Tuesday, April 12, 2005

PANTUN JELEBU

Ke Jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga tangkai
Kalau dah kena kemat Jelebu
Kalau tak mati badan mengasai

:: Kisah I ::
ini pantun cop mohor untuk warga jati Jelebu. Kalau orang luar dengar anak jelebu menalunkan pantun ini dihadapan mereka , pasti apabila pulang ke-rumah kena berlimau. Saya tanya ibu mertua saya mengapa pantun ini ditakuti dan kenapa ianya diciptakan dan rupanya ada kisah disebalik terciptanya pantun 4 kerat ini.

Dikatakan dizaman dahulukala, orang Jelebu memang terkenal dengan berbagai ilmu kebatinan. Pada zaman dahulukala (hahahha lela dah jadi panglipurlara lah nie ) seorang lelaki muda telah berkahwin dan pergilah ia mengikut isterinya ke Pahang (kan lelaki Minang ke ikut ke rumah isterinya) akan tetapi beliau telah melupakan ibunya yang tua diJelebu. Bertahun-tahun ibunya menunggu khabar berita tentang anak kesayangannya, entah kan sudah mati ditelan harimau di hutan pahang atau sakit kah dia atau dijerakah oleh kerabat si-isterinya dan kerana teramat rindu, ibunya pun jatuh sakit, terlantar berminggu-minggu dan asyik menyebut nama anak lelakinya. Oleh kerana terlalu marah dengan sikap lelaki tersebut, Buapak ibunya nya yang dimemang terkenal dengan ilmu kebatinan di Jelebu pun menyeru lelaki yang tidak mengenang budi ...kerana sikapnya seperti si-Tanggang durjana. Dengan hanya membaca mentera kepada bunga lalang dan kemudiannya di anginkan ditengah sawah menghala ke Pahang untuk menyeru lelaki tersebut pulang keJelebu.

Dengan izin Allah, ketika mentera dibaca dan dianginkan, lelaki tersebut sedang menuai padi huma di Gunung Pahang dan serta merta teringatlah ia pada kampung halamanya yang indah lagi permai dan terbayang-bayang wajah ibunya yang sudah uzur di Jelebu dan entah mengapa hatinya meronta-ronta ingin pulang melihat ibunya, bagaikan dipukau dia pulang ke Jelebu sehelai sepinggang berkaki ayam, berhari-hari beliau berjalan meredah hutan dan gunung untuk pulang ke Jelebu dan pabila beliau sampai kerumah ibunya ditangannya masih lagi tergenggam erat 3 helai tangkai padi yang dituainya di Pahang …. Begitu daulatnya darah orang Jelebu satu ketika dahulu…maka sempena pertemuaan ibu dan anak itu terciptalah pantun tersebut untuk menjadi pendoman bagi anak lelaki jelebu yang ingin berkahwin.
+ Moral of the story = kalau dah kawin dengan orang jelebu sendiri mahu ingat lah ...
:: Kisah II ::

Kisah ini diceritakan oleh nenek saya kepada saya … entah mengapa nenek saya menceritakan kepada saya (semasa itu saya masih kecil lagi, kira-kira umar saya hanya 11 atau 12 tahun) …mungkin dia dapat merasakan yang saya akan bertemu jodoh dengan orang Jelebu…

Dikatakan ada sepasang kekasih sedang kemaruk dilamun cinta …akan tetapi seperti biasa, cinta mereka terhalang dek darjat … gadis tersebut berketurunan undang di derah kuala pilah dan lelaki nya pula adalah orang biasa dari dearah Jelebu. Setelah pinangan lelaki tersebut di tolak, kerabat gadis tersebut pun mengawinkan gadis itu dengan lelaki pilihan keluarga … Tetapi seperti biasa … orang Jelebu memang terkenal dek ilmunya … semasa malam berinai kekasihnya telah datang kerumah gadis tersebut (bayangkan dengan orang ramai-ramai) dan membawa lari kekasihnya ke jelebu didalam gelungan tikar mengkuang dengan hanya membaca mentera pantun ini… kerabat gadis tersebut tidak sedar kehilangan anak mereka sehingga pasangan tersebut sampai di Jelebu dan mereka diijab-kabulkan barulah keluarga di Pilah menyedari kehilangan anak gadis mereka... dan mungkin dek mabuk cinta, gadis tersebut rela hati “Buang emak Buang sedara, Kerana Kasih hamba turutkan….” Itu pasal ada orang tua-tua mengelarkan Tanah Jelebu adalah tanah tempat orang buangan ….

+ Moral of the story = Agak nya lelaki Jelebu memang cun bangat dan powerrrrr kot … heheheheheheheheh macam abang kita ….

No comments: