KAD RAYA DARI PUTERI AURORA!!!
Semalam saya berbuka bersama-sama rakan rakan dari group kelab artakusia di seremban. Bestlah jugak jumpa rakan rakan dan keluarga mereka tapi jauh bebenar ... lepas makan makan di kedai fish & chips ... pi pulak ke istana aurora... cerita punya cerita jam dah ke pukul 11 malam... kelang kelibut lah ... cinderalla perlu sampai di rumah sebelum pukul 12.00 malam kalau tak muka jadi buruk ... hehehehehhehe. Wah bangsa Aurora begitu bersemangat berbuka .. semuanya dok makan fish and chip mungkin kerana mereka nie orang gunung so sumber protien mereka adalah dari ikan... tak seperti lela ...saya dok tala kambing ... raja aurora siap menjeling kehairanan melihat lela melapah dan memotong seekor kambing untuk berbuka ... very the babarian gitu ... huhuuhuuu...
Saya sampai ke rumah pukul satu pagi ... tiba tiba suami bagi kad ... wahhhh kad raya dari Adibah Noor ... mmmm baru lah lela teringat yang lela terlupa nak beli kad untuk family dan rakan rakan terdekat... mmmmm tahun ini betul betul busy nampaknya sampai boleh terlupa nak membeli kad :( ... isnin nie lela perlu mencari kad raya untuk membalas kad kad peminat (hahahhahahahah~!!!!!) sebenarnya lela lebih suka memberi kad dari kertas dan mengeposnya ... kurang berminat untuk menghantar kad secara maya ... ya mungkin lela ini old books kot ... lebih selesa dan rasa ada sentimental value lah pulakkan ... hehehheheheh.. selalunya kad kad yang akan diedarkan kepada adik beradik dan saudara terdekat ... kawan kawan yang dah lama tak jumpa ... lela jarang bagi kawan kawan office mungkin sebab selalu jumpa ... untuk kawan kawan office selalunya lela bagi melalui ucapan ringkas di e-mail je ....
minggu nie lela ada 3 jemputan berbuka ... rabu, khamis dan jumaat, habis lah sembahyang terawih lela ... huhuuuu harap harap minggu nie jelah lepas tu tak de lah jemputan lagi ... dah tak larat rasanya ... kadang kala lela rasa bulan bulan puasa nie macam nak duduk dalam hutan pun ada ... nak bersendirian menyendiri ... kadang kala bila bulan puasa nie lagi sibuk dengan atur cara.. kalau di indonesia pelacur pun bercuti berniaga untuk menghormati bulan ramadaan nie tapi kita di sini macam terbalik lah pulak ... bulan nie lah kita beria ia berniaga, pesta makan makan dan berbagai lagi ... macam lah tak de bulan lain kita nak berjumpa rakan rakan ... atau membuat kuih atau membersih kan rumah atau berniaga mencari keuntungan ... hehehheheheh
well nampaknya lela dah tersasar dari tajuk hehehehehehhe... bagaimana persiapan hari raya tahun nie? bagi lela buat yang simple simple je ... tahun nie lela pulang ke rumah suami tapi dia balik dulu ... lela tak ambil cuti pun ... jumaat petang tu balik ( so tak yah lah teruk teruk nak kena membanting tulang buek rendang berbagai ... ) selasa dah keje ... tak ambil cuti pun mungkin ... sebab malas nak ambil cuti lelama ... baik cuti tu lela simpan untuk diri sendiri (wahhhh sungguh mementing kan diri sendiri ya!!!).
ya lagi satu ... monday nie lela ada in house interview - naik pangkat ... semoga berjaya ... doa kan kita ya!!! amin