Tuesday, November 23, 2004

Ertinya sebuah hari raya

Mungkin sudah agak terlambat utk bercerita tentang hari raya ..tapi kata org tua-tua …raya sebulan …

Kalau diwaktu kanak-kanak hari raya merupakan hari mengumpulkan wang …dari ayah turun ke pak cik hinggalah ke nenda…selalunya ampow diberi mengikut berapa hari kami berpuasa dan nilai nya pula RM1-00 utk sehari, hari raya juga hari melaram ..ibu pasti buatkan saya sepasang baju kurung dijahit tangan dan beberapa helai gaun. Memang betullah, hanya kanak-kanak saja yang bergembira di hari raya…..

Bila meningkat remaja, perniagaan ayah merundum, tiada lagi baju baru , nenda pun telah pergi menuemuai yang esa …raya tak semeriah mana…ketika itu aku terpaksa memberi giliran adik yang kecil pula utk merasa kenikmatan beraya ….teringat betapa ayah terpaksa mengambil upah membuat rendang dan kuah kacang agar kami sekeluarga dapat merasa juadah itu utk berhari raya….

Bila sudah berkawin, hari raya sudah tidak dirasai lagi …semua nya tanggung jawap, rendang perlu dipelajari , merebus ketupat dan berbagai lagi …raya bukan lagi satu kegembiraan tetapi satu tanggungjawap yang perlu di isi utk mengembirakan generasi muda….

Tetapi tahun ini baru lah saya tahu erti sebenar-benarnya hari yang diberi kan oleh Allah kepada umat islam, Eid-Mubarak adalah hari dimana kita membuang segala dosa yg lama, kita ganti dng hari yang baru …bermaaf-maafan diantara keluarga dan berkunjung kerumah saudara yg tua utk mengeratkan lagi perhubungan..bak kata org melayu “yang jauh di dekat kan, yang dekat di rapat kan”. Yang kaya membantu yang miskin ….di hari ini kita perlu memberi kekuatan kepada yang lemah, yang tua meyayangi yang muda dan yang muda mengasahi yang tua…..buang yang keruh ambil yang jernih.

Eid-Mubarak bukan untuk kita menujuk siapa yang lebih kaya, lebih hebat atau lebih kasa…bukan untuk memperagakan barang kemas di tangan ataupun baju ratusan ringgit mahupun kereta ratusan ribu tetapi Eid-Mubarak adalah hari dimana kita memaafkan segala kesalahan saudara kita tidak kira muda mahu pun tua, hari dimana silaturahim dipereratkan, hari utk bersedekah dan beramal jariah ….jangan lah kita menjadi bangsa yang terdahulu meyalah-gunakan hari yang baik ini membuat amalan bidaah yang akan merosakkan hubungan kita sesama islam….marilah kita bersama-sama memeriahkan bulan mulia ini dengan kunjungan ke rumah-rumah saudara kita yang tua, melawat pusara org yang terdahulu dari kita dan bersedekah jariah kepada anak yatim yg memerlukan.


No comments: