Saturday, April 30, 2005

ULASAN FILM : TENTANG DIA

Kerana ingin lari dari kekalutan hidup yang tiada penghujungnya saya mengambil keputusan untuk merehatkan otak yang telah tepu ini dan jawabnya – pergi menonton dengan seorang kenalan di KLCC petang tadi … saya poteng kerja dan dia ponteng sembahyang Jumaat…

Terima kasih sahabat kerana menemani saya yang sedang biol ini …kata sahabat sedikit sebanyak telah mengubat keresahaan yang bersarang dilubuk hati nie …. “kak lela seperti wanita yang penuh dengan nilai kemelayuan….” Apabila ayat itu keluar dari mulutnya saya bagaikan diawangan …. Kalau suami mendengarnya pasti dia tersenyum geli.

Saya dan sahabat pergi menonton “TENTANG DIA”… seumur hidup saya tidak pernah menonton cerita indon … ini adalah sejarah (mungkin kerana saya telah biol ketika menerima ajakan sabahat tanpa berfikir) tetapi nasib masih menyebelahi saya …. Ceritanya sungguh mengasikkan …buat kali pertama saya jatuh cinta dengan gadis indon … sungguh ayu dah manis mereka didalam film ini - hanya berjeans dan t-shirt sudah cun banget dan syukurlah berbaloi rasanya poteng kerja dan lunch date dengan sabahat (semuanya bayaran Sdn Bhd…. Heheheh). Dan kata-kata Rudi kepada Gadis didalam film ini “sekolah yang paling bagus padaku adalah sekolah kehidupan…” wahhhhh macam pernah dengar ayat nie … Mas ayat ko diciplak oleh Melly Goslow lah …huhuuu ko kena mintak royalti nie ….

Saya sukakan cerita ini, saya sukakan kata-kata puisinya, saya sukakan lagunya, saya sukakan pelakonnya terutama watak Gadis dan Rudi … wajah-wajah mereka seiras dengan wajah orang Malaysia … wajah Rudi mengingatkan saya kepada Erma Fatimah ketika muda… wajah Boss Rudi pula mengingatkan saya kepada si-Kuman, sedibik … dan perwatakan Gadis … seakan-akan watak CT.. dan yang pasti saya akan pergi menonton sekali lagi kerana saya tidak puas dengan kata-kata puisinya (salah-salah terpaksa beli DVDnya …nak salin semua ayatnya…) kata-katanya dibawa secara sepontan tetapi kepada yang mengerti peritnya sebuah kehidupan akan terasa pedihnya… Menonton cerita ini, barulah saya kenal berbagai jenis cinta, saya dikenalkan cinta lelaki kepada wanita, cinta wanita kepada wanita, cinta seorang adik kepada kakaknya , cinta seorang majikan kepada pekerjanya dan yang lebih manis cinta Tuhan kepada makluknya…. Dan yang lebih hebat film ini mengajar saya melihat cinta pada sudut yang berbeda bagaimana mudahnya cinta kita kepada seseorang disalah ertikan walaupun diluahkan pada insan yang bertutur dng bahasa dan budaya yang sama. (Gadis merasakan hubungannya dengan Rudi adalah hubungan sepasang kekasih - cinta terlarang akan tetapi si-Rudi sebenarnya mencintai Gadis seperti adik kandungnya sendiri… pelik bukan???)

Dan didalam film ini juga mengajar kita tentang reality kehidupan iaitu KEHILANGAN … setiap manusia perlu menerima satu hari nanti kita pasti kehilangan orang yang kita cintai…. “hidup ini cuma ada dua iaitu cinta dan kematian …” kata Rudi di akhir cerita… jadi semakin kita mencintai seseorang kita pasti akan merasai kehilangan – mereka akan seiringan …dan ia juga telah mengajar saya cara yang terbaik utk mengurangkan kesedihan apabila kehilangan itu datang… dengan menikmati setiap detik kehidupan ini bukan untuk berduka cita atau memikirkan kegagalan kita..kita perlu bergerak kehadapan, sejarah silam hanya utk pedoman agar kita lebih berjaya.

Dan akhirnya film ini mengajar saya tentang dia (manusia dikeliling saya) … kita selalu merasakan kita adalah manusia yang paling malang didalam dunia ini, kita tidak pernah ambil kisah tentang perasaan rakan-rakan kita atau orang yang mencintai kita sepenuh jiwa dan raga … sama ada mereka sakti, sedih atau menderita… seperti watak Gadis yang hanya memikirkan kesedihannya apabila dia dikhinati oleh oleh teman lelaki dan sahabat karibnya…Gadis tidak pernah terfikir bagaimana keadaan Rudi sebenarnya … Sakitkah si-Rudi itu , dari mana asal usul Rudi itu sebenarnya … Gadis terlalu memikirkan tentang dirinya saja …. Gadis seakan terlupa bagaimana sakit dan sedihnya hati Randu bila cintanya tidak berbalas dan lebih menyedihkan Randu di cerca dan dikasari oleh Gadis…. Gadis tidak terfikir tentang bagaimana terhirisnya hati gadis lain bila Randu melupakan mereka hanya inginkan siGadis yang “gila”…ironik bukan …. Ohhhhhh saya sukakan cerita nie …jalan cerita yang bersahaja dan santai..tanpa nilai unsur sex yang melampau ….tanpa menghina bangsa lain seperti didalam film Sepet dan yang lebih indah ceritanya berlapis … jika anda minda kelas ketiga anda cuma nampak cinta wanita + wanita bernafsu gersang dan jika anda ditingkat yang lain … anda pasti nampak cinta antara pencipta dengan makhluknya …apa apa pun … pi tengok sendiri lah … bawa tisuuuu banyak sikit ya … kalah cerita hindustan…

Nota:
Setelah menonton cerita nie semangat saya mulai pulih … saya sudah nampak apa yang perlu saya lakukan untuk diri saya … syukurlah … saya sudah dapat penawarnya … terima kasih sahabat ….

Thursday, April 21, 2005

kehidupan ini

aku di persimpangan kini... entah mengapa hidup ini tidak pernah mudah bagi ku ... kusangka panas hingga ke petang rupa nya hujan di tengah hari ...boss di tempat kerja dah suruh aku mencari kerja lain ... katanya dia tak dapek nak membayar gaji ku lagi ... begitu teruknya ekonomi melanda ??? entah lah yang pasti aku tidak sanggup menanam anggur semula ...

Pada mula nya aku sangat hormat kan boss ku ..seorang yg warak dan bla bla .... tetapi kini tidak lagi ...bagi nya keuntungan adalah segala galanya ..oh tidak mengapa ... satu hari dia akan sedar apa itu tanggungjawap seorang yg berniaga.... dan mungkin ini adalah satu tangga yang perlu ku daki utk mematang kan diri ku ... aku akan tempuh apa juga rintangan dan halangan... doa kan aku berjaya ya... aku bukan manusia yg tewas...akan ku gapai langit biru itu ... pasti.

Tuesday, April 19, 2005

Lifes have to goes on

Hidup perlu di teruskan walaupun apa yang datang menimpa dan kita perlu menjadi ihsan yang tegar dalam apa jua keadaan. Kejayaan adalah pendorong untuk maju ke hadapan dan kegagalan adalah petua yang patut di simpan untuk menjadi pedoman di hari mendatang.

Tuanya saya kerana pengalaman. Pengalaman telah menjadikan saya dewasa. Jika ingin menceritakan kisah duka saya, terlalu banyak tetapi saya masih tegar meneruskan hidup yang mendatang. Saya tidak dilahirkan di dulang emas, semuanya perlu dicari sendiri… tidak seperti rakan-rakan atau sedara mara saya yang sebaya… rumah, kereta, duit, pelajaran semuanya sudah diatur rapi oleh ibu-bapa mereka sampaikan anak pun dibela oleh emak mereka… setelah bernikah saya keluar rumah bersama suami sehelai sepinggan tetapi saya bersyukur dengan pengalaman itu jika tidak sehingga kini saya masih ditakuk yang sama.

Masih segar lagi diingatan bagaimana saya hanya bekerja di Mc’D kira kira 15 tahun yang lalu, membasuh tandas dan lantai mencari RM yang tidak seberapa menyekolahkan adik yang tidak berbapa sehingga kemenara gading. Belajar kelas malam hanya berbekalkan gaji RM450 sebulan. Naik bas turun bas berbekalkan hanya 2 ringgit setiap hari. Tetapi saya tidak mudah mengalah selepas habis belajar malam saya mencari kerja sebagai kerani am … merangak seorang diri … belajar berjalan tanpa dipimpin… jatuh dan bangun sendirian …. Dan setelah 15 tahun sendirian tanpa bertongkat dari sesiapa saya bersyukur yang kini saya telah berdiri tegak mengapai awan… tengohnya pokok kerana akar, kuatnya akar kerana angin … Tegaknya saya ketika ini adalah kerana dugaan dan rintangan kehidupan …

Ketika melawat arwah pakcik saya di Melaka, Ahad yang lalu… terasa ianya semacam hari Keluarga bagi saya, semuanya berkumpul… melihatkan wajah-wajah mereka saya menjadi insaf. Yang muda sudah kelihatan tua, yang kaya sudah menjadi miskin, yang sihat sudah sakit, yang tegak sudah berpapah dah berbagai lagi… tetapi saya masih kelihatan muda remaja (perasaan lah nie) tapi yang pasti setelah 5 tahun saya menjauhkan diri dari mereka, wajah-wajah mereka sudah terlalu asing bagi saya, … saya sudah tidak mengenali mereka … betulah kata suami saya … saya sudah terbuang terlalu jauh … sehinggakan saya tidak mengenali darah daging saya sendiri… sedih bukan… Akan tetapi lifes have to goes on …. Saya akan melangkah kehadapan dengan apa jua rintangan… kerana Allah dan Muhammad tetap bersama saya sehingga kehujung nyawa… itu janji saya…

Monday, April 18, 2005

AL-FAHTIAH

Bunga-bunga kemboja menghiasi pusara mu
Tinggalah dunia , isteri, anak dan hartamu
Kau sudah dialam kubur menanti alam yang kekal abadi

Selamatlah wahai hamba
Semoga dicurahkan kerahmataan
Di atas mu

Semalam (Ahad) seorang lagi dari keluarga terdekat telah pergi meninggalkan kami. Dia telah pergi ke alam yg kekal, adik kepada arwah bapa saya yang hanya berumur 42 tahun (terlalu singkat hidupnya), menghembuskan nafas yang terakhir ketika beliau bermain bola di padang bersama rakan-rakan, jatuh pengsan dan terus tidak bernafas dan beliau meninggalkan seorang balu bersama 6 cahaya mata, yang tua cuma baru berumur 15 tahun.

Entah mengapa dua tiga hari sebelum kejadiaan tersebut hati saya tak keruan, semua kerja bagaikan tidak jadi. Saya mimpikan arwah ayah dan nenda dan kerana itu saya bersedekah ke masjid tetapi rupanya itu satu petanda. Entah mengapa berat betul hati saya untuk mengikut suami pulang ke Jelebu (selalunya kami tidak pernah berenggang). Dan alasan kepada sumai saya terlalu penat dan saya ingin santaikan diri saya … dan kepada ibu mertua dikampung, saya ada kerja yang perlu dibereskan dan masin betul mulut saya ini kerna memang betul saya ada kerja yang perlu dilakukan, pergi melawat pakcik yang telah menemuai sang pencitpa…

~@~~<~~
Setelah selesai semuanya, saya pergi berjumpa makcik dan anak-anaknya. Beliau masih bersedih, mata nya bengkak dek menangis tanpa henti ketika saya bersalaman dipeluknya erat tubuh saya. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan cuma saya usap mesra rambut nya dan tiba tiba anak-anaknya datang memeluk saya. Setelah seharian saya cuba tidak menumpahkan air mata akhirnya saya tertewas. Tertumpah jua butir-butir mutiara didalam dakapan mereka sekeluarga dan ketika kami beresakan, makcik melafaskan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang islam .. katanya kepada saya “LELA PAKCIK KO DAH TAK DE, MAKCIK DAH TAK DE TEMPAT BERGANTUNG HARAP, BERGANTUNG KASIH …. ANAK-ANAK MAKCIK DAH TAK DE AYAH ” saya terkejut, mengucap pajang saya didalam hati dan tapi secara lembut saya katakan ini kepada nya … “makcik kita masih ada ALLAH untuk bergantung hidup dan tempat untuk mengadu harap, segala yang terjadi ada kebaikannya. Percayalah dan bergantunglah kepada Allah 100% makcik, pasti segalanya akan selamat. Makcik lihatlah pada saya ini, walaupun tidak punya sesiap tetapi saya masih dapat menghirup udara ini dengan penuh kenikmatan. Sabarlah …” dan kepada anak-anaknya pesanan saya cuma satu... "bersyukur apa yang ada walaupun kamu tidak punya ayah untuk bergantung kasih tapi ibu masih bekerja, kamu punya tanah yang berekar dan punya rumah banglo yang sangat selesa, bersyukur kerana ada anak yatim yang tidak punya apa-apa didunia ini." Dan syukurlah kata-kata saya tadi telah menyedarkan mereka…betapa bertuahnya mereka sebenarnya. sebelum pulang kekuala lumpur .... mata mereka sudah punya sinar untuk meneruskan kehidupan dibumi allah ini ... dengan izin nyer jua ....
Nota
Sekali lagi saya telah menunjukkan kepada keluarga saya bahawa TUA BUKAN PADA UMUR TETAPI TUA PADA PETUA .....

Tuesday, April 12, 2005

PANTUN JELEBU

Ke Jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga tangkai
Kalau dah kena kemat Jelebu
Kalau tak mati badan mengasai

:: Kisah I ::
ini pantun cop mohor untuk warga jati Jelebu. Kalau orang luar dengar anak jelebu menalunkan pantun ini dihadapan mereka , pasti apabila pulang ke-rumah kena berlimau. Saya tanya ibu mertua saya mengapa pantun ini ditakuti dan kenapa ianya diciptakan dan rupanya ada kisah disebalik terciptanya pantun 4 kerat ini.

Dikatakan dizaman dahulukala, orang Jelebu memang terkenal dengan berbagai ilmu kebatinan. Pada zaman dahulukala (hahahha lela dah jadi panglipurlara lah nie ) seorang lelaki muda telah berkahwin dan pergilah ia mengikut isterinya ke Pahang (kan lelaki Minang ke ikut ke rumah isterinya) akan tetapi beliau telah melupakan ibunya yang tua diJelebu. Bertahun-tahun ibunya menunggu khabar berita tentang anak kesayangannya, entah kan sudah mati ditelan harimau di hutan pahang atau sakit kah dia atau dijerakah oleh kerabat si-isterinya dan kerana teramat rindu, ibunya pun jatuh sakit, terlantar berminggu-minggu dan asyik menyebut nama anak lelakinya. Oleh kerana terlalu marah dengan sikap lelaki tersebut, Buapak ibunya nya yang dimemang terkenal dengan ilmu kebatinan di Jelebu pun menyeru lelaki yang tidak mengenang budi ...kerana sikapnya seperti si-Tanggang durjana. Dengan hanya membaca mentera kepada bunga lalang dan kemudiannya di anginkan ditengah sawah menghala ke Pahang untuk menyeru lelaki tersebut pulang keJelebu.

Dengan izin Allah, ketika mentera dibaca dan dianginkan, lelaki tersebut sedang menuai padi huma di Gunung Pahang dan serta merta teringatlah ia pada kampung halamanya yang indah lagi permai dan terbayang-bayang wajah ibunya yang sudah uzur di Jelebu dan entah mengapa hatinya meronta-ronta ingin pulang melihat ibunya, bagaikan dipukau dia pulang ke Jelebu sehelai sepinggang berkaki ayam, berhari-hari beliau berjalan meredah hutan dan gunung untuk pulang ke Jelebu dan pabila beliau sampai kerumah ibunya ditangannya masih lagi tergenggam erat 3 helai tangkai padi yang dituainya di Pahang …. Begitu daulatnya darah orang Jelebu satu ketika dahulu…maka sempena pertemuaan ibu dan anak itu terciptalah pantun tersebut untuk menjadi pendoman bagi anak lelaki jelebu yang ingin berkahwin.
+ Moral of the story = kalau dah kawin dengan orang jelebu sendiri mahu ingat lah ...
:: Kisah II ::

Kisah ini diceritakan oleh nenek saya kepada saya … entah mengapa nenek saya menceritakan kepada saya (semasa itu saya masih kecil lagi, kira-kira umar saya hanya 11 atau 12 tahun) …mungkin dia dapat merasakan yang saya akan bertemu jodoh dengan orang Jelebu…

Dikatakan ada sepasang kekasih sedang kemaruk dilamun cinta …akan tetapi seperti biasa, cinta mereka terhalang dek darjat … gadis tersebut berketurunan undang di derah kuala pilah dan lelaki nya pula adalah orang biasa dari dearah Jelebu. Setelah pinangan lelaki tersebut di tolak, kerabat gadis tersebut pun mengawinkan gadis itu dengan lelaki pilihan keluarga … Tetapi seperti biasa … orang Jelebu memang terkenal dek ilmunya … semasa malam berinai kekasihnya telah datang kerumah gadis tersebut (bayangkan dengan orang ramai-ramai) dan membawa lari kekasihnya ke jelebu didalam gelungan tikar mengkuang dengan hanya membaca mentera pantun ini… kerabat gadis tersebut tidak sedar kehilangan anak mereka sehingga pasangan tersebut sampai di Jelebu dan mereka diijab-kabulkan barulah keluarga di Pilah menyedari kehilangan anak gadis mereka... dan mungkin dek mabuk cinta, gadis tersebut rela hati “Buang emak Buang sedara, Kerana Kasih hamba turutkan….” Itu pasal ada orang tua-tua mengelarkan Tanah Jelebu adalah tanah tempat orang buangan ….

+ Moral of the story = Agak nya lelaki Jelebu memang cun bangat dan powerrrrr kot … heheheheheheheheh macam abang kita ….

Monday, April 11, 2005

AHAD YANG TIADA HENTINYA

::Kuasa Alam::

Adik dari Port Dickson telephone … banyak timun laut muncul di sana… dia risau takut kena Tsunami berulang… saya suruh dia bawa bersabar … kata saya Tsunami tak mungkin muncul cuma takut tanah mendap atau banjir kilat itu saja …(Selat Melaka tak seluas lautan Hindi).

Pagi Ahad suami menghantar keluarganya pulang ke Jelebu…. Rumah ibu mertua terkena tempias banjir lumpur… habis anak ayam mati direban, habis bilik airnya disalut lumpur, habis batang pokok durian berendam lumpur (rosok lah putik durian) … tapi ibu lebih bernasib baik … jiran di hulu habis tilam dan bantal dibawa air…..dan kata saya kepada suami …sama ada bumi bergerak tanpa kita sedari atau pembalakan tidak terkalau dihujung hulu sungai ….

Baby seriau sehariannya … ketakutan … entah mengapa … terketar-ketar badan nya … saya ingat kan dia merajuk kerana kami lebih kan si-kuning yang tertapa dirumah selama seminggu …. Saya pujuk Baby tapi dia masih ketakutan … dia tak mahu makan atau pun minum … dan duduk dibawah katil.

