Sunday, September 23, 2007

BERBUKA PUASA

Sedar tak sedar dah 11 hari kita berpuasa. Tahun ini lela kurang berbuka di luar dan membeli di pasar juadah .. mungkin dah tua kot ... lela lebih selesa berbuka dirumah ..masak pun simple simple je ... tak nak membazir ... puasa nie untuk membakar semua lemak lemak yang tak perlu... untuk rehat kan perut dan menahan hawa nafsu ...


Percaya atau tidak (lela pun macam tak percaya..) baru 3 kali lela berbuka di luar. Pertama berbuka di Bangsar di rumah kak long ... ya lah emak dan ayah tak ada ... i think i should give a respect to my kak long kerana dia yang paling tua in the family ... it just like balik kampung for berbuka ... dikelilingi bersama long and abang amir, my niece and newphew make me feel at home. abang amir cook brani - our family recepice ... and it remains me of my parents....


yang kedua nyer saya pulang ke jelebu bersama suami ... berbuka dng emak dan bapanya ... melihat sinar mata kedua orang tuanya menyambut kepulang kami ... kami tahu mereka gembira ... saya beli sekilo daging baru .... masak lomak cili padi ... saya sedekah kan kepada jiran jiran ... bukan orang lain pun .. mak long, wannya dan mak ciknya ... malamnyer kami berjemaah beramai ramai disurau .. damainya malam di kampung membuat saya menyukuri rahmat yang diberikan ... kedinginan malam membuat kami lebih dekat dengan sang pencipta.


ketiganya lela berbuka dengan anak yatim di pondok raudah di jalan gombak batu 14 bersama rakan rakan pejabat.. bila melihat kanak kanak yang tidak mempunyai ibu bapa dan terpaksa berdikari, lela menyukuri nikmat yang telah diberikan kepada lela. Walaupun lela sudah tidak punya kedua ibu bapa ... atleast allah masih sayang kan lela ... dimasa kecil lela dapat merasai hidup berkeluarga .. mempunyai nenek dan atuk ... makcik dan pakcik ,...kakak dan abang ... merasa nikmat berpuasa bersama sama sanak saudara tidak seperti mereka yang terpaksa hidup tanpa memori bersama keluarga ... terima kasih kepada sang pencipta.
adik adik di pandai betul main alat muzik tanpa eletrik...

minggu depan kemungkinan besar lela ikut deebers pi join berbuka bersama anak yatim gak ... so rasanya itu saja aktiviti lela di bulan ramadaan nie ... lela cuma untuk mengurangkan aktiviti di luar ... terutama dah nak akhir akhir ramadaan nie ... cuma satu je yang terkilan di hati ... entah bila lah dapat berbuka bersama tok di puncak banjaran ... sedih jugak .... harap harap doa lela di makbulkan dapat berjumpa dengan tok di bulan puasa nie.

No comments: