Hidup perlu di teruskan walaupun apa yang datang menimpa dan kita perlu menjadi ihsan yang tegar dalam apa jua keadaan. Kejayaan adalah pendorong untuk maju ke hadapan dan kegagalan adalah petua yang patut di simpan untuk menjadi pedoman di hari mendatang.
Tuanya saya kerana pengalaman. Pengalaman telah menjadikan saya dewasa. Jika ingin menceritakan kisah duka saya, terlalu banyak tetapi saya masih tegar meneruskan hidup yang mendatang. Saya tidak dilahirkan di dulang emas, semuanya perlu dicari sendiri… tidak seperti rakan-rakan atau sedara mara saya yang sebaya… rumah, kereta, duit, pelajaran semuanya sudah diatur rapi oleh ibu-bapa mereka sampaikan anak pun dibela oleh emak mereka… setelah bernikah saya keluar rumah bersama suami sehelai sepinggan tetapi saya bersyukur dengan pengalaman itu jika tidak sehingga kini saya masih ditakuk yang sama.
Masih segar lagi diingatan bagaimana saya hanya bekerja di Mc’D kira kira 15 tahun yang lalu, membasuh tandas dan lantai mencari RM yang tidak seberapa menyekolahkan adik yang tidak berbapa sehingga kemenara gading. Belajar kelas malam hanya berbekalkan gaji RM450 sebulan. Naik bas turun bas berbekalkan hanya 2 ringgit setiap hari. Tetapi saya tidak mudah mengalah selepas habis belajar malam saya mencari kerja sebagai kerani am … merangak seorang diri … belajar berjalan tanpa dipimpin… jatuh dan bangun sendirian …. Dan setelah 15 tahun sendirian tanpa bertongkat dari sesiapa saya bersyukur yang kini saya telah berdiri tegak mengapai awan… tengohnya pokok kerana akar, kuatnya akar kerana angin … Tegaknya saya ketika ini adalah kerana dugaan dan rintangan kehidupan …
Ketika melawat arwah pakcik saya di Melaka, Ahad yang lalu… terasa ianya semacam hari Keluarga bagi saya, semuanya berkumpul… melihatkan wajah-wajah mereka saya menjadi insaf. Yang muda sudah kelihatan tua, yang kaya sudah menjadi miskin, yang sihat sudah sakit, yang tegak sudah berpapah dah berbagai lagi… tetapi saya masih kelihatan muda remaja (perasaan lah nie) tapi yang pasti setelah 5 tahun saya menjauhkan diri dari mereka, wajah-wajah mereka sudah terlalu asing bagi saya, … saya sudah tidak mengenali mereka … betulah kata suami saya … saya sudah terbuang terlalu jauh … sehinggakan saya tidak mengenali darah daging saya sendiri… sedih bukan… Akan tetapi lifes have to goes on …. Saya akan melangkah kehadapan dengan apa jua rintangan… kerana Allah dan Muhammad tetap bersama saya sehingga kehujung nyawa… itu janji saya…

No comments:
Post a Comment