Syukurlah tahun nie dapat membeli sepasang baju kurung (dah 6 tahun tak tukaq baru raya) untuk diri sendiri dan sehelai baju melayu berwarna purple dan 2 pasang seluar untuk sang suami…seperti biasa saya hanya membeli “kuih tunjuk” sebab saya memang tak pandai dan tidak mempunyai kesabaran untuk membelek biskut yang cute miut kerana benda cute perlu ketelitian dan masa yang banyak…semalam cuti Nuzul Quran ye… maka paginya saya cat pintu pagar dan suami cat dapur …malamnya pula saya kerumah ren bergotong royong membuat acar buah untuk dijadikan buah tangan kepada saudara dan rakan terdekat (nak buek kuih tak pandai ..nak beli tak termampu…) kami buat 10 kilo acar buah dng modal RM150 …cukuplah tu …
Apa lagi ye persiapan saya untuk raya nie ….sabtu nie saya nak basuh rumah, nak basuh langir dan cadar sebelum balik beraya ke kampung …depavalli nie suami nak kacau dodol di kampung …mmmm apa ye yang tertinggal …saya dah bagi duit kat adik untuk beli barang pasar di hari raya nanti (dia masih tanam anggur)…saya dah beli sepasang baju untuk ayah tapi ayah suruh saya letak kat rumah je katanya dia takut baju yang saya beli itu dipakai orang. (ayah dah 5 tahun duduk tinggal disurau didearah pendalaman – sekali sekala dia datang duduk dirumah saya utk berehat) .
Kad raya pengganti diri sudah diedarkan kepada rakan-rakan yang jauh ..yang boleh dihubungi melalui e-mail hanya kad maya sebagai tanda peyambung tali persahabatan…
Apa lagi ye????........ohhhh saya perlu bayar ZAKAT FITRAH …inilah perkara yang paling penting sebagai syarat untuk berhari raya … Suami kata dia nak bayar di Kuala Lumpur je, senang mudah dan cepat tapi saya kata bayar lah di Jelebu …Kuala Lumpur dan Selangor pungutan zakat sudah mencecah puluhan juta …sampai dah tak terbagi dah fakir seluruh selangor nie (sehinggakan pekerja PZS pun diberi Kembara…) di negeri sebelahan Selangor dan Kuala Lumpur N9, Perak, Kelantan & Terengganu terlalu kurang pungutan zakatnya …rasa nyer N9 tahun lepas tak sampai pun 5 juta ……kekadang kita perlu menolong saudara terdekat sebelum menolong yang jauh…betul???
No comments:
Post a Comment