Malam tadi …menonton berita … rupanya bumi bergoncang lagi, alunan nya dapat dirasa dari cheras hingga ke singapura … ini adalah gempa yg ke-3 ….entah bila semuanya akan berakhir.. apa firasat saya yg hina ini … Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya tidak akan terkena tempias Tsunami tetapi kemungkinan besar kita akan merasakan banjir besar dan tanah mendap….. jadi apakah bersediaan kita??? Sudah kah kita bersedia menghadapi acaman alam?

::Ladies Days::

Dah lama aku tak berjalan-jalan bersama mama dan renee … maklumlah semuanya sibuk bangat…. Oleh kerana diawal pagi suami menjalankan tanggungjawap sebagai seorang anak - menghantar emak, abah, along dan si-kuning pulang kekampung dan aku mengambil keputusan utk window shopping. Kali ini aku bawa sam dan ita sekali …maka terjadilah “ladies days”…. Mula-mula pi kerumah Renee utk bersarapan … kemudian terus ke Alpa Angle … kami orang pertama yang menunggu didepan pintu …huhuuuu jalan jalan dan pusing pusing ...seperti biasa kami ke household department … aku pun membeli beberapa keping “bedsheet” … dah 7 tahun tak tukar dan kali ini aku pilih kain kapas berwarna putih… memang telah menjadi tema rumah ku … semuanya putih … kemudian kami ke bahagian wanita … renee, ita dan sam memborong pakaian dalam murah murah …. Sudah membeli kami ke giant di taman permata pula … kerana perut sudah berbunyi … kami pun ke food court …makan dan makan sambil bercerita-cerita ... dan akhirnya kami ke bahagian pasar … membeli belah utk barangan dapur … tengah sibuk membeli belah … tiba-tiba telepohe berbunyi …ha ha ha ha suami sudah sampai ke rumah …. Dia terkejut kami tidak ada dirumah … hahahahhhahah ya para isteri semua sedang menghabiskan wang para suami …. Kesihaannnnn…maka terpaksalah kami menamatkan sesi ladies days utk minggu ini …. Mungkin bulan depan boleh buat lagi …. Dan balik ….huahhhhhhhhhhh den kena masak …laki tak makan lagi …. Kenapalah dia tak beli je nasi campur … geram betullah …

Wednesday, April 06, 2005

MENGAJAR DAN BELAJAR

::guru sambilan ::

sekarang aku dah jadi cigku separuh masa …. Dah hampir 2 bulan aku mengajar … dimalam hari … mulanya aku takut jugak nak ajar anak orang … mana lah tahu nanti makin bodoh lak anak orang tu …tapi emak dia dok pujuk aku “Tolong lah Lela, tak de guru disini… yang lain tu ramai sangat anak murid nyer” Lama-lama aku pun terkesihan …. Sebenarnya malu malu kucing … oklah kita bagi syarat … cakap dengan mak dia .. “Oklah kita cubalah jadi cikgu for 1 month (trail lah nie), kalau u suka cari I ajar anak u …kita sambung ..kalau tak u can terminate me” dan syukurlah mak dia suka … dan aku ajar anak dia macam ajar anak sendiri ….huhuuuuuuuu….dah rezeki bertambah murah …dari seorang sekarang dah 3 orang … bertambah lah rezeki … dan yang paling manis … 3 minggu ajar anak, sudah ada peningkatan …kalau dulu si Rubin dapat 80 for his Maths, 73 for his BM and 75 his Sains … periksa hari tu dia dapek 95 Maths, 85 BM dan 80 Sains … leganya aku dan si Norman lak from 35 naik 45 for his Maths dalam masa 2 minggu aku ajar dia. (huhuuuu masa aku sekolah rendah tak pernah dapat markah macam nie…).

Sebenarnya aku bersyukur pada Ilahi kerana dia lah yg membuka pintu rezeki …memang dah hampir 6 bulan aku dok cari keje part-time dapek jadi juru jual kat pasaraya ke or keje mc’d ke aku tak kisah asalkan halal sebab nak kumpul duit sikit-sikit … almaklumlah …gaji tak naik … tapi barang keperluaan yang lain semuanya naik mencanank-canak … huhuhuuuuu at least kalau aku cari part-time dapat lah membantu sikit or dapat lah aku menabung ke… last last sayang jugak Allah kat aku … dia bagi duit tak yah aku keluar rumah … tak yah berdiri lama-lama … tak yah tambang bas … tak yah balik malam … dia bagi duit masuk rumah ku sendiri … satu sen pun modal tak keluar … syukurrrrr lah …

Bila dah sebulan dua mengajar nie … rasa seronok lah pulak … kalau ada duit nak je aku masuk kelas buat coz “children eduction” mana tahu kalau ada benda nie boleh bukak taska lah pulak … tapi … tulah model tak cukup … kenapalah laki ku bukan tokei balak … tapi kan kalaulah laki aku tokei balak , nak ke aku kerja pulak …mmmmm… macam mana pun …aku mesti ambik kelas Britih Konsult …mantapkan English ku …. Huhuuuuuu …duit lagi … tak pelah mungkin ini pelaburan masa depan …

::Bezanya pelajar bumi dan non bumi::


Buat masa nie aku tak boleh bagi pandangan apa bezanya pelajar wanita dan lelaki …. Tetapi jurang perbezaan pelajar bumi dan none bumi …. Amatlah ketara … aku ada seorang pelajar berbangsa Sikh dan seorang lagi 2 pelajar Melayu … pelajar Sikh ini … cekap gilos , datang ke kelas dah tip top … dia datang ke kelas ku hanya untuk memantapkan apa yg tidak difahami disekolah … mak dia beli berbagai buku latihan untuk prakits perbagai soalan … datang dengan keadaan yang kemas dan segak … sifir tip top … sampai aku yg teragak-agak … soalan yg tidak dapat penjelasaan dari guru … akan di tanya kepada ku (macam nak pecah kepala jugak )…. Senang dan mudah …. Ibu nya pula tidak kedekut … buku rujukan semua cukup … tidak lokek duit untuk eduction anaknya ialah pelaburan masa hadapan…dia kata …u letak je berapa harga … I will pay … tapi aku yg takut ..takut tak leh deliver dan walaupun beliau baru darjah 5 tetapi berita jam 8 adalah totonan harian, UTUSAN dan NST adalah bacaan wajib setiap hari… hebat bukan …. TETAPI pelajar bumi … sungguh menyedihkan … datang ke kelas ku dengan muka yang letih … (tak cukup zat ke apa …entah lah ) sifir 6 pun tak lancar … aku terpaksa mengajar satu persatu …suap ke dalam mulutnya … buku latihan tak cukup … tapi mengenangkan anak bangsa sendiri …aku sendiri kekedai buku membeli beberapa buku rujukan untuk mereka, mak dia tak tanya pun berapa harganya …. Huhuuuuu .. Bahan bacaan di rumah sangat kurang … yang ada dirumah cumalah buku teks … dia juga tidak gemar menonton Berita, tidak gemar membaca surat khabar atau mengsurf internat …. Bila aku bagi buku bacaan ku -buku cerita kanak-kanak … emaknya boleh tanya kat aku macam nie : “Lela, u bagi buku ni freee ke kat Norman ?” dan aku tersenyum … “Tak, buku tu kita nak balik sebab nanti BABY (anak kucing ku) nak baca jugak ” hehehehe

PENATNYA

entah mengapa seminggu dua nie badan ku lesu …. Tak de mood …. Dan mudah benar aku kepenatan … dan untuk first timenya…aku minum air kacip fatimah …. Takut jugak kong dalam minggu nie….dan minggu nie aku bussyyyy bangat … kerana family suami datang kerumah … mereka menumpang dirumah sebab bawa bapa berubat dikl… semalam aku sengaja ambil cuti nak bawa mereka pi jalan-jalan ronda kawasan melawati nie …tanya mak mertua nak jalan pi mana …dia diam je …lepas tu aku pun bagi cadangan …ajak gi naik lrt sebab dia tak pernah naik lrt …. suka benar dia … aku pun happie tengok dia suka …. Ialah besok kalau orang dok cakap macam mana rasa naik lrt … dia tak lah ternganga je ….so dari rumah kami naik teksi … ke lrt putra setiawangsa … beli ticket …saja suruh mak mertua yg beli … biar dia rasa macam mana beli ticket … seronok betul dia masa naik lrt macam kanak-kanak rebena…. Lepas tu kita orang turun kat wangsa maju …pi jaya jasco …. Ronda-ronda tapi tak de apa yg menarik …mak kata dia nak beli kasut …tapi tak de sales …last last tersangkut kat hand-bag department…tengok punya tengok… mak beli satu dan aku akhirnya tercair lah jugak….lepas tu dia nak beli kain ela tapi kat jaya nie tak jual kain ela …aku pun bawa lah dia ke giant taman permata ….kat tingkat atas tu …pi tengok kain ela yang murah murah (murah gilerrrrrrr – 4 meter 10hinggit je….) apa lagi mak mertua ku shopping sakan lah, membelek dan akhirnya mereka beli 5 keping kain …. Seronok betul muka mak mertua aku macam baru dapat hadiah hari jadi … hehehehehe lepas tu kami turun ke Food court …biasalah setelah penat berjalan …haus tekak nie tuhan je lah yang tahu …. Aku belanja mereka ABC …heheheheheh…. Lepas tu kami beli berjenis-jenis roti ..utk abah di rumah (bodek lah nie …takut nanti abah marah kenapa balik lambat ….hehehehe) balik ke rumah …senyum mak sampai ketelinga…. Malam tadi dia tidur cepat …katanya penat bershopping …huhuuuu ….siap dia suruh aku ambil cuti jumaat nie … ajak pi KLCC lah pulak ….huhuuuuuuuu … btw aku pun happie jugak sebab …dapat mengembirakan hati mereka … itu je yg termampu aku lakukakn …. Heheheheheeheh

semenjak mak mertua aku ada di rumah nie …. Masak macam kenduri … ialah 6 org kat rumah … sabtu dan ahad nie bertambah busy lah aku … ya lah sedara mara semua datang melawat …. Huhuuuu tak pe lah bukan selalu pun mereka datang ke rumah kan kan kan …. Hehehhehehehe….. menu hari nie … mmmmm labu masak lemok putih & daun kunyit ….lawannya … sambal ikan bilis & ayam goreng … boleh??? Besok macam nak buek rendang daging je …. Jumaat …daging salai masak lomak cili padi…. Sabtu ikan keli masak lomak lagi lahhhhhhhh….huhuuuuuu ....

Friday, April 01, 2005

APA YANG PERLU LAKUKAN JIKA....

+ GEMBA BUMI BERLAKU [BACA]

+ TSUNAMI BERLAKU [BACA]

+ FAMILY DISASTER SUPPLIES KIT [LOOK]

sebenarnya lebih banyak lagi gemba akan berlaku dalam tempoh setahun dua nie ... ada kah kita telah bersedia menghadapi segala kemungkinan ... jangan letak semua nya kepada takdir ..kerana Allah telah memberi amaran awal...bermakna Allah menyuruh kita untuk bersedia ... seperti persediaan Nabi Noh menghadapi banjir besar, seperti Nabi Yusuf menghadapi kemarau... Allah tidak suka kita hanya berserah kepada Qada dan Qadarr.... kerana kita boleh menukar Qada dan Qadarrr kita jika kita berusaha .... dan rasa saya ...bila gempa berlaku ... tanah melayu terutama di belah kita tidak akan kena Tsunami macam di Acheh tetapi lebih kepada tanah mendap atau tanah runtuh atau bangunan rentak....

+ Gempa : PM Nasihat berhati-hati
+ Polar Gempa susulan di Nusantara
+ Tsumani susulan
+ Pakar : Gempa susulan yg kuat akan berlaku ??