Ramadan muncul kembali... tapi tahun nie rasa nyer tak seperti tahun tahun biasa ... Tahun nie tok tak ada dengan lela... dia ingin bersendirian di puncak gunung. Berkalhwat bersama Sang Pencipta mungkin. Tahun nie memang lela dan suami je menyambut ramadaan, sedih lah jugak . Kalau masa kecik-kecik masa berbuka penuh berhimpit himpit, meja pun tak cukup, siap bersila kat ruang tamu. Makan pun berebut sebab rama tapi sekarang nie kami berdua je. masak sejenis lauk sejenis kuih pun tak habis sampai ke sahur.
Kalau tahun tahun sebelum nya lela akan buat acar buah bagi kat jiran dan keluarga terdekat tapi nampaknyer tahun nie memang tak sempat. Nak kekedai buah lambak pun tak dapat apatah lagi nak memasaknyer. Kuih raya mungkin kuih tujuk je lah, memang tahun nie lela rasa betul betul tak cukup masa dan tangan manakan tidak semua kena uruskan sendiri. Kalau tak keje tak pulak ada RMnya kan? Cuma tahun nie Lela ambil 2 hari cuti tahun, saja nak lepak di rumah sempena bulan yang mulia nie. Nak masak untuk cik abang saya.
Hari terakhir di office, lela distribute acar buah ( nak bagi kurma seorang sekotak macam tak mampu je ) kepada kakak cleaner, pakcik security dan abang despatch. Nak bagi kat semua tak larat lah ... gaji lela bukannyer 5 angka ... cuma lela bagi kat general workers je lah. Malamnyer pulak lela distribute Teh, Gula dan Susu kat pakcik-pakcik security dan adik cleaner di perumahan Lela. Dapat lah tampung kos berbuka, at least tak yah lah mereka nak beli air.
Azam Lela dibulan Ramadan tahun nie , lela nak cuba pergi sembahyang Terwaih - kalau larat nak buat selama sebulan tapi entahlah ... kita tengok dan lihat je lah ... heheheheeh Lela nie pun kekadang hangat hangat taik ayam lah jugak, tengah cuti boleh lah nanti dah start keje balik entah lah macam mana. Lela tanya suami " malam nanti sahur nak makan apa.. Nak nasi ke, nak goreng goreng ke" Dia kata .. "Kita nak makan roti dan tuna, kurma dan susu" Lega lah, senang je tu ... masa nak tido suruh suami setkan loceng ... lela pun tido, tido mati. Entah kenapa nyenyak betul tido malam tadi, sampai boleh termimpikan arwah emak dan ayah. Hilang sikit rasa sedih, sayang jugak rupanya mereka kat Lela sanggup datang menjenguk dibulan yang mulia nie atau mungkin mereka tahu anak gadis nyer sendirian ketika ini. Tup- tup dengar dengar azan subuh. Suami terkejut dan lela lagi lah terus sambung berdengkur ... sebab lela memang dari kecik tak pernah bangun sahur tapi rasa bersalah lah jugak sebab tak dapat buat kan suami sahur.
Suami kerja lela cuti !!! bestnyer !! bangun lewat ... kemas rumah basuh baju ... keluar kan daging dari peti ais ... menu hari nie rendang daging dan karipap pusing ... berpeluh lah jugak .. ialah buat seorang diri kan ... tapi bila rendang sudah mendidih berbau satu rumah (satu blok sebenarnya) ... terasa lah kemeriahan berpuasa ... terasa macam kat kampung dengan keluarga ... tiba-tiba jiran diatas siap mengoder "Lela u masak rendang ke , satu piring untuk kita ya!!!" hahahahhah ...
Untuk hari pertama ini kami tak ke pasar juadah, cuma lela pesan suami belikan air kelapa 2 hinggit. Menu berbuka : Nasi, rendang daging, sambal tempoyak, ayam goren, petai rebus, karipap pusing dan kurma dan jiran bagi mee goreng. Cukup lah untuk berdua kan? Berbuka lela makan macam orang tak jumpa nasi setahun ... suami tanya "u ke makan atau jin u yang makan nie?" lela buat tak reti je ... dia cuma minum air segelas, kurma 3 biji ... terus pi buat magrhib ... Kemudian kami bersiap siap untuk ke surau ... nasib lah surau dekat je turun lif jalan 50 langkah dah sampai...Ya allah punya lah ramainyer jemaah sampai tak cukup . Imam siap sound "kalau macam nie tiap tiap hari kan bagus ... terutama bila maghrib dan isyak." Betul lah jugak kat imam tu ... kalau hari biasa jemaah tak sampai 10 orang tapi bila terawih beratus orang lah pulak ...huhuuuuuuu
Balik terwaih jam sudah pukul 10 malam ... balik je rumah lela tala makan lagi ... suami dok pandang ... "U nie biar betul, macam budak kecik lah pulak" Lantak lah dia nak kutuk pun lela makan lagi ... heheheheeh. lepas kemas ... kaki dah rasa tak larat - lela rasa terwaih nie macam yoga for 3 hours ... berpeluhnya tuhan saja yang tahu .. sampai keluar peluh jantan ... tak tahulah sebab badan berat ke, orang terlalu ramai ke ... atau jin banyak dalam badan... lepas tu terus terbongkang ... malam tadi suami ajak makan sahur ... lela dah tak larat ... "u makan sendiri lah yang, tidur lebih sedap dari makan"...hehheeheheheheeh 29 days to go!!!
No comments:
Post a Comment