Monday, April 18, 2005

AL-FAHTIAH

Bunga-bunga kemboja menghiasi pusara mu
Tinggalah dunia , isteri, anak dan hartamu
Kau sudah dialam kubur menanti alam yang kekal abadi

Selamatlah wahai hamba
Semoga dicurahkan kerahmataan
Di atas mu

Semalam (Ahad) seorang lagi dari keluarga terdekat telah pergi meninggalkan kami. Dia telah pergi ke alam yg kekal, adik kepada arwah bapa saya yang hanya berumur 42 tahun (terlalu singkat hidupnya), menghembuskan nafas yang terakhir ketika beliau bermain bola di padang bersama rakan-rakan, jatuh pengsan dan terus tidak bernafas dan beliau meninggalkan seorang balu bersama 6 cahaya mata, yang tua cuma baru berumur 15 tahun.

Entah mengapa dua tiga hari sebelum kejadiaan tersebut hati saya tak keruan, semua kerja bagaikan tidak jadi. Saya mimpikan arwah ayah dan nenda dan kerana itu saya bersedekah ke masjid tetapi rupanya itu satu petanda. Entah mengapa berat betul hati saya untuk mengikut suami pulang ke Jelebu (selalunya kami tidak pernah berenggang). Dan alasan kepada sumai saya terlalu penat dan saya ingin santaikan diri saya … dan kepada ibu mertua dikampung, saya ada kerja yang perlu dibereskan dan masin betul mulut saya ini kerna memang betul saya ada kerja yang perlu dilakukan, pergi melawat pakcik yang telah menemuai sang pencitpa…

~@~~<~~
Setelah selesai semuanya, saya pergi berjumpa makcik dan anak-anaknya. Beliau masih bersedih, mata nya bengkak dek menangis tanpa henti ketika saya bersalaman dipeluknya erat tubuh saya. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan cuma saya usap mesra rambut nya dan tiba tiba anak-anaknya datang memeluk saya. Setelah seharian saya cuba tidak menumpahkan air mata akhirnya saya tertewas. Tertumpah jua butir-butir mutiara didalam dakapan mereka sekeluarga dan ketika kami beresakan, makcik melafaskan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang islam .. katanya kepada saya “LELA PAKCIK KO DAH TAK DE, MAKCIK DAH TAK DE TEMPAT BERGANTUNG HARAP, BERGANTUNG KASIH …. ANAK-ANAK MAKCIK DAH TAK DE AYAH ” saya terkejut, mengucap pajang saya didalam hati dan tapi secara lembut saya katakan ini kepada nya … “makcik kita masih ada ALLAH untuk bergantung hidup dan tempat untuk mengadu harap, segala yang terjadi ada kebaikannya. Percayalah dan bergantunglah kepada Allah 100% makcik, pasti segalanya akan selamat. Makcik lihatlah pada saya ini, walaupun tidak punya sesiap tetapi saya masih dapat menghirup udara ini dengan penuh kenikmatan. Sabarlah …” dan kepada anak-anaknya pesanan saya cuma satu... "bersyukur apa yang ada walaupun kamu tidak punya ayah untuk bergantung kasih tapi ibu masih bekerja, kamu punya tanah yang berekar dan punya rumah banglo yang sangat selesa, bersyukur kerana ada anak yatim yang tidak punya apa-apa didunia ini." Dan syukurlah kata-kata saya tadi telah menyedarkan mereka…betapa bertuahnya mereka sebenarnya. sebelum pulang kekuala lumpur .... mata mereka sudah punya sinar untuk meneruskan kehidupan dibumi allah ini ... dengan izin nyer jua ....
Nota
Sekali lagi saya telah menunjukkan kepada keluarga saya bahawa TUA BUKAN PADA UMUR TETAPI TUA PADA PETUA .....

No comments: