Sunday, April 18, 2004

::citbank::


Hari nie kita nak cerita sikit pasal credit card kita, kalau sesiapa yg pernah baca entry kita dulu mesti tahu yg kita problem dng c/card...jadi azam tahun nie nak habis kan sekurang-kurangnya 2 kad (kita ada 4 kad). Kalau dulu kita terpaksa membayar hampir RM1000-00 sebulan ke ceti berlesen ni tapi tahun ini syukur kerana ia semakin berkurangan. Sekarang nie kita hanya gunakan 2 kad sahaja dan lagi 2 kad lagi kita dah gunting dah pun...kalau kita ikut peraturaan dapat lah langsaikan akhir tahun nie.

Nak di jadikan cerita ...kalau dulu meke-meke ini dok asyik ganggu baki tertunggak..dok telephone tak kira di office atau di h/set sampai naik malu dng kawan sekerja.

Tapi sekarang nie mereka dah berubah taktik..kalau dulu tanya bila nak bayar hutang sekarang nie hutang dah semakin berkurangan.

Antara taktik yg mereka guna kan

a) Mula-mula tanya kenapa sekarang nie kita dah tak pakai c/card tu lagi...adakah kerena service yg tak baik. kita jawap...sebab barang sekarang semua dah murah beli cash je lah.(perlilah tu)

b) Tiba-tiba kita dapat pulak surat dari mereka .....
"You've been selected to benefit from us the Payment Break. It's a unique program that gives you the option to deer your credit card payment for on month. and there are not late charges!".
Pandai nyer mereka ....tapi kita dok bayak jugak..lantak kita nak cepat habis hutang.

c) Sebab kita bayar jugak ...mereka ada plan c...plan nie lagi best mereka naikkan credit limit dari RM3,000-00 ke RM5,000-00. Resonnya sebab kita ine valueable customer... hehhehehehe.lantak kita dah tak termakan lagi cara yahudi. serik mak oii.

::PKN

Ya Allah!!! tak habis-habis lagi cerita PKN nie...cerita terbaru tuduhan rogal...apa nak jadi nie ..harapkan pagar-pagar makan padi....nampaknyer org tua bukan mudi-mudi je terpaksa diajar ..org tua pun dah kena pi PKN

~~Apa kata Pak Lah
~~Kes Jurulatih PKN

Friday, April 16, 2004

sehangat mentari...

::Program Khidmat Negara (PKN)::

PLKN dikaji semula
Peserta nilai PKN

aku: budak bawah umur disuruh nilai kerja kerajaan??? Gila ke tak???

::PEREBUTAN MPSP::

Siapa sebenarnya Yang Dipertua MPSP?

Kerajaan negeri berkuasa lantik Yang Dipertua MPSP

Thursday, April 15, 2004

ULASAN - EXPLORACE.....





Malam semalam kami dok tengok explorace peringkat akhir, seperti biasa saya suka tengok dan komen yg last-last je. Dan saya memang mengharap pasukan si-melayu yg menang (mungkin org kata saya perkauman). Pertandingan akhir nie boleh lah diibartkan pertandingan diantara kaum-kaum utama di Malaysia, sebenarnya dah lama kita tak tengok org melayu mengalahkan bangsa lain so i tompang seronok jugaklah...hehehehehe

Melihat pertandingan semalam boleh diibartkan melihat kelebihan dan kelemahan peribadi sesuatu kaum tersebut..

India (Sanjeev & Ravin)

Seperti biasalah kaum nie suka menunjuk dan berlagak...sopan santun langsung tak ada ...sangup campak lumpur kat camera ..suka cakap besar tapi habok apa pun tarak dan selalu sesat jalan..aku tak sangka setakat di KL nie pun boleh sesat. I wonder dimanakah mereka selalu lepaking...tapi itu lah kenyataannya ....yg paling aku dok kelakar bila tengok mereka masuk ke bendang ....mereka geli semacam konon kotor lah lelumpur tu ...tapi mereka tak sedar kalau di negara mereka itulah cara mereka mencari rezeki

Lagi satu mamat india nie langsung tak study pasal Malaysia terutama kebudayaan melayu, jalan raya di malayisa, pokok & rempah ratus di sini (mungkin org indah dah tak makan kari lagi kot) dan yg tak manis tu langsung tak ada budi bahasa, terjerit-jerit tanya kat org arah jalan.. ingat apa ko masuk explore race glomur sangat..walaupun mereka ingin menjadi bangsa malaysia tapi mereka langusung tidak ada jiwa kita,.....setakat tahu berbahasa org putih memang susahlah nak menang pertandingan ini. Aku memang dari dulu berdoa mereka nie kalah. Kalau menang entah macam mana lagak nyeerrrrrr.

Tapi yg paling kelakar bila mereka tak boleh masuk ke Wet Land sebab dah lebih pukul 6.00. Alasan yg diberikan memualkan, mereka masuk pertandingan so kenapa pihak pengurusan wet land tak boleh bagi sedikit keistimewaan supaya mereka dibenarkan walaupun sudah terlebih waktu....hahahahahahah...sapa nak bayar overtime pekerja tu dek oiiiii...kalau dah india...india jugak lah tu


Cina (Maria & Jerry)

Saya memang suka betul dng perempuan cina nie, berbudi bahasa dan kekadang saya tengok peribadinya dan rendah dirinya melebihkan org melayu sendiri ...tidak pernah lupa ucapkan terima kasih, dan beri salam, tahu membawa diri, itulah satu kelebihan mereka.

Tapi diakhir pertandingan ini mereka tersilap strategi..mungkin sebab terlampau nak menang, menjadikan mereka tension.

Dalam beberapa adegan kita dapat melihat bagai mana Jerri tidak dapat menerima kekalahan, itulah jiwa cina, mereka telah menanamkan sikap ingin sentiasa dihadapaan, they awalys want to be no 1 dan mereka selalu memberi yg terbaik...

Kekalahan mereka bukan disebabkan mereka tak tahu selok belok kebudayaan malaysia (rasanya mereka juga pakar), mereka juga fit dari segi mental & fizikal tetapi mereka kalah disebabkan kekurangan kemahiran dlm bidang ICT...semasa di Wet Land mereka terpaksa menunggu masa yg lama utk mengambil gambar burung kerana tidak tahu fungsi didalam digital camera dan terkial-kial semasa mengambil gambar, sebenarnya mereka tidak perlu menunggu burung itu dijarak yg dekat (burung tu memang takut kat org..bila dekat dia lari) jadi sepatutnya beliau hanya perlu membesarkan gambar burung itu dng hanya mengambil gambar dari jarak yg jauh....Disinilah kelemahan mereka...begitu juga semasa pemasangan komputer di putra jaya. Tapi yg aku paling respek minah nie langsung tak takut dng ularrrrrr.


Melayu (Fariz & Rina)

Mereka telah membukitkan yg kita juga boleh maju dan berubah utk menjadi "Melayu Baru"....melayu yg sedia berubah mengikut peredaran zaman dan kita masih relevan dizaman teknologi nie...bukan memuji tetapi inilah melayu yg kita mahu....mereka masih mengekalkan budaya melayu seperti tahu bagai mana kupas buah kelapa, kukur kepala & perah santan (saya ada tengok satu eposide di mana org melayu sendiri kekok membuat task berunsur kemelayuan), buat atap rumbia (oh saya pun tak tahu nak buat benda tu)..pandai berbahasa org putih, berbudi bahasa, dan yg paling penting mereka juga seorang yg up-to-date dari segi menggunakan barangan bertekonolgi tinggi.

Sebenarnya dari segi lain si cina dah menang tapi hanya disebabkan Faiz & isteri dilepas kan lebih awal dari 2 kumpulan dan di garisan penamat mereka berbezaan mereka 26 atau 24 min sahaja...ini bermakna jika kumpulan cina tahu dalam bidang ict merekalah pemenangnya.


Kesimpulannya
Semua bangsa tak tahu pokok limau purut..tak tahu macam mana daun limau purut.....heheheheheeh malu aku si melayu pun tak tahu ....makan tom yam tak taruk limau purut ke atau tak pernah memasak????

:: LIHAT
Fariz & Rina Fotopages



Wednesday, April 14, 2004

:: hari bertuah


Aku percaya Allah-lah yg memberi rezeki kepada aku tetapi melalui perantaraannya.

Walaupun perkahwinan kami telah memasuki tahun yg ke-5 tetapi kami masih belum dapat pergi berbulan madu , salah satu sebabnya krn kewangaan yg tidak mengizinkan.

Setiap tahun kami cuba utk pergi berbulan madu tetapi kata tinggal kata, janji tinggal janji walaupun aku sedih tetapi pasrah.

Dan semalam tanpa disangka aku mendapat voucher penginapan selama 4 hari 3 malam di Cameron Highland di sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Syukurlah …dapat juga aku bercuti tahun ini dan yg paling indah ia adalah percutian percuma…..

~~

Rezeki Mu tidak ku Duga
Rezeki Mu tidak ku Sangka
Rezeki Mu luas terduga
Rezeki Mu puas terhingga

Terima Kasih

~~

Tuesday, April 13, 2004

Tanda rezeki tidak berkat:

- Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak
dan bertimbun.

- Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari seperti kereta rosak dan kena saman.

- Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga terlupa dan tidak mementingkan ibadah.

- Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

- Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari seperti anak sakit, duit hilang, barangan rumah rosak walaupun baru dibeli.
Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

- Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.

Sunday, April 11, 2004

#
Aku percaya rezeki datangnya dari Allah dan sebaik-baik rezeki adalah ke-berkatan-nya.
Tak guna jika kita bergaji puluhan ribu tetapi tidak diradahi….hanya benda yg mempunyai keberkatnya akan kekal hingga keakhir hayat….

“ Aku tidak meminta rezeki kepada mu bahkan akulah yg memberi kepadamu”
(Surah Al-Baqarah)

##
di tv2 ada cerita pasal adik kita yg telah bergelar jutawan, siapa lagi kalau tak adik ct kaya berair. Anak kelahiran Kuala Lipis nie tidak melupakan asal keturunan nya dan malam tadi sambil menekan bebutang remote tv terpacar lah wawancara beliau, disatu slot sambil mengalir kan air matanya anak manis ini menceritakan bagaimana sukarnya beliau ingin mencapai bintang di langit….dikala beliau hanya seorang pendatang baru, emak dan ct terpaksa berjalan kaki (bulan puasa) dari Jalan Raja Chulan ke Jalan Pekeliling utk menaki bas pulang ke kampung dan lebih parah tiket bas pula sudah habis. Abangnya si-Ajai merayu kepada tukang jual tiket bas supaya memberi 2 tiket …tetapi akhirnya emaknya terpaks berdiri didalam bas sampai ke Kuala Lipis.

Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anak nya. Sekarang baru lah saya faham kenapa ct menolong semua keluarganya walaupun berbagai tuduhan dilemparkan kepadanya kerana dahulu merekalah yg bersusah utk menaikkan CT sehingga ke puncak.

:: web site CT
###

Hijrah…..

Org Cina di China x Org Cina di Malaysia
Org India di India x Org India di Malaysia
Org Indon di Indon x Org Indon di Malaysia
Org Kelatan x Warga Kelantan di KL
Pelajar Malaysia yg menuntut di England x Pelajar Malaysia di UKM ????

Yg berhijarh ke luar pasti lebih maju dari semua segi, bukan??

Maka kita perlu berhijrah utk membuka minda seperti Nabi kita pernah bersabda…”Belajarlah sampai ke Negeri China”

Thursday, April 08, 2004

keakuan

::
seorang sahabat pernah mengatakan saya sebagai “person who live in a negative thought”, terlalu melihat keburukan dari kebaikan, terlalu meyatakan kedukaan dari kegembiran, terlalu suka merasa yg itu pahit dan payau dari lemak manis….….

bagi diri saya pula apalah salah …itu bukan “negative thought” cuma “berhati-hati dalam kehidupan” kerana we are always in the eyes on the our enemy…..

::tabah::

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

::
entah mengapa sekarang ini setiap hari aku bermimpi ....bermimpikan yg enak-enak belaka..bermain, bersuka ria, dibelai dan dipeluk utk seketika dan bila aku tersedar aku selalu mengharapkan ia nya tidak berakhir tetapi itu adalah lumrah kehidupan…aku perlu tabah disini kerana tuntuan walaupun aku selalu ingin bersama mereka ….dan yg lebih pasti mereka tidak dapat ku temui kecuali aku bermimipi ….itu pun tidak pasti bila mereka menjelma kembali …

Tuesday, April 06, 2004

ulasan film ~~ synoppsis ~~ part 1




Untuk menonton film ini kita mesti baca sejarah dulu ....film menceritakan sejarah sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana Nabi Isa dihapuskan.

Mungkin ada yg akan mengatakan org islam tidak patut melihat film ini kerana takut terpesong akidah kita ...tetapi bagi saya film ini patut ditonton oleh semua org islam & kristin kerana dalam film ini kita akan mendapat gambaran yg sebenar betapa liciknya Padri-padri Yahudi mengunakan kuasa politik mereka untuk menghapuskan ajaran Isa.




Synopsis

The film opens in the Garden of Olives (Gethsemane) where Jesus has gone to pray after the Last Supper. Jesus resists Satan’s temptations. Betrayed by Judas Iscariot, Jesus arrested and taken back to within the city walls of Jerusalem where the leaders of the Pharisees confront him with accusation of blasphemy and his trail result in a condemnation to death.


Jesus is brought before Pilate, the roman Governor of Palestine, who listen to the accusation leveled at him by the Jew Pharisees. Realizing he is confronting a political conflict, Pilate defers to King Herod in the matter. Herod returns Jesus to Pilate who gives the crowed a choice between Jesus and the criminal Barabbas. The Jew pharoses, leader and people chooses to have Barabbas set free and to condemn Jesus.



Jesus is handed over to the Roman soldiers an flagellated. Unrecognizable now, he is brought back before Pilate, who presents him to the crowd as if to say “is this not enough”?. It is not. Pilate washes his hand of the entire dilemma, ordering his men to do as the Jews people wishes.






Jesus is presented with the cross and is ordered to carry it through the streets of Jerusalem all the way up to the Mount Golojotha. On Golojotha, Jesus is nailed to the cross and undergoes his last temptation ~~ the fear that he has been abandoned by “his Father”. He overcomes his fear by looks at his mom (Mary, and makes the pronouncement which on she can fully understand “it is accomplished”. He then dies: “into thy hands I commend my spirit”.



:: APA ORG KATA TENTANG MOVIES INI.......

~~Palestinians love Mel Gibson's film (Aljazeera)

~~Passion-ate to see Christ film

Friday, April 02, 2004

SEPI

Jangan kau tangisi lagi, awan yg berlalu
Jangan kau tangisi lagi, bayu yg menghembus pilu
Jangan kau tangisi lagi, sinar mentari tak secerah dulu
Kerana kau tidak pernah menghargainya......

::

Sudah dua hari hujan rahmat membasahi kota lumpur ini, dikala kita asyik merungut kerananya, secara tidak kita sedari itulah rahmat dari Allah. Kita juga seakan lupa dan tidak bersyukur atas kenikmatannya sehinggalah kerahmatannya ditarik balik dari kita.

Ketika itu menangis air mata darah pun tidak berguna lagi walaupun yg “patah pasti berganti” tetapi ia tetap tidak akan sama kerana yg baru itu entahkan kaca ataupun permata.