Wednesday, April 06, 2005

MENGAJAR DAN BELAJAR

::guru sambilan ::

sekarang aku dah jadi cigku separuh masa …. Dah hampir 2 bulan aku mengajar … dimalam hari … mulanya aku takut jugak nak ajar anak orang … mana lah tahu nanti makin bodoh lak anak orang tu …tapi emak dia dok pujuk aku “Tolong lah Lela, tak de guru disini… yang lain tu ramai sangat anak murid nyer” Lama-lama aku pun terkesihan …. Sebenarnya malu malu kucing … oklah kita bagi syarat … cakap dengan mak dia .. “Oklah kita cubalah jadi cikgu for 1 month (trail lah nie), kalau u suka cari I ajar anak u …kita sambung ..kalau tak u can terminate me” dan syukurlah mak dia suka … dan aku ajar anak dia macam ajar anak sendiri ….huhuuuuuuuu….dah rezeki bertambah murah …dari seorang sekarang dah 3 orang … bertambah lah rezeki … dan yang paling manis … 3 minggu ajar anak, sudah ada peningkatan …kalau dulu si Rubin dapat 80 for his Maths, 73 for his BM and 75 his Sains … periksa hari tu dia dapek 95 Maths, 85 BM dan 80 Sains … leganya aku dan si Norman lak from 35 naik 45 for his Maths dalam masa 2 minggu aku ajar dia. (huhuuuu masa aku sekolah rendah tak pernah dapat markah macam nie…).

Sebenarnya aku bersyukur pada Ilahi kerana dia lah yg membuka pintu rezeki …memang dah hampir 6 bulan aku dok cari keje part-time dapek jadi juru jual kat pasaraya ke or keje mc’d ke aku tak kisah asalkan halal sebab nak kumpul duit sikit-sikit … almaklumlah …gaji tak naik … tapi barang keperluaan yang lain semuanya naik mencanank-canak … huhuhuuuuu at least kalau aku cari part-time dapat lah membantu sikit or dapat lah aku menabung ke… last last sayang jugak Allah kat aku … dia bagi duit tak yah aku keluar rumah … tak yah berdiri lama-lama … tak yah tambang bas … tak yah balik malam … dia bagi duit masuk rumah ku sendiri … satu sen pun modal tak keluar … syukurrrrr lah …

Bila dah sebulan dua mengajar nie … rasa seronok lah pulak … kalau ada duit nak je aku masuk kelas buat coz “children eduction” mana tahu kalau ada benda nie boleh bukak taska lah pulak … tapi … tulah model tak cukup … kenapalah laki ku bukan tokei balak … tapi kan kalaulah laki aku tokei balak , nak ke aku kerja pulak …mmmmm… macam mana pun …aku mesti ambik kelas Britih Konsult …mantapkan English ku …. Huhuuuuuu …duit lagi … tak pelah mungkin ini pelaburan masa depan …

::Bezanya pelajar bumi dan non bumi::


Buat masa nie aku tak boleh bagi pandangan apa bezanya pelajar wanita dan lelaki …. Tetapi jurang perbezaan pelajar bumi dan none bumi …. Amatlah ketara … aku ada seorang pelajar berbangsa Sikh dan seorang lagi 2 pelajar Melayu … pelajar Sikh ini … cekap gilos , datang ke kelas dah tip top … dia datang ke kelas ku hanya untuk memantapkan apa yg tidak difahami disekolah … mak dia beli berbagai buku latihan untuk prakits perbagai soalan … datang dengan keadaan yang kemas dan segak … sifir tip top … sampai aku yg teragak-agak … soalan yg tidak dapat penjelasaan dari guru … akan di tanya kepada ku (macam nak pecah kepala jugak )…. Senang dan mudah …. Ibu nya pula tidak kedekut … buku rujukan semua cukup … tidak lokek duit untuk eduction anaknya ialah pelaburan masa hadapan…dia kata …u letak je berapa harga … I will pay … tapi aku yg takut ..takut tak leh deliver dan walaupun beliau baru darjah 5 tetapi berita jam 8 adalah totonan harian, UTUSAN dan NST adalah bacaan wajib setiap hari… hebat bukan …. TETAPI pelajar bumi … sungguh menyedihkan … datang ke kelas ku dengan muka yang letih … (tak cukup zat ke apa …entah lah ) sifir 6 pun tak lancar … aku terpaksa mengajar satu persatu …suap ke dalam mulutnya … buku latihan tak cukup … tapi mengenangkan anak bangsa sendiri …aku sendiri kekedai buku membeli beberapa buku rujukan untuk mereka, mak dia tak tanya pun berapa harganya …. Huhuuuuu .. Bahan bacaan di rumah sangat kurang … yang ada dirumah cumalah buku teks … dia juga tidak gemar menonton Berita, tidak gemar membaca surat khabar atau mengsurf internat …. Bila aku bagi buku bacaan ku -buku cerita kanak-kanak … emaknya boleh tanya kat aku macam nie : “Lela, u bagi buku ni freee ke kat Norman ?” dan aku tersenyum … “Tak, buku tu kita nak balik sebab nanti BABY (anak kucing ku) nak baca jugak ” hehehehe

No comments: