Wednesday, May 24, 2006

LANGGAR SYARAK

KUALA LUMPUR 12 Mei - Fenomena songsang suami menjadi suri rumah, manakala isteri keluar mencari rezeki wajar dihentikan kerana ia jelas melanggar hukum syarak.Mufti Johor, Datuk Noh Gadut menegaskan, keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan sesuatu perkahwinan tidak beroleh keberkatan.Menurutnya, tanggungjawab suami sebagai pemimpin dan pencari nafkah keluarga jelas dinyatakan dalam al-Quran, antaranya surah an-Nisa ayat 34 dan surah al-Baqarah ayat 233 serta hadis nabi, ijmak ulama dan qias.Bagaimanapun, katanya, perkara itu diharuskan dalam keadaan darurat seperti suami berpenyakit, tetapi ia perlu diredhai oleh isteri serta disertai tolak ansur.``Islam memandang serius fenomena lelaki menjadi pengurus rumah tangga kerana ia didapati lari daripada fungsi sebenar suami.``Tindakan itu tidak tepat kerana menyimpang jauh daripada hukum Islam yang akhirnya dikhuatiri menyebabkan rumah tangga tidak tenteram,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Noh mengulas rencana Wacana Islam dalam Utusan Malaysia hari ini yang menekankan bahawa suami wajib mencari nafkah keluarga, bukannya menjadi pengurus rumah tangga.Pendapat itu yang diutarakan oleh Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman menyatakan, aturan suami sebagai pengurus rumah tangga melanggar ketetapan Allah bahawa tanggungjawab memberi nafkah terletak pada bahu suami.Sementara itu, Pengerusi Majlis Perunding Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim turut sependapat dengan Noh kerana fenomena tersebut boleh memecahbelahkan institusi kekeluargaan.Menurutnya, jika suami tidak mampu memikul tanggungjawab sebaik mungkin, ia dibimbangi menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada isteri yang akan berakhir dengan perselisihan faham.Kamilia menjelaskan, tanggungjawab suami amat ditekankan dalam Islam hinggakan jika berlaku penceraian, mereka wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak ketika masih dalam edah.Katanya, hukum asas yang telah ditentukan oleh Allah jika tidak dipatuhi akan menimbulkan ketidakseimbangan dalam perkahwinan dan menyebabkan rumah tangga kucar-kacir.

Monday, May 22, 2006

wanita modern

dizaman yang serba mencabar ini, kaum wantia perlu menjadi seperti seorang super women ... mereka ingin dilihat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki .. apa saja yang ingin lelaki buat wanita ingin melakukannya jua ... mereka tidak mahu dilihat sebagai seorang suri rumah tangga yang kolot ... kalau lelaki memakai seluar ... wanita juga ingin memakai seluar ... wanita juga ingin menjadi tentera mempertahankan tanahair yang tercinta ... sehinggakan wanita juga ingin bermain bola seperti kaum lelaki ... tetapi segagah mana pun wanita ... setinggi mana pun wantia ... wantia tetap wantia ... PEREMPUAN TIDAK BOLEH KENCING DLM BOTOL ....hahahahhahah ....
kadang kala saya lihat dunia semakin gila ... kita tidak reda dng apa yang telah dicipta kan ... tuhan mencipta wantia dan tugas nya perlulah seperti orang perempuan ... atau kita yang tidak syukur menjadi seorang wanita? Islam memuliakan wanita ... dlm islam wanita cukup agung ... wanita adalah pendidik kepada para ulama, para pemimpin, para pahlawan ... tetapi kita terlupa dan alpa, kita lebih rela menjadi hamba kepada boss kita ... kita lebih suka membacuh kopi untuk boss dari membuat kopi untuk suami... kita lebih rela menerima gaji bulanan dari syurga yang dijanjikan oleh Allah kepada kita ...betapa bodohnya wanita ...
kadang kala saya lihat wanita sudah hilang akal nya ... bukan tugas wanita untuk kepasar, bukan tugas wanita untuk memandu, bukan tugas wanita untuk mencari nafkah dan akhirnya kini suami disuruh duduk dirumah ...memasak menjaga anak bersenang-senang dan kita menjadi hamba kepada 2 lelaki - boss dan suami ... bodahkan kita ini? wanita dijadikan tuhan makhluk yang sempurana sifat nya ... jadi mengapa perlu kita meletakan diri kita kepada taraf yang begitu rendah?
saya ada seorang kawan ... beliau ingin kelihatan hebat dan cool, beliau ingin menunjuk kepada emak mertua, ipar duai yang dia adalah wantia zaman moden ... suami tidak tahu memandu tidak mengapa ...suaminya tidak punya pelajaran tinggi tidak mengapa ... beliau adalah "superwomen" tahap beta ... beliau mencebek kepada saya kerana saya tidak kepasar ... beliau mencebek kepada saya kerana saya tidak tahu memandu ....beliau mencebek kepada saya kerana saya untuk tidak kebank setiap bulan. ketawa orang bodoh seperti ketawa kepada dirinya sendiri ... kini rutinnya ... pagi beliau akan memandu pergi dan pulang kepejabat bersama suaminya, masak , mengemas, kepasar, membasuh, kebank setiap bulan dan on and on ... dan kini saya mendengar khabar belaiu akan dinaikan pangkat tetapi suaminya akan diberikan BSS oleh majikannya ... suaminya akan duduk dirumah dan dia akan membawa wang bulanan utk mereka berdua? inikah wanita inginkan??? tepuk dada tanya selera ... dan kini saya menjadi sedih bila melihat dikaca tv gadis-gadis begitu berbangga untuk bermain fusal ... dan sayang bila saya lihat ... digerai tepi jalan anak-anak gadis menjual burger untuk sesuap nasi ... dan ayahnya / boyfriend nya datang untuk mengutip wang ... inilah wantia moden yang kita mahukan agaknya...

mungkinkah?

hidup ini satu perjudian ...segala kemungkinan boleh berlaku... dan aku pasrah. Hidup ini rasanya sudah tidak teratur lagi ... yang dijanjikan tidak pernah tertunai dan yang dirancang tidak pernah menjadi.
Hujung minggu aku menerima beberapa tetamu dari utara... membuat aku terfikir betapa untungnya diri nie ... mereka terdiri dari anak-anak muda datang menuntut ilmu agama ... mereka berlima akan datang ke kuala lumpur belajar ilmu agama...betapa gagah jiwa mereka ... mereka bukan lulusan universiti ... ada dikalangan mereka tidak tahu membaca langsung ... tetapi mereka masih berminat mencari sejalur cahaya keilmuan.. mereka bukan orang senang ... mereka pekerja kilang, driver lori dan orang kampung dari utara ... datang kesini menumpang masjid untuk tido sebentar...kadang kala aku tertanya ...disini segalanya cukup dan menyenangkan ... mungkin aku masih tidak nampak cahaya itu ....
aku bawa mereka berlima bermain air dihujung kali dipuncak titiwangsa ... gembira benar mereka ... wajah keanakan mereka tergambar bila bertemu hutan dan air ... kata mereka ditempat mereka air dikali sudah dirogol ... mandi, makan, bercerita didalam pelukan hutan rimba membuat kita begitu dekat dengan sang pencipta ... mungkin lain kali akan ku bawa mereka lagi ....

Friday, May 05, 2006

kelantan...negeri bulan penuh






cuti wesak hari tu kita gi jalan-jalan sambil cuci mata kat kelantan.... seronok ... tempat yang kita gi kota baru, duduk kat telipot (dekat dengan istana anak sultan ....huhuuuu) kita gi kuil sami sempena hari jadi tok sami buddah hahahahhahah..kita gi pantai cahaya bulan .... mana lagi ya? kita gi beli keropok kat umah orang - 1kg rm3-00 murah tak?...kita pi rumah orang buat baju kaftan batik ... memang best ... lagi mana ya? kita gi golok hahahhahhaha... kita pi makan-makan dan yang best kita dapat jumpa melawat tok kita yang dah hampir setahun tak berjumpa ....

bulan 7 kita nak gi lagi sekali ... kali nie kita nak gi masjid kerisik kat patani, kita nak gi rumah nik aziz ...lagi? kita nak gi makan teloq sotong .....lagi??? mana tempat best lagi ya kat kelantan???? khabar-khabarlah ....

Thursday, May 04, 2006

jambatan lagi???

tun det melatah lagi ...kalau dulu pasai AP kini pasal jambatan indah tapi bengkok ... tun det kat goverment sekarang pengecut lah itu lah inilah ... kemudian kuncu-kuncu nya pula keluar story kata jembatan lama dok sesak ...susah rakyat kita nak kesana ... lori lori susah nak ke temasik terpaksa bermalam dan berbagai lagi ...kemudian melayu melayu yang bodoh pun ikut sokong ... ya kita perlukan jambatan ... utk apa ????

a) utk memudahkan cina-cina cameron highland menjual sayur ditemasik?, ternak babi di selangor kotorkan sungai malaysia ... jual kat sana? pakai tanah kita ... jual borong kat sana ... sana packing sikit sikit jual kat oversea (sapa yang rugi - MALAYSIA)
b) utk memudahkan thailand memasarkan barang kesingapura ... dan terdapat lambakan ... maka MALAYSIA juga yang rugi ...
c) senang kereta singapore masuk ke malaysia? beli minyak murah???? sapa yang rugi???
d) senang kan org singapore menyewa di johor dan berkerja disingapore dan berbelanja disingapore?

maka tanah melayu hanya menjadi transit kepada mereka ... dengan itu TAK PAYAH BUAT JEMBATAN BARU ... kerana ianya tidak menguntungkan rakyat dan kerajaan Malaysia... biar jambatan lama tu runtuh ... senang cerita ... bukan saja saya menyokong pembatalan jambatan malah saya menyokong pembatalan keretapi laju dari China ke Singapura ... ianya tidak akan membantu eknomi malaysia tetapi akan membuat kita semakin lemah ... barang cina akan melambak disini, mereka hanya mahu menjadikan kita sebagai tempat transit je ... kalau boleh saya mahu keretapi tanah melayu menamatkan je perkhimatannya kesingapure ... biar susah nak kesana ... kaum cina ... nak gunting rambut pun pi singapore kalau u all nak tahu ... jumaat pi naik keretapi sabtu balik .... mereka tak percaya pada malaysia langsung ... giler ke tak??? dahlah kerajaan kita buat ... lepas tu mereka yang dapat kepentingan ... dari buat ke singpura yang tak pernah berterima kasih termasuk melayu disana yg merasakan mereka terlalu moden ... baikkita buat jembatan menghubungkan kampung kampung pendalaman kita ... memudahkan hasil tani kita keluar utk dipasarkan ...dari buat jembatan ke singapura lagi baik kita tolong buat jembatan ke medan ... biar mereka rasa ...

kepada tun det tolong jangan jadi baruau singapura ... kepaa tun det dan family ... tolong jangan jadi anjing kepada cina dan yahudi ... jangan nanti nama anda dicatatkan seperti tun muhatir mamak kuci yang menjual melaka kepaa portugis ... (dekat pulak nama mereka ya ... adakah ini satu kebetulan???) cukuplah tengku abdul rahman menjual singapura kepada cina secara percuma ... cuma diberi betina dan arak sebelum menandatangi perjanjian perpisahan ...

Tuesday, May 02, 2006

aktiviti sepanjang minggu

kita pergi bank ... pi masukkan cheque, baik pulih bank card kita ... tengok pinjaman asb... servicesnya kita bagi 4 bintang.


khamis, kita keluar dng mas , pi jalan-jalan di central market , lepas tu kita gi makan kat kedai tok nie ... nak rasa menu terbaru ... chicken chop ... sedap tapi masin yang amat ... dalam nyer lembut ...kita bagi 31/2 bintang je ... kedainya dan serives ok ... tak ramai customer masa tu .. bolehlah ketawa tahap naga ... fun gak keluar dng mas ... mungkin dah lama tak keluar ... semua cerita nak dicerita kan ... tapi ok ok je lah...bawak bawak bersabar ye ... mmmm...kena bawa suami kita gi sini kesian die tak dapat rasa kfc baru nie.


kita ke klcc convensiton centre pi tengok pameran harta intelek ... hampeh ....buang masa ... nasib ada mas... apa yang boleh ku katakan "harta kelas pertama minda kelas ketiga ..." lepas tu kita pi klcc .. belanja mas makan ais-kerim murah dan makan kuih kampung .. banggalah jugak tengok mat salleh berebut-rebut dok pi ambil seri muka, wajid dan talam dan makan nasi lemak ... melayu boleh !!!! lepas tu seperti biasa kami pi kedai buku .. dok belek belek buku buku terbaru ... kita tak cukup duit ... tak gaji lagi so cuci mata je lah ... ada beberapa buku menjadi idaman hati ... tapi nanti lah.. hari nie saya dan suami berlainan arah .. saya di klcc suami di mid valley bersama abang nyer ... dia belikan saya tumb drive ... dah dua tahun nak benda tu ... dulu mahal giler sekarang 50hinggit dah boleh dapat ... senang nak buat keje & projet terbaru kononnya ...

Sampai kerumah saya kepenantan... hujan dan benda yang paling enak adalah tido tido dan tido .. terjaga sudah kul 9.oo terus bukak tv menonton aim 13 sambil bergolekan diatas katil ... kadang kala best gak ... tengok tv dlm bilik sambil tido-tido dan makan makan ... bersantai lah kononnya ... huhuhuu, Ahadnya kami tak kemana-mana ...cuma duduk mengemas. masak, makan dan bersantai (buat faical, cabut bulu yang tak perlu huhuhuhuhuh, scrab kaki yang kasar dng berus dawai ... apa lagi ya ... bersihkan kuku kuku ku)

Isnin ... i need to be a new person ... kawan-kawan kata saya terlalu plain lady ... so kita pi kaler rambut kita ala-ala karat .... hahhahahahah what i can said ... i look sexier ... hahahhahaha perasaan lah nie ... besok dah keje ... huhuuuu akhir kata .. best gak cuti-cuti malaysia dirumah sendiri ... hahahhahah

Wednesday, April 19, 2006

JUJUR

Jujurlah padaku
bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah
Selamanya

radja...

ini bait-bait lagu jujur dari radja ... ini lah perasaan saya dikala ini .. ada dikalangan rakan mengatakan saya tidak JUJUR ... kejujuran perlu berlandasan kepercayaan ... itu pendapat saya... apa apa pun ... tahun ini adalah tahun KEAKUAN.... lela akan menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri, membayar kepada diri sendiri dahulu baru keorang lain , menyanyangi diri sendiri sebelum kita sayang kan orang lain ... kerana tak de orang yg akan sayang kita kecuali diri kita ...

Sunday, April 16, 2006

sukar nya menjadi wanita ...




"Dirimu sendiri guru yang terbaik
hanya dirimu guru yang setia
kerana semua yang lain
satu demi satu pergi meninggalkan engkau"

kadang kala aku terfikir terlalu sukar untuk menjadi seorang wanita ... dari lahir hinggalah kehujung nyawa , dari kecil kita kena ringan tulang. Wantia zaman kini perlu ada segalanya jika tidak kita akan dipandang rendah. Kita perlu ada eduction kalau tak sebelah mata pun tak dipandang oleh adik beradik ... kita perlu ada pangkat yang bagus kalau tak tak di pandang oleh mak mertua ... kita perlu ada gaji yang cukup kalau tak laki pun tak sayang ... kita perlu rajin memasak, mengemas kalau tak nanti anak tak sayang kat kita ... kita perlu menjadi "superwomen" jika tidak kita akan ditindas oleh majikan, sahabat, suami, ipar-duai mahupun sepupu sepapat ... hooooo kita perlu 34-26-34, kulit mulus dan bergaya jika tidak suami lari kalau tak pun mak mertua cop kita pemalas kalau tak ... pangkat pun susah nak bertahan ... itulah kenyataan menjadi seorang wanita... bak kata boss saya, "Kamu perlu menjadi isteri, sahabat, ibu dan pelacur kepada suamimu" ... kalau tak suami akan cari lain ... dan saya akui itu 120%... begitu hebatnya wantia sebenarnya ... perlu jadi 4 in 1 ... hahahaha.
::komtar semasa::
saya tidak terkejut bila dikatakan terdapat tanah runtuh di genting highland... kerana lambat laun perkara ini akan terjadi ... dan jangan salah kan hujan, jangan salahkan alam dan berbagai kerana mereka tidak bersalah ... yang bersalah adalah Lim Goh Tong, Tengku Abdul Rahman, Raja Pahang dan suku sakat mereka dan kita yang pergi bersuka-ria di sana... jangan terkejut jika setahun dua ini kita digembarkan dengan berita runtuhnya bangunan di tanah tinggi genting itu dan jangan pulak nanti menteri besar nya mengumumkan ada pengganas yang menyembabkan runtuhnya genting ...
ingat dulu pernah saya tulis tentang gunung merapi dan karakatau ..... tanda-tanda nya sudah nampak dan hari ini saya agak ketakutan bila membaca berita tentang gunung merapi sudah mula hangat ditahap ke-2 ... jika gunung ini meletup ianya akan mengejutkan naga yang sedang tido ... karakatau ... jika kedua naga ini menyala ... buruk padahnya ... bumi boleh bergelap selama berbulan (salah satu tanda kiamat - tiada mentari selama beberapa hari???) , cuaca dunia boleh berubah (salah satu tanda kiamat juga...) dan berbagai lagi ... kita terlalu hampir dengan mereka ... sudah nampak tanda-tanda gunung itu akan meletup ... hujan hampir setiap hari tapi bahang bumi amat terasa... walaupun hujan ...ianya bukan sebarang hujan cuaca agak berlainan sekali ribut taufan dimana-mana diseremban di perlis, tanah runtuh dibanjaran banjir besar disana sini antara tanda-tanda ...kalau merapi terjaga ...tsunami pasti berlaku salah-salah temasik boleh tenggelam... boleh kah kita lari dari nya ... tidak mungkin lagi ... sebenarnya kita lah yang membuat merapi dan karakatau terjaga dari tidurnya ... meletus gunung api disebabkan perbuatan kita juga.... kita bena bangunan tinggi-tinggi beribu ton terpaksa ditanggung di bahu sang bumi ... kita bina lebuh raya ...diseluruh nusantara ... kita korek segala sumber bumi yg dijadikan utk mempertahanankan dan memperkuatkan usia bumi... kita tidak pernah dengar nasihat muhammad ... "bangunan tidak boleh lebih dari tiga tingkat...kita kata itu kolot ...." kita zalimi bumi dan akhirnya bumi tidak tertahan lagi ...lalu dia memuntahkan isi perut nya ... bumi sudah nazak .... ini bukan kata saya ... ini kata ahli geografi ... terjadinya gunung berapi kerana tanggungan yang berat dilapisan atas dan menekann lahar-lahar dibawah maka mana ada lubang lubang - lahar lahar akan keluar utk mengnuteralkan keadaan bumi itu semula ... nah sekarang rasakan lah kita .... semakin moden nya manusia semakin kuno otak dan rasa kita ....

Friday, April 14, 2006

politik terkini ...

sudah lama saya tidak menyentuh hal-hal politik, saya sentiasa memerhati setiap langkah pak lah dari dulu dan setiap hari saya semakin meyukai tindakan yang diambil oleh beliau ... walaupun tindakan beliau tidak popular tetapi ianya untuk kepentiangan nusa dan bangsa ... percayalah ... seperti menaikan harga petrol, pembatalan keretapi api laju dari singapura ke china dan yang terbaru adalah pembatalan projet mega - gerbang perdana - jembatan indah tapi bengkok ...

project gerbang selatan dan project keretapi laju ini sebenarnya terlalu dekat dengan saya ... saya pernah satu ketika dahulu bersama dengan mereka ... segala maklumat dan butiran secara detail pernah saya baca maka saya secara peribadi berdoa agar project ini dibatalkan ... project ini dari mula telah mempunyai berbagai masalah dalaman dan luaran ... dan akhirnya saya gembira bila kerajaan mengumumkan agar project ini di batalkan ... biar lah kita rugi rm100juta kerana memberi pampasan kepada dato yahya tetapi kita tidak mahu negara kita tergadai dengan memberi ruang udara dan tanah kepada singapura.. walaupun project itu bukan diluluskan semasa pak lah menjadi perdana menteri tetapi pak lah masih ada budi bicara membayar balik segala kerugian yang ditanggung ... kalau saya lah ditempat pak lah akan saya suruh Pak Samy dan Tun Det yang bayar pampasan dari poket mereka sendiri kepada dato yahya kerana mereka yang menandatangi kontrok tersebut ...

Sebenarnya dari segi ekonomi tidak ada hasilnya kita membuat lagi satu jambatan ke Singapura ... biar lah jem ... biar lah bersesak ... itulah yang dimahukan oleh Singapura ... biarkan ... singapura selalu beranggapan orang malaysia yang menagih belas ishan. Dan singapura sendiri terkejut dengan pembatalan tersebut ...(mereka merasakan kita akan teruskan ) dari pada kita membuat jambatan indah ke Temasik lebih baik kita menghubungkan tanah melayu dengan sumatera ... mungkin ramai yang kata itu angan angan mat jenin tetapi ... kalau England boleh dihubungkan dengan Eropah dengan turrnel didasar laut ... mengapa kita tidak boleh lakukan ... tanah dan hasil dari sumatera boleh diperdagangankan dengan murah disini dan pelabuahan melaka boleh dijadikan pusat utk menguruskan segalanya ... biar singapura terkapai kapai ... lebih baik kita membuat hubungan perniagaan dengan orang sumatera dari membuat hubungan berat sebelah dengan orang temasik yang tidak pernah kenal dek untung...

Saturday, April 01, 2006

GUBRA

pukul 5.30 renee call tanya kita free ke tidak ... mmmm... kita kat supermarket tengah beli barang dapur lah cik kak oiii... tapi dng nada yang selamber ... kita kata kita tak ada apa apa .... dia kata dia dapek tiket freee GUBRA dari DIGI (tq digi...huhuhuuuu) kat 1 utama ... dari supermarket terus ke lrt ...sanggup tompang barang-barang dlm kereta kawan kerana nak tengok GUBRA.... sampai office ren dalam pukul 7.30 petang, both of us make a move ... (biasalah suka buat event tergembar....) pi one utama ... sampai sana gi makan-makan ... ren kata nak belanja sebab birthday kita dia tak bagi treat kita lagi .... hahahahha best gak ...dah sebulan berlalu ada yang nak belanja lagi ....
kita tak nak review secara detail ... sapa lah kita hek ... tapi for me film ini lebih bagus dari film sepet ... ceritanya ada 2 plot (betul ke apa yang aku tulis nie...)
  • kisah orkid & family dia - yang aku tak ambil pot sangat
  • kisah bilal dengan family dia dan jiran-jirannya... yang aku suka sangat dok tengok ...
seperti biasa family orkid yang gila dan kegilaan mereka membuat aku tak larat nak tengok lagi ... rasa macam pening lah pulak .... dengan ayat dan adegan tripel XL ... adegan pelukan sultan melaka merimaskan aku ... aku memang tak suka laki aku dok peluk macam tu - rimas dan panas ... hahahhahahha
aku lebih sukakan kisah bilal yang aku rasa watak watak dan filosopinya lebih dekat dengan jiwa dan budaya ku...(tu pasal orang kata aku gila...) bilal yang warak, bersikap romantik (tapi tak de peluk-peluk macam sultan melaka), jiran yang baik dan bersikap adil ... semasa bilal menyentuh anjing dikala utk kesurau - terdengar suara dari penonton, betulkah ini ??? sampai nyonya disebelahku bertanya ... orang islam boleh pegang anjing kah? aku angguk ... dan cara bilal bercakap dangan sang anjing seperti dia bercakap dangan seekor kucing ... ketika itu aku terus teringat tentang kisah pelacur memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dan akhirnya kerana jasanya itu pelacur tersebut dimasukkan kedalam surga oleh Allah (kisah ini diceritakan oleh nenda sewaktu kecil...)
Begitu juga kisah bilal dengan sang pelacur... dia dan isterinya melayan pelacur-pelacur sebagai manusia...tidak pernah memandang serong dan berniat atau cuba menasihatkan ketidak baikan mereka ... membuat aku teringat kisah pelacur dengan para ulamak ... dimana seorang pelacur yang ingin kembali kepangkal jalan telah berjumpa dengan 99 ulama untuk bertaubat tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah yang ke 100 ... taubat sesorang bukan dikira/ditimbang oleh manusia tetapi oleh allah- itu lah kata ulama yang terakhir... akhirnya pelacur itu memasuki syurga dan 99 ulama dimasukkan kedalam neraka...
2 kali saya menangis dipanggung ... renee lagi hebat 4 kali .... hahahahahhaha sampai dia terlupa adegan mana yang dia menangis ...
  • adegan pertama - ketika adegan pelacur yang sedang menggemggam erat RM600-00 ...dia yang bertuan kan kertas sanggup dihina begitu rupa... betapa besarnya nilai enam ratus ringgit ...bagi orang kaya enam ratus ringgit seperti dicelah gigi saja .. tapi bagi pelacur ... 600-o0 itu lah yang akan memerdekakannya ....
  • adegan kedua - ketika bilal meminta agar dikembalikan wang dari lelaki yang mencuri duit sang pelacur ... kata-kata bilal membuat air mata saya jatuh ... "pulangkan balik wang itu ... tidak baik mengambil duit dari wanita yang tidak mempunyai suami - buruk padanya"...ya lelaki sepatutnya menjadi penjaga bagi wanita bukan sebaliknya, allah akan memuliakan mana-mana lelaki yang menjaga isteri dan anak-anak perempuan mereka dengan baik kerana wantia adalah amanah dari tuhan utk sang lelaki....
dan mata saya bertambah sembab ketika melihat syair Jallaludden al-rumi di akhir cerita ..... "bekas yang berbeza tetapi cahaya yang sama...." begitu dalam maknanya...
so... kepada semua nasihat saya sebelum anda pergi menonton ... kena buat sedikit homework .. kena kenal sapa itu Jallaludden al-rumi, kena tahu apa itu islam sedalam-dalam nya, kena tahu adat kaum lain...ugama kaum lain ... kena baca buku filosopi sedikit ... dan bukalah minda anda... jika tidak anda akan keluar dari panggung dalam keadaan yang GABRA....