kerja kerja meratakan gunung kira kira 20m dari menara lelasari :(
Duta-Ulu Klang Expressway, DUKE,
Apabila manusia tidak lagi tahu tugas tugas mereka ...rakus dan tamak ...maka jangan salahkan bila bumi memberontak...
Tempat yang lela duduki nie juga sudah tidak aman... 5 tahun yang lalu ... kawasan nie sungguh indah dan tenteram... ada gunung ganang ... ada kehijauan ... bila pagi ada kabus, ada bunyi kicauan burung ... kadang kala burung dan tupai singgah di tingkap mengucapkan selamat pagi. Ada kala burung layang layang akan terbang rendah bermain dengan kucing kami. begitu indah kehidupan bersama dengan alam.
akan tetapi sejak projek DUKE fasa ke-2 dilaksanakan ... semuanya sudah bertukar ... kicauan burung dan ungas diganti dengan bunyi jentera ... kehijauan sudah tidak ada lah ... tempat kami bagi kan tempat kauri yang memunggah batu batan ... kabus dingin diganti dengan jerebu yang memsesakkan ... penduduk terganggu dengan bunyi bising akibat kerja memecah batu yang dijalankan. Operasi memecah batu dilakukan hanya kira-kira 10 meter dari pagar kawasan kami dan kerja dijalan kan lebih 12 jam sehari termasuk sabtu dan ahad ...tak kira cuti umum ke tak. Bayangkan dua jentera digunakan secara serentak untuk memecah gunung ganang sehingga pukul 9 malam.
Yang amat mengecewakan apabila penduduk membuat aduan kepada DBKL, dUKE dan UMNO mereka cuma geleng kepala ... kata mereka ini projek kerajaan .. sepatutnya mereka lah yang membantu tapi mereka cuma lepas tangan. Last last dah tak tahan ... cara terakhir adalah memanggil wartawan ... yang pelik .. wartawan datang hari sabtu ... stroy keluar dalam suratkhbar pada hari isnin ... entah macam mana hari ahad contractor telah berhenti kerja. Pelik kan. kadang kala mereka ini tahu cuma bila kita tak bising mereka ambil kesempatan ... terutama mereka tahu orang melayu nie boleh diperkotak-katikkan ... salah kita juga persatuan tak kuat. orang melayu cuma ada UMNO dan Pas ...kita kekurangan NGO. Tak tahulah sampai bila mereka nak stop ..mungkin bila dah sebelum dua nanti start lah balik keje pada hari sabtu dan ahad tak kira malam dan siang ... itulah betapa rakus nyer manusia mengejar date line sehingga lupa tanggungjawab kepada alam sekitar dan saya terfikir jua ...kalau kat kl nie pun mereka sanggup buat tak reti ... macam mana lak hulu hulu tu ya?????
Duta-Ulu Klang Expressway, DUKE,
No comments:
Post a Comment