Monday, February 25, 2008

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA

Sudahkah anda menyemak SEMAKAN DAFTAR PEMILIH? belum lagi, atau anda tidak pernah peduli??? Saya memang semangat sikit kalau bab bab kenegaraan ini. Tadi saya ke web site SPR untuk mengetahui dimana tempat saya akan mengundi

MEDAN
KETERANGAN
Kad Pengenalan : xxxx-xx-xxxx
Nama : XXLELA
Tahun Lahir : 19xx
Jantina : P
Lokaliti : 121 / 00 / 01 / 001 - JALAN TERASEK 2
Daerah Mengundi : 121 / 00 / 01 - BANGSAR BARU
DUN : 121 / 00 -
Parlimen : 121 - LEMBAH PANTAI
Negeri : W.P KUALA LUMPUR
Pusat Mengundi : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA JALAN BANGKUNG KUALA LUMPUR
Saluran : 7
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : xxxx

ya jangan terkejut .. tempat saya elit sikit YES i'm BANGSARIAN...huhuuuuuu dan kali ini puteri refomasi akan bertanding untuk merebut tempat ... pasti menarik perebuatan kali ini. Yang pasti suami saya terfikir beribu kali untuk membuat pilihan ... jika ada undi SMS pasti Nurul Izzah sudah mengatasi atas dasar rupa dan peribadi ... huhuuuhuuhuuuu

Kepada anda yang sedang membaca jangan tunggu lama lama tunaikan hak dan tanggungjawab kita sebagai bangsa MERDEKA=--> SEMAK disini

Sunday, February 24, 2008

aku tidak sebodoh yang disangkakan

Anda menonton siri HEROES? Kalaulah saya ada kuasa seperti mereka pasti saya inginkan kuasa yang mampu membaca fikiran manusia dan dapat menyalin kemahiraan sesorang. Gila bukan? Mungkin kerana sudah penat untuk memikir cara yang terbaik untuk mengambil hati sahabat di pejabat. Masakan tidak, bekerja di syarikat antarabangsa memerlukan kesabaran dan ketekunan yang sangat tinggi. Semunya perlu pantas. Tidak boleh lembab dan terhegeh-hegeh. Itu belum lagi kerenah politik di pejabat perlu diambil perhatian secara teliti. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak terabur. Namun apa yang boleh saya katakan. Kita cuma bekerja untuk mencari sesuap nasi ...

Setiap hari balik lewat kadang kala mencecah hingga ke jam11 malam. Sabtu dan ahad terpaksa datang ke office .. jika tidak isnin bagikan orang mabuk kehabisan todi. Tapi yang pasti ketika ini aku puas dengan keadaan ku. Puas dengan kerja yang diamanahkan dan aku ingin tunjuk kepada bangsa asing bahawa orang islam tidak semalas dan sebodoh yang mereka sangka kan !!!

Friday, February 22, 2008

GENDANG SUDAH DIPALU

Gendang sudah dipalu, perang sudah bermula. Kalau dizaman dahulukala apabila gendang dipalu, sangkala ditiup, lanskar sudah bersiap sedia untuk kemedan perang. Diabad 21 ini peperangan berubah wajah tetapi tetap dilandasan yang sama . Kejahatan melawan kebaikan.

Tarikh pilihanraya sudah pun diumumkan, kerajaan sudah dibubarkan. Kini terpulang kepada rakyat jelata untuk menentukan tampuk pemerintahan... pilih lah dengan tepat dan bijak. Gelombangan demokrasi perlu dilakukan.... kita bukan lagi memilih parti tetapi kita perlu memilih pemimpian yang baik untuk membina bangsa dan negara yang gemilang. Kita juga menolak amalan menokrasi (bapak letak jawatan digantikan dengan anak nya pula). Kerana kita tidak mahu negara dipimpin secara bergilir-gilir dalam kelompok yang sama.

Saya tidak mahu mengulas kerana nanti takut pula saya akan akan masuk ke dalam lokap. Ketika saya menulis besok adalah hari penamaan calon tetapi kemeriahan pilihanraya seperti hilang kehangantannya... entah mengapa segalanya sunyi sepi ... mungkin mereka berlawan secara mental bukan fizikal !!!!

Friday, February 15, 2008

DUNG DUNG CHENG!!! QONG XI FA CHAI




Seperti biasa apabila tiba tahun baru cina, syarikat tempat lela bekerja akan memanggil sepasukan penari untuk mempersembahkian lion dance. Lebih kurang pukul 3.00 petang 2 ekor singa - satu merah dan satu emas telah datang ke pejabat untuk membuat pertunjukkan. orang cina percaya tarian singa atau naga ini akan membuang sial dan membawa keuntungan di office atau untuk seseorang... yang best naga emas telah singgah ke meja lela - dipercayai jika naga itu singgah lama ianya akan mendatangkan tuah kepada pekerja tersebut!!!! Adat masyarakat cina apabila singa datang ke menyinggah kita mesti memasukkan sebiji limau kedalam mulut nya - kerana dipercayai bahawa si-pemberi akan mendapat tuah selama 50 tahun- mungkin satu kebetulan saja tahun lepas lela naik pangkat.

Semasa singa singa ini singgah di cubical lela - entah macam mana adalah pulak 3 biji limau dan 2 biji pisang, sekeping ampau tersedia untuk di beri kepada singa-singa - saja suka suka dan yang best bila singa-singa menari sambil membuat beberapa pertunjukan yang memgembirakan hati lela. Lela seperti kanak-kanak ketika itu - dan yang paling best ... tempat lela yang paling lama mereka singgah !!! harap-harap sempena berkat hari jumaat yang mulia nie mungkin tahun nie rezeki lela bertambah murah dan mudah !!! Dengan izin Allah jua semua nyer - AMIN .

Friday, February 08, 2008

BACK TO SCHOOL


School

Winifred C. Marshall

School bells are ringing, loud and clear;
Vacation's over, school is here.

We hunt our pencils and our books,
And say goodbye to fields and brooks,

To carefree days of sunny hours,
To birds and butterflies and flowers.

But we are glad school has begun,
For work is always mixed with fun.

When autumn comes and the weather is cool,
Nothing can take the place of school.





Seperti biasa setiap tahun syarikat tempat saya bekerja akan menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan. Dan tahun ini bertempat di sebuah hotel di tengah tengah Kota Lumpur dengan bertemakