Our team consisted of 60 volunteers with some as young as just 12 years of age!

We were struck by our first impression of the Taman Sinar Harapan Home. The adolescents there actually live to a very structured schedule. Their daily needs were relatively weel-catered for and we soon realised that the only aspect lacking in their day-today was LOVE, CONCERN and ATTENTION.

Visitors were warmly welcomed and the hospitality they shared with us was decidedly and unpretentiously warm as they whole-heartedly spent time with us even as we gave of our time just playing games with them and generally chatting with the inmates.

Of course, we did not drop in at the Home empty-handed. Aside from handing over our contributions of daily essentials, the adolescents were articularly thrilled to received colourful dolls and soft toys, judging from the many "ooh and aahs" we heard. Their apparent joy was a really rewarding sight to behold.

In fact, the Home is ever open and welcomes vounteers to visit and help out, They also have immediate needs for mattresses, single-fitted bed sheets, illows and blankets while others basic essentials and groceries such as milk powder, beverages, food items, supplements (such as multi-vitamins & vitamin C) and toiletries would help defray their monthyly expenses.

Our short journey up norht indeed was an eye-opener. Both Nieta and I resolved to be more thankful with our lot in life and not to complain the next time things momentarily do not work in our favour. We learnt that donations of money certainly afforded a certain leverl of comfort and weel-being but sparing worthwhile time was an immeasurably worthy contribution. We are looking forward to our next "journey" with the Deebers Community when we can bring more smiles to those who are ess fortunate - the orphans, underpriviledged children, abused and / or abandoned women and children.

For good Samaritans who wish to contribute in any form, do contact the Home direcly...
TAMAN SINAR HARAPAN JITRA
(JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT)
Lebuhraya Bukit Kayu Hitam
0600 Jitra Kedah
Tel: 04-9177060 / Fax: 04-9176920
Contact Person: Salmah binti Hassan

by Lela
Publish : The Magazine for Unilever Malaysia& Singapore (Quarter 3&4 -2008)

Sunday, August 17, 2008

HISTROY IN MAKING

Saya baru pulang dari P44 untuk menyaksikan "Mother of all election". Sejarah sedang ditulis dan diukir. Peristiwa di P44 ini akan menjadi titik perubahaansejarah di Malaysia. Disaat ini segalanya akan berbeza berbanding 50 tahun yang lalu dan saya tidak mahu melepaskan peluang keemasaan ini untuk sama sama berada di sini merasai apa yang akan berlaku. Bukan mudah untuk kita berada didalam sejarah yang akan diukir maka saya bersyukur saya diantara yang akan berada didalam lipatan sejarah itu kelak.

Kami pergi tanpa ditaja oleh sesiapa ... kami berempat semuanya wanita ... ya wantia melayu yang kental jiwa nyer. Meredah apa jua halangan untuk melihat sejarah. Kami bertolak tanpa ada peta. Cuma panduan kami hanya lah no telephone wakil disana dan rahmat dari Allah pencipta alam. Kami bertolak jJumaat petang (gue sanggup ambil cuti setengah hari beb!!) dan sampai di Permatang Pauh kira kira jam satu pagi. Keadaan di sini sungguh luar biasa rasanya. Dari segenap pelusuk Malaysia sudah mula berkampung disini... ada yang datang dari kelantan ada yang datang dari johor dan singapura, maka saya menjadi malu.. begitu kecil rupanya pengorbanan saya.. Cina dan India juga tidak mahu ketinggalan. Kaum wanita diberi rumah untuk menginap dan kaum lelaki sanggup tidur didalam kereta atau beratapkan langit dan berlantaikan bumi. Kami berkampung di Peranti utk dekat dengan Dewan penamanan calon... bukan kami dan mereka mereka ini tidak mampu untuk sewa hotel di Pulau Pinang tapi kami tidak mahu kelewatan untuk berarak bersama sama ke dewan nanti. Takut nanti kelewatan atau jem ... kalau boleh kami mahu terus tidur di padang tempat percalunan tersebut .. hahahahahah. Yang kelakar ada yang sudah menempah tempat di Jawi untuk kami tetapi oh tidak kami tidak mahu nanti kelewatan atau tercari cari maka kami redah juga ke Penanti didini hari ... yang kelakar kami pergi tanpa ada peta atau alamat ... dan syukur allah bersama kami kerana niat kami yang murni dan jujur ... perjalanan menjadi mudah dan teratur.

Suasana sekitar tempat kami duduki itu bagaikan mahu menyambut pengantin ... semua tidak tidur ... ada yang memasak ada yang memasang bendera ... bunyi motor dan sorakan refomasi tidak henti henti ... dan rumah kami di ketuk setiap masa oleh tetamu yang ingin menumpang tidur ... telephone kami juga tidak henti henti berbunyi ... ada yang ingin bertanya arah ke Penanti adayang ingin tanya apa yang terjadi di sana ketika itu ...

Kaum wanita bersiap dan keluar dari rumah jam 6.45 pagi ... ketika itu orang sudah mulai ramai ... bas bas dah kereta sudahi penuh dengan warga yang entah dari mana ... pesta sudah mulai terasa... tanpa sarapan dan minum setitis air kami mula berarak berjalan untuk ke dewan, dipertengahan jalan kira kira jam 8.00 pagi bas bas dari kuala lumpur sampai membawa penyokong penyokong wanita dan perarakkan kami pun bermula ... satu pengalaman yang tidak akan saya lupai ... semangat kami mulai berkobar ... melihat begitu ramai warga yang inginkan perubahaan sudah mulai berkumpul... berbagai lapisan masyarakat, bangsa, ugama dan jantina telah sama sama datang untuk datang. Ketika ini saya sudah didalam lautan manusia. Mereka datang dengan panji panji, dengan gendang dan gong, mereka datang dengan suara keramat ... Makal sakti - suara rakyat ... laungan takbir dan selawat dan refomasi bergema disetiap sudut membuat saya menjadi begitu semangat ... air mata saya dan peluh menitis ... saya bagai kan berada 50tahun kebelakangan ketika orang melayu bersatu menentang malayan union. rasa macam mahu ke medan perang lah pulak ...



Kami berarak kira kira 1 kilometer dan ketika memasuki padang semangat refomasi kian terasa. Para pendongkong sanggup berpanas terik tidak berganjak menunggu keputusan dari SPR sama ada Anwar layak bertanding atau tidak sambil berteriak refomasi tanpa henti ... jam menunjuk tepat jam 12 tengah hari dan SPR telah mengumumkan bahawa P44 akan dilawani dengan 3 penjuru dan para penyokong kedua pihak bersorak gembira ... di hari ini, pembangkang (parti keadilan rakyat ) telah meraikan 2 kemenangan ....kemenangan pertama: anwar sudah boleh masuk gelanggang semula setelah 10tahun haknya dinafikan ... dan kedua: hari ini adalah hari demoraksi dan refomasi berjaya menyatukan segenap lapisan masyarakat tanpa ada rasa perkauman, perbezaan pangkat dan darjat ... seluruh rakyat telah menunjuk satu sokongan yang sangat mengkagumkan .. mereka datang tanpa di bayar oleh sesiapa, dberjalan kaki, menaiki kenderaan persendirian, bas dan ada melalui keretapi... sanggup berdiri hampir 5 jam dibakar mentari terik tanpa bekalan air yang mencukupi dan melaungkan jeritan refomasi... ketika ini saya sudah berpisah dengan rakan rakan .. tetapi saya rasa selamat walaupun saya tidak mengenali sesiapa ketika itu. Service line telekomunikasi pun terputus hampir 3 jam ... saya cuma berdoa agar saya akan berjumpa dengan rakan rakan di rumah nanti.

Selesai penamaan calon saya pulang ke rumah ... baru terasa lapar dan dahaga ... dan baru saya sedar bahawa saya tidak menjamah setitik air dan sebutir nasi pun sejak dari malam tadi... yang saya jamah cuma lah secubit biskut kering yang dikongsi bersama sama rakan rakan (biskut dari isteri tan sri kalid - so ambil berkat lah mana tahu boleh jadi toh puan seri nanti) ... betapa perjuangan menuntun pengorbanan... sepanjang perjalanan pulang ke rumah baru saya sedar betapa jauh perjalanaan perarakan yang kami sertai... saya berhenti sebentar untuk membeli mee dan sungguh baik hati orang Permatang Pauh .. mereka tidak menjual dng harga yang mahal ... tidak mengaut keuntungan diketika ini ... sebungkus mee cuma berharga rm1, air juga berharga rm1. saya membeli 3 bungkus mee utk berkongsi dng rakan rakan ... mmmm kalau di tempat kita ... peniaga akan menghisap darah sepuas puasnyer ketika ini. ketika itu hujan turun dengan lebat ... wahhhh inilah harga reformasi ... jika tidak dengan air dari FRU turun pula hujan rahmat ... kami semua termasuk anwar dan isteri dibasahi dengan hujan ... sampai di rumah semuanyer kuyup ... dan kerana terlalu lapar .. mee yang dilingani dengan air hujan saya makan dengan rasa begitu nikmat sekali ... maaf saya tidak mengambil gambar ketika hujan kerana takut camera saya akan rosak...

selepas makan ... saya mandi ... dan tido (saya tidak tido more than 24 hours) dan rakan rakan yang lain belum sampai mungkin mereka sedang berteduh ... setelah hujan berhenti ... rakan rakan pulang .. semuanya bermuka ceria walaupun basah dan lapar ... semua berpuas hati dapat melihat anwar selamat dlm proses penamaan calon ... jika dilihat kedatangan dan semangat .. anwar pasti sudah menang ... tetapi apa juga boleh berlaku .. terutama dipilihanraya kecil .. semua jentera kerajaan pasti berhempas pulas ... saya rasa bersyukur bila terlihat kelibat nik aziz bersama sama anwar ... tanda sokongan PAS terhadap Pakataan Rakyat masih utuh dan jitu ... wakil dari DAP dan warga india juga sangat memberangsangkan... syukur syukur Pakataan Rakyat tetap utuh dan jitu demi demoraksi yang lebih cerah ...

Kami tinggalkan bumi Permatang Pauh kira kira jam 3 petang untuk pulang ke kuala lumpur .. yang pasti mata dunia pasti tertumpu di sini untuk 10 hari yang akan datang ... kepada semua pengundi Permatang Pauh di luar kawasan, pulang lah untuk mengundi ... tunai kan hak anda sebagai pengundi demi demokrasi yang lebih cerah.... saya akan kesana lagi untuk merasai bau demokarsi pada 26 nanti untuk melihat detik detik sejarah .. yang pasti anwar sudah menang di pusingan pertama ini... sama sama lah kita berdoa agar semua nya akan selamat .... semoga suara rakyat, suara keramat ini bergema dipelusuk buana ... maktal sakti ... refomasi .. ALLAH HU AKBAR ..

dan kalaulah arwah ayah dan datuk saya ada tidak saya tahu apa perasaan mereka ketika ini , bangga bercampur marah? hahahaha mana tidaknyer mereka orang kuat UMNO ... perjuangan kami tetapi sama seperti 52 tahun yang lalu cuma ketika ini parti saja yang berbeza ... dan kalau nenda dan tok muda melihat gambar saya diatas pasti mereka mengeleng kepala ... hahahahahah

Tuesday, December 11, 2007

MENYANYI





HARI KELUARGA DITAMAN RIMBA
MENYANYI BERSAMA KELUARGA
MENGERAT HUBUNGAN SESAMA SAUDARA

Sabtu yang lalu, syarikat tempat lela bekerja menganjurkan HARI KELUARGA di FIRM Kepong. Sebenarnya lela tak lah teruja sangat untuk menghadirkan diri tapi terpaksa pergi dan tunggu acara sampai habis sebab lela dan suami di paksa masuk pertandingan menyanyi ... bayangkan orang tua menyanyi ... mesti menang!!! ... kumpulan lela dapat tempat pertama ... hadiahnya wang tunai sebanyak 2 ribu ringgit. Lela dan kumpulan mendendangkan lagu sifu M Nasir - Tanya Sama Itu Hud-Hud. Sebab kami pilih lagu tu tema hari keluarga ada - Close to Nature ... senikata lagu tu ada cerita pasal binatang ....
Teman dan keluarga tanya buat apa dengan duit yang dimenangi .. duit tu kena bahagi dua so lela dapat seribu jelah (lela dan suami) ... yang penting duit tu nak beli koleksi cd m nasir untuk simpanan peribadi... yang selebihnya tak fikir lagi nak beli apa ... huhuuuuuuuu. Tahun depan yang pasti lela tak join ... ya lah bagilah peluang kepada yang lain ... kalau kami masuk nanti kempunan lah pulak yang lain lain tu ... hehehhehehehehe
Cerita pasal lagu M Nasir ... lela kelakar sungguh kerana apa yang lela dan suami faham tentang lirik yang ingin disampaikan menyimpang dari apa yang pengadil fikirkan. Lirik Tanya sama itu hud-hud mengisahkan seorang lelaki yang sedang dipangil oleh malaikat maut dan dikala itu datang lah dua malaikat untuk mengoda si lelaki tersebut ... so kami pun pakai baju satu hitam satu putih untuk mengambarkan seorang lelaki yang putih hatinya sedang dijemput oleh malaikat maut ... lela dan nieta pulak menjadi pari pari baik dan jahat untuk menyesatkan dan menyedarkan si lelaki tersebut ... tapi yang kelakar para pengadil dengan je lagu hud hud ingat suami lela jadi penjaga binatang , lela jadi rama rama, nieta jadi burung hud hud dan abang aran jadi beruang (hahahhahahahah!!!) sekarang baru lela paham mengapa sifu m nasir mengamuk bila orang tak faham apa yang ingin disampaikan terutama wartawan hingusan... sebelum lupa pengadil juga bukan calang calang tau ... burn AF1, Lukman S dan Vincent ...

Wednesday, April 25, 2007

MAKLUMAT DIHUJUNG JARI ANDA!!


Hari ini saya mencuba sesuatu yang baru di tempat kerja.

"Learning become so fun, the company intorduced us new area of Learning Management System which entails the use of on global general skill curriculum which is accessible to all employees all over the world. "

Kini di office kami sudah menyediakan satu system pembelajaran yang boleh dicapai melalui maya. Canggih ya dan saya teruja melihat begitu banyak module yang ingin saya pelajari terdapat didalam system dan yang paling mengembirakan adalah ianya PERCUMA. Bersyukur kerana mendapat kemudahaan sebegini baik. Tidak dapat saya bayangkan harga yang perlu saya bayar jika saya pergi keseminar atau kelas.
Yang lebih menarik lagi system yang diajar diambil dari seluruh dunia seperti US dan Singapura(ya nampaknya saya sudah GOKAL) jangan GOBLOK sudahlah. Kini ilmu betul-betul dihujung jari kita. Saya tidak perlu keluar negara untuk mempelajari system negara lain. Seperti gadis diatas kelihatan bebas begitulah kebebasan keilmuan yang saya kecapi ketika ini. Walaupun nampak canggih dan menarik tetapi setiap system yang dicipta manusia pasti ada kekurangannya. System yang kami amalkan ini juga masih ada kekurangan seperti saya akan menjadi terlalu induviual . saya tidak berjumpa secara nyata dengan guru mahupun pelajar yang lain. Saya tidak dapat merasa helaian kertas atau merasa nikmat mencatat setiap nota yang diberi oleh falistor. Mungkin system ini akan diupgrade kelak dimana kami boleh bertemu dan berbual dimaya secara terus dan itu tentu lebih menarik. Saya cuma perlu berada di bilik tidur duduk berbincang dengan rakan-rakan di merata dunia tanpa kos dan masa terbuang. Kini saya menuju satu lagi elovasi pendidikan.
30 April adalah tarikh akhir untuk kita semua memulangkan kembali Borang E kepada LHDN. Seperti biasa rakyat malaysia terkenal dengan sikap suka buat kerja last minute. Hari nie masih ada yang terhegeh-hengeh nak hantar boroang dahlah besok cuti ... cuma tinggal jumaat dan isnin. kalau lambat kena bayar denda. kalau tak sampai nanti salahkan lah pak posman ya
Dulu saya pun begitu.. saya tak suka isi borang. Bukan LHDN saja semuanya ... saya tak suka pi buat kad pengenalan, saya tak suka pi buat update buku bank. Semua suami saya yang lakukan. Tapi sejak akhir-akhir nie saya terfikir kalau lah besok suami saya tiada mungkin kerana allah sayang kan dia atau dia dah menyampah kan saya kerana dok kena buat kerja perempuan maka dia tinggal kan saya sebatang kara maka saya perlu belajar untuk membereskan kerja kerja saya sendiri. Ya mungkin dioffice dok buat kan semua untuk bos maka saya tidak larat untuk membuat hal-hal saya sendiri. Salah satu azam saya di tahun 2007 adalah untuk mengsettelkan segala kerja saya yang tertangguh. Diantara nya mengisi borang E saya sendiri dan menghantar nya sebelum tarikh akhir.... dah saya berjaya walaupun suami saya sudah selangkah kehadapan ...ya dia hanya perlu mengisi borangnya secara maya ... mungkin tahun depan saya akan mengisi borang saya juga secara maya. nampaknya dunia semakin canggih ... kita tidak perlu lagi terkejar kejar ya ...
Pernah kah anda terfikir walaupun kita seakan cuba membuat semuanya dengan mudah dan cepat tetapi nampaknya masa bergerak juga begitu pantas...kita tidak cukup waktu untuk segalanya....mungkin kita perlu berhenti seketika untuk menghirup udara dan mengeluarkannya kembali ... dan biar dunia ini berhenti seketika ... kerana semakin dikejar semakin jauh ianya lari dari kita....



Friday, April 20, 2007

KEBAKARAN DIMENARA TELEKOM

Oleh Lelasari

BANGSAR 20 April 2.30 petang – Warga kerja di Menara Telekom, Jalan Pantai Baru, Bangsar terpaksa ‘berperang’ dengan asap dan ketakutan petang tadi.

Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada letupan ditingkat 48 menara tersebut telah menyebabkan kepulan asap memenuhi ruang disebelah selatan bangunan tersebut. Walaupun letupan itu berlaku di tingkat 48, bau asap boleh dihidu dari tingkat 30. Pihak pengurusan bangunan didakwa lewat mengerakkan system kebakaran dan telah menyebabkan para pekerja mengambil bertindak secara individu turun melalui tangga walaupun tidak diarahkan.

Sistem pengurusan menara yang tidak efisien telah menyebabkan warganya dalam tertanya-tanya dan tidak selesa kerana tidak diberitahu keadaan yang sebenarnya. Adalah agak memalukan yang dikatakan bangunan ke-2 tertinggi didalam negara dan ke-19 tertinggi didunia dan dilengkapi dengan alatan tercanggih dan rekabentuk terpintar tetapi tidak mempunyai sistem gerak kebakaran yang berkesan. Dikatakan warga nya terpaksa mendapat kepastian dari pihak pengurusan berkali-kali dan pihak pengurusan mengambil masa hampir satu jam untuk mengenal pasti apa yang berlaku.

"Walaupun tidak system gerak tidak berfungsi dan tidak ada amaran mahupun pemberitahuan, kami boleh menghidu bau asap ditangga kecemasaan dan dari tandas dan lif dan ketika sudah di bawah kami boleh melihat dengan jelas kepulan asap hitam dari udara" kata seorang pekerja wanita dalam lingkungan 30an.

"Bayangkan bagaimana jika kebakaran merebak dengan cepat, sepatutnya walaupun ianya kebakaran yang kecil banguan ini mesti dikosongkan dengan segara. Bagaimana agaknya jika asap telah memenuhi ruang dan kami yang dari tingkat 40 terpaksa menghidu dengan asap?" kata seorang lelaki yang mempunyai berat badan yang agak gempal.

"Bagaiman menara yang begini tinggi yang kita ketahui mempunyai risiko boleh membenarkan lab dan barang kimia didalamnya" tanya seorang wantia kepada kami

"Pihak pengurusan menara perlu membuat laporan dan mengedarkan kepada semua para penyewa kerana para penyewa ada hak untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Kami menyewa disini kerana ingin prestigi dan kemudahan dan keselamatan yang terjamin ...jika begini layanan yang diterima ... lebih baik kami menyewa tempat yang lebih murah dan selamat " kata seorang penyewa dari syarikat luar negara.

Friday, April 13, 2007

MENDERMA DARAH

Setitis darah
Seribu nyawa
Sejuta harapan.

Kita terkejar-kejar untuk pulang dari pejabat tapi terhenti sebenar dek menunggu pintu lif yang lama benar untuk terbuka. Dari puncak menara kelihatan kepulan gemawan bercantum menjadi besar dan gelap… Inilah suasana ditanah katulistiwa paginya yang segar, tengahari yang hangat membahang dan petangnya pula akan disirami hujan bersama laungan halilintar dan guruh membawa hujan rahmat. Dikota lumpur ini, hujan petang bukan lagi rahmat tetapi malapetaka yang ditakuti , takut banjir kilat atau terperangkap dengan kesesakan yang tiada penghujungnya.

Ketika terhenti didepan pintu lift kita terpandang poster ditampal didinding mamar hitam (mengapalah bangunan secanggih nie ditampal sana sini – mengapa tidak diletakkan dipapan kenyataan yang begitu canggih disetiap lif – this is a very high intelligent building but yet … hoooooo potong steam bila melihat poster didinding, atau mungkin warganya begitu malas untuk membaca maka mesti disuapkan sehingga keanak mata baru lah proses boleh mengproses ke otak …. Ataupun arketika bangunan ini terlupa meletakkan posisi terbaik untuk papan kenyataan dapat dibaca secara stragetik.

Poster memohon agar sesiapa yang berdarah jenis “O” untuk tampil menderma darah seikhlas hati kerana hospital kekurangan darah jenis tersebut. Ohhh tidak … melihat jarum dan darah kita sudah tidak keruan apa lagi untuk duduk hampir sejam melihat darah pekat mengalir melalui tuib lut sinar … kita pandamkan saja niat murni itu, biar warga lain yang memikirkannya.

Keesokannya kata seperti biasa … kita lupa akan poster yang ditampal meminta perhatian, pergi kerja dengan tidak bersarapan dengan harapanan badan yang sudah mengebu ini boleh dikurangkan 1kg setiap minggu … ditengah-tengah kekalutan bergusti sokmo dengan pelanggan dan supplier tiba-tiba rakan sekerja mengajak kita kebawah … ya dia ingin menderma dan kita tidak mahu menjatuhkan air muka kita sendiri. Lela seorang yang wanita berani (kononnyalah…) bagai mana mahu kemedan perang jika jarum dan darah ditakuti … maka dengan gaya dan rasa seorang pahlawan kita turun kemedan perang untuk berbakti kepada nusa dan bangsa (cayalah )

Untuk mendaftar nama sahaja sudah direject dengan alasan tidak sarapan pagi… Doctor suruh pi makan dulu … nak makan, memang tak selera ketika ini… akhirnya kuatkan hati dan rasa ambil sayur dan sepotong ikan.. Gatah macam kucing, sebelum semangat kita dipadamkan … terus turun pi jumpa doctor yang reject kita tadi… sampai je doctor tanya makan apa … geram lah pulak …ko nak darah ke tak nie ? karang tak bagi baru tahu … heheheheheh last last sampai lah ke katil … punya lah kecut hati kita… rasa nak meloncat turun dari tapi sebab tak nak kemaluaan … tutup mata … pandang kiri … memang tak larat nak tengok jarum sebesar pen … ingat dan dicucuknya … rupanya kerana dek kegebuaan kulit ku … adik jururawat tu tak dapat cari lah pulak urut nak keluar kan darah …ditepuk tepuk hampir 10 min … last last di suruh nya meneran .. baru lah terkeluar urat saraf (dah macam nak beranak lah pulak) siap mereka perli tak pernah buat keje berat nie dek oiiii … kita pun terkebil kebil je lah … memang lah tak pernah kebendang ataupun menganggkat air dari perigi … tapi cuba akak akak tolong tengok betis ku … naik tangga lrt tu … berdiri hampir berjam jam setiap hari, apa kata akak akak ambil darah tu dari betis … hahahahhaha

Last last dapat lah jugak … 300ml dalam masa 5 min ….huhuhuhuuu membuak buak darah tu keluar …sampai yang lain terperanjat … mana tak nya 10 orang dikatil … kita yang last sekali masuk jarum kita yang paling awal keluar dari bilik …hahahhahahaha itu tandanya jantung kita sihat (kuat mengepam) … darah tak pekat (kurang kalestorel) … hehehheheeheh kalau ambil dari kaki mesti seminit je kot …. Hahahhahaha… lega & syukur dapat juga lela menderma. Yalah nak menderma duit berjuta memang tak delah … yang dapat cumalah menderma apa yang ada … darah, baju, dan sedikit wang .. boleh?

Dan lela juga happie sebab merasai pengalaman … lela tak pernah lagi menderma darah … this is my frist experience … tapi lepas keluar darah nie badan ada rasa lemah sikit … rasa macam nak demam pun ada gak… rasa sengal sengal pun ada gak … tapi tak pelah … You GO GIRL …. HEHEHEHEHEH... 6 bulan lagi boleh derma lagi ...