Tuesday, November 30, 2004

CINTA

Kasih
Ayamkanlah aku
bersamamu

Sayang
Dakapkanlah aku
bersamamu

Rindu
Bawakanlah aku
bersama mu

Agar ia tahu
Betapa tinggi
CINTA INI…..

Sunday, November 28, 2004

Zakat

Berilah apa yang engkau mampu,
dan janganlah engkau menahan
(untuk bersedekah)
lalu ditahan oleh Allah (rezeki) atasmu.
(Riwayat Muslim & Nasaai)

saya membayar zakat …bukan utk bermegah tetapi utk menggalakkan org lain juga berzakat …ramai diantara kita yang tidak tahu apa itu zakat …kalau tanya pada ibu bapa kita ..mereka akan kata ohhhh aku pun bayar zakat …bila nak raya tu …itu zakat fitrah zakat itu wajib walaupun anda fakir …itu zakat tubuh badan ..hanya RM4.90 sekepala…

yang saya maksudkan ialah zakat pendapatan …zakat harta benda ..zakat padi …zakat emas yg kita pakai …ya saya berbangga kerana saya dapat membayar semua zakat diatas …saya tak takut kalau jatuh miskin kerna membayar zakat ..kerna telah dijanjikan oleh Allah sesiapa yg membayar zakat akan disuburkan rezekinya berpuluh kali ganda …

Ini cerita saya …

7 tahun dulu saya menganggur …saya duduk menompang bilik di rumah kak, tiada kereta, tiada rumah tiada wang ….akhirnya suami saya niat kalau cukup duit dia nak bayar zakat pendapatan…kira-kira punya kira mengikut kira kami kena bayar sebanyak RM120-00, lepas sebulan suami saya bayar saya dapat kerja bergajikan RM1200-00 sebelum (betullah janji Allah … kami bagi org susah 120 setahun kami dapat balik 1200 setiap bulan)….tahun kemudian nya saya & suami membayar RM150 ..tup tup rezeki saya dapat beli rumah harga RM130 ribu….saya bayar setahun 150 setahun saya dapat rumah 130 ribu sepanjang hidup saya …itu lah nikmat Allah.

Ada org kata …aku tak nak bayar kat Pusat Zakat …entah kemana zakat itu akan disalurkan …tapi bagi aku pulak …Aku tetap akan membayar di Pusat Zakat di negeri masing masing kalau mereka guna duit tu ..mereka tanggung di akhirat kelak ..aku sebagai umat islam telah menjalankan keja ku ..Allah kata bayar zakat kepada pemerintah islam …itu saja …utk membahagi-bahagikan biarlah mereka yang buat…apa apa besok biar mereka jawap ... keje aku sebagai umat dah selesai...

Lagi satu masa aku pergi kurus dulu …ustaz ada kata …elok org islam bersatu padu bayar di satu tempat …kalau seorang bayar 100hinggit , 10 juta dah berapa????...dan kalau kumpulkan banyak perkara yang kita dapat lakukan …tapi kalau kita berseorangan apa yang boleh kita bantu umat islam dng RM100…nak biayai pendidikan anak pun tak cukup kan???? Itulah pentingnya muafakat dan bersatu pada…kalau 22 juta umat islam di malaysia bayar 10 hinggit dah cukup utk menampung fakir di malayisa betul tak???

Cuma dimalaysia ini satu je saya tak setuju …kalau kita bayar zakat di selangor ..wang zakat tu tak di salurkan ke kelantan atau pun ke sabah ….kekadang sedih jugak tengok zakat di selangor bernilai 40juta di kelantan tak sampai pun 15 juta….sedangkan penduduk dikelantan tu lebih ramai yg memerlukan wang zakat…

Wednesday, November 24, 2004

Rumah Terbuka??

Adakala saya menjadi agak rimas bila ada yang bertanyakan soalan “bila nak buat rumah terbuka” atau yang lebih memualkan ada saudara rapat yang tak sayang mulut bertanya tidak membuat rumah terbuka atau tidak cukup bajet??? Dan soalan cepu emas itu akan saya jawap secara sepontan bahawasanya rumah saya sentiasa terbuka selama sebulan cuma apa yang perlu mereka lakukan jika ingin kerumah saya hanya perlu menekan butang telephone bimbit masing-masing dan berikan hari dan waktunya saja…

Bukan saya menolak tradisi membuat rumah terbuka tetapi saya adalah manusia yang tidak bernama rasanya tidak perlu untuk membuat rumah terbuka…saya bukan artis yang mempunyai ribuan peminat atau saya bukan politukus yang perlu menjaga hati pengundi saya..jadi apakah rasionalnya bagi saya utk membuat RUMAH TERBUKA???

Masyarakat kita tidak kira Melayu atau pun India (saya tidak pernah dengar lagi masyarkat Cina membuat rumah terbuka walaupun merekalah bangsa yang paling kuat makan) kadang kala terlalu mengikut sesuatu tradisi yang tidak sesuai untuk dijadikan amalan.

Bagi saya hari raya adalah hari dimana kita berjumpa untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama islam…cuba anda bayangkan jika anda membuat rumah terbuka…tetamu yang datang sekitar 100 hingga 150 org…bagai mana anda ingin mengeratkan tali persaudaraan, nak tanya khabar pun sudah penat apatah lagi nak beramah mesra, sudah lah jumpa setahun sekali selepas bersalamaan semuanya akan pergi makan (makan sambil berdiri pula tu …), melantak semahu-mahunya, akhirnya hari dimana sepatutnya kita digalakan supaya menjadi umat yang bersederahana dan bersatu padu bukan menjadi hari pertunjukaan pentas untuk memperagakan sapa yang lebih kaya atau pun kasa…..

Selalunya bila syawal menjelang tiba…mula-mula saya akan pulang kekampung…melawat semua warga yang lebih tua dari saya …setelah seminggu saya akan pulang kekota…diwaktu itu …family dari kedua belah pihak pula akan membuat kunjugan balasan pula…..selalunya diminggu pertama adalah untuk keluarga dibelah suami saya dan minggu kedua dari kaum kerabat saya pula (kadang kala mereka akan bermalam dirumah kami). Jiran-jiran terdekat pula akan saya jemput dihari biasa hanya membuat acara minum petang….kepada rakan sekerja pula kami akan menjamu mereka di minggu ketiga..selalunya sabtu dari rakan suami dan ahad nya pula rakan sekerja saya.

Saya lebih selesa jika kaum keluarga saya datang secara berkumpulan dan saya dapat hidang kan masakan kegemaran mereka secara khusus sebagai contoh disebelah saya mereka suka kan ayam goreng berempah dan spageeti ( lebih kebaratan ) dan eluarga suami saya pula lebih suka kepada menu tengahari dan ketimuran.... Barulah dapat kita duduk bercerita dan bergurau senda dan dapat lah mengeratkan lagi tali persaudaraan itu….walaupun ianya nampak remah dan temeh tetapi ketika inilah masanya kita berjamu dan bersuai-kenai ibarat kata minang "jauh moncari suku, doket moncari waris". …menu bukanlah perkara utama ketika Syawal menjelang tetapi eratan dan tali persaudaraan diantara sesama islam itu lebih penting….tidak perlu dijamu dng makanan kelas pertama cukup apa yang ada…sudah memadai bukan????

Tuesday, November 23, 2004

Ertinya sebuah hari raya

Mungkin sudah agak terlambat utk bercerita tentang hari raya ..tapi kata org tua-tua …raya sebulan …

Kalau diwaktu kanak-kanak hari raya merupakan hari mengumpulkan wang …dari ayah turun ke pak cik hinggalah ke nenda…selalunya ampow diberi mengikut berapa hari kami berpuasa dan nilai nya pula RM1-00 utk sehari, hari raya juga hari melaram ..ibu pasti buatkan saya sepasang baju kurung dijahit tangan dan beberapa helai gaun. Memang betullah, hanya kanak-kanak saja yang bergembira di hari raya…..

Bila meningkat remaja, perniagaan ayah merundum, tiada lagi baju baru , nenda pun telah pergi menuemuai yang esa …raya tak semeriah mana…ketika itu aku terpaksa memberi giliran adik yang kecil pula utk merasa kenikmatan beraya ….teringat betapa ayah terpaksa mengambil upah membuat rendang dan kuah kacang agar kami sekeluarga dapat merasa juadah itu utk berhari raya….

Bila sudah berkawin, hari raya sudah tidak dirasai lagi …semua nya tanggung jawap, rendang perlu dipelajari , merebus ketupat dan berbagai lagi …raya bukan lagi satu kegembiraan tetapi satu tanggungjawap yang perlu di isi utk mengembirakan generasi muda….

Tetapi tahun ini baru lah saya tahu erti sebenar-benarnya hari yang diberi kan oleh Allah kepada umat islam, Eid-Mubarak adalah hari dimana kita membuang segala dosa yg lama, kita ganti dng hari yang baru …bermaaf-maafan diantara keluarga dan berkunjung kerumah saudara yg tua utk mengeratkan lagi perhubungan..bak kata org melayu “yang jauh di dekat kan, yang dekat di rapat kan”. Yang kaya membantu yang miskin ….di hari ini kita perlu memberi kekuatan kepada yang lemah, yang tua meyayangi yang muda dan yang muda mengasahi yang tua…..buang yang keruh ambil yang jernih.

Eid-Mubarak bukan untuk kita menujuk siapa yang lebih kaya, lebih hebat atau lebih kasa…bukan untuk memperagakan barang kemas di tangan ataupun baju ratusan ringgit mahupun kereta ratusan ribu tetapi Eid-Mubarak adalah hari dimana kita memaafkan segala kesalahan saudara kita tidak kira muda mahu pun tua, hari dimana silaturahim dipereratkan, hari utk bersedekah dan beramal jariah ….jangan lah kita menjadi bangsa yang terdahulu meyalah-gunakan hari yang baik ini membuat amalan bidaah yang akan merosakkan hubungan kita sesama islam….marilah kita bersama-sama memeriahkan bulan mulia ini dengan kunjungan ke rumah-rumah saudara kita yang tua, melawat pusara org yang terdahulu dari kita dan bersedekah jariah kepada anak yatim yg memerlukan.


Monday, November 22, 2004

raya tahun ini

tahun ini saya beraya di Jelebu (dirumah mertua), kali ini raya sungguh meriah sekali,seluruh keluarga semuanya pulang kekampung...ada yang hampir 10 tahun tidak pulang pun akhirnya mendapat seru utk beraya di kampung ...mungkin kerna saya dan suami saya ada mereka pun nak pulang juga kot(perasaan lah nie)... hehehhehe. Tok Haji sanggup beraya bersama kami, Pak Usu pun begitu walaupun isterinya tidak mahu pulang dikeraskan hatinya balik kekampung bersama anak-anak nya, rumah kami jadi rumah tua kali ini dan saya tak sangka ada juga isteri yang tidak mahu mengikut suami pulang kekampung), makcik yang tidak pernah beraya dikampung halaman akhirnya terbuka hati utk beraya di Jelebu bersama sama kaum kerabatnya yang sejauh di nun Penang sana berpusat diJelebu ....dan berbagai lagi...tetapi syukur kampung suami kali ini meriah sekali...


baby dah tak sabar nak balik kampung....


SEHARI SEBELUM HARI BANTAI

ohhh ya tahun ini kami sekeluarga kacau dodol sebelangga ...best gilerrrrr ...rasa nya aktiviti ini akan diteruskan utk mengeratkan lagi silaturahim diantara keluarga...

kami juga anyam daun ketupat...
(maaf tak de gambar ..bateri kong)..

HARI BANTAI
mungkin masyarkat minang mengelarkan hari ini sebagai hari bantai kerana ...kita semua terpaksa membating tulang utk membuat persiapaan hari raya....

kami buat seperti semua org lain buat ...rendang daging & ayam, rebus ketupat, kuah kacang, rendang kerang ....


ketupat beras dan pulut


memasak rendang dan ketupat di penanggah

pasang lampu keliling rumah ..

nyalaan pelita utk meyenangkan org surau datang bertakbir...

bertakbir dari kampung kekampung (maaf tak de gambar ..saya tertidur...menantu pemalas heheheh)

PAGI RAYA
Sembahyang hari raya ..(saya tak dapat bersama .....bulan dah penuh...)

sekampung datang menyerang ....

anak kecil yg gemarkan rendang


sebahagian menu utk jamuan sekampung


3 generasi berkumpul (cicitnya malu nak ambil gambar....)


saya beraya....(maaf tak dapek ambil gambar dah nanti org kata gayat dah pulak...)

ESOKNYA ..

BALIK Ke Port Dickson


tahun nie tak dapek gi masjid dan kubur ....

Monday, November 08, 2004

KEPADA MU AKU BERSERAH

Entah mengapa, cuaca diMalaysia sudah tidak menentu lagi ..dalam sekelip mata, langit yang terang benderang boleh bertukar menjadi gelap gempita…Jumaat lepas, perancangan awal ingin pulang segera untuk singgah ke gerai nasi byrani …tetapi langit tak sentiasa cerah …panas tak sampai kepetang, 4.30 kepulan awan menjelma, tanpa guruh dan petir hujan turun mencurah..seakan menangis mahu-mahunya …dan ketika ia berhenti sebentar seketika, aku yang tidak berpayung berlari anak merendah gerimis dan sampai saja di perhentian teksi, hujan mengila kembali dan kali ini ditemani rakan karibnya, Angin.

Nasib, tuah masih dipihak ku …ada teksi yg masih sudi berhenti …didalam perut teksi hati berkata “Habis lah, tak de payung bagai nak menjamah nasi idaman hati” (telah hampir sebulan mengidam), dan aku cuma dapat menelan air liur pekat ketika teksi meluncur lalu digerai byrani dan ku pujuk lagi hati yang lara , “tak pelah, bila teduh sedikit akan ku turun bersama sekaki payung”.

Tetapi memang kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan segalanya, ribut sepanjang malam …hati meraung, kenapalah payah benar untuk menjamah sebungkus byrani, terkeliur bila mengenangkan si-Yani dapat menjamah brayni hampir setiap hari..betapa tidak adilnya Tuhan kepadaku. Dan betapa sukarnya tekak ini dipaksa menelan telur kicap pabila azan dilaungkan (peti sejuk kosong kerna tidak kepasar…) dan akhirnya aku tidur awal..aku dan dunia ku……..enak diulit mimpi ketika hujan dingin.

Keesokan harinya, barulah ku tahu betapa bertuahnya diri ini, jika dikala aku dipercikkan tempias gerimis, rupanya ada warga kota yang terkandas dek banjir kilat separas lutut, jika dikala air mataku jatuh dipipi kerana terpaksa menjamah telur goreng kicap rupanya ribuan warga kota terpaksa berbuka tanpa air dan makanan dek terperangkap dengan kesesakan yang tidak dapat diceritakandan ketika aku enak diulit mimpi, bersama bayu gunung membuai lembut, rupanya ada sepasang suami isteri yang telah kehilangan anak dan rumah dek tanah runtuh.....

Ya ALLAH, aku yang kecil lagi hina ini tunduk syukur kepadaMU kerana kau telah mempermudahkan segala perjalanan aku dan suami ketika itu …rupanya segala kepayahan yang kau beri kepada ku itu cumalah adalah kepayahan yang teramat mudah diantara hamba mu yang lain ….


JAWAPAN HAMPEH

:: Pak Lah tentang banjir di seluruh negara

"Perdana Menteri juga menggesa orang ramai tidak membuang sampah sarap sesuka hati menyebabkan sungai dan longkang tersumbat dan air melimpah melepasi tebing apabila berlaku hujan lebat.“Sisa binaan seperti tanah, simen dan kayu yang bertimbun di sana sini menyebabkan aliran air menjadi perlahan apabila hujan dan tidak dapat mengalir ke dalam longkang dan sungai dengan cepat.“Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang juga menyebabkan aliran air tersekat dan menyumbang kepada kejadian banjir, terutama di kawasan pembangunan pesat seperti di Kuala Lumpur,” katanya.

Lela: Apa kena mengena banjir satu negara pasal buang sampah lah pulak ...nak salah kan rakyat lah nie, zaman datuk nenek aku dulu tak de pun alam flora tak de pun dbkl angkat sampah tak banjir pun ???

::MB Selangor

"Saya tak faham kenapa Dr Azman tidak membenarkan orang kampung memasuki rumah utk menolong ..mungkin kalau orang kampung tolong tak akan jadi begini" Berita TV3

Lela: kenapa nak salah kan Dr tu pulak, masa tu rumah dia tak runtuh lagi ..dia tak nak org kampung ambil barang dia kot...anak dia mati itu dah kuasa Tuhan ...kalau org kampung datang pun nak mati mati jugak ....soalan nya kenapa boleh terjadinya tanah runtuh ???...nie pun nak salah kan rakyat ..kawasan tu dah beratus tahun org kampung buek rumah tak pernah tanah runtuh ..sejak hutan dan bukit ditarah secara rakus oleh kerajaan negeri kawasan gombak sudah tidak stabil lagi ???? Salah hujan lagi ke ???


Wednesday, November 03, 2004

BABY


* baby baru buka posa, rehat kan badan di depan tv
** aku saja ganggu baby yg tengah bergolekan dng b/fnyer (laki aku lah tu), apa lagi benganglah si baby tu



*** baby dah start mengganas

**** dia tergolek lagi ..(baby hanya akan tido diatas tilam ...huhuuuu)

Apa lagi ye??

Syukurlah tahun nie dapat membeli sepasang baju kurung (dah 6 tahun tak tukaq baru raya) untuk diri sendiri dan sehelai baju melayu berwarna purple dan 2 pasang seluar untuk sang suami…seperti biasa saya hanya membeli “kuih tunjuk” sebab saya memang tak pandai dan tidak mempunyai kesabaran untuk membelek biskut yang cute miut kerana benda cute perlu ketelitian dan masa yang banyak…semalam cuti Nuzul Quran ye… maka paginya saya cat pintu pagar dan suami cat dapur …malamnya pula saya kerumah ren bergotong royong membuat acar buah untuk dijadikan buah tangan kepada saudara dan rakan terdekat (nak buek kuih tak pandai ..nak beli tak termampu…) kami buat 10 kilo acar buah dng modal RM150 …cukuplah tu …


Apa lagi ye persiapan saya untuk raya nie ….sabtu nie saya nak basuh rumah, nak basuh langir dan cadar sebelum balik beraya ke kampung …depavalli nie suami nak kacau dodol di kampung …mmmm apa ye yang tertinggal …saya dah bagi duit kat adik untuk beli barang pasar di hari raya nanti (dia masih tanam anggur)…saya dah beli sepasang baju untuk ayah tapi ayah suruh saya letak kat rumah  je katanya dia takut baju yang saya beli itu dipakai orang. (ayah dah 5 tahun duduk tinggal disurau didearah pendalaman – sekali sekala dia datang duduk dirumah saya utk berehat) .

Kad raya pengganti diri sudah diedarkan kepada rakan-rakan yang jauh ..yang boleh dihubungi melalui e-mail hanya kad maya sebagai tanda peyambung tali persahabatan…

Apa lagi ye????........ohhhh saya perlu bayar ZAKAT FITRAH …inilah perkara yang paling penting sebagai syarat untuk berhari raya … Suami kata dia nak bayar di Kuala Lumpur je, senang mudah dan cepat tapi saya kata bayar lah di Jelebu …Kuala Lumpur dan Selangor pungutan zakat sudah mencecah puluhan juta …sampai dah tak terbagi dah fakir seluruh selangor nie (sehinggakan pekerja PZS pun diberi Kembara…) di negeri sebelahan Selangor dan Kuala Lumpur N9, Perak, Kelantan & Terengganu terlalu kurang pungutan zakatnya …rasa nyer N9 tahun lepas tak sampai pun 5 juta ……kekadang kita perlu menolong saudara terdekat sebelum menolong yang jauh…betul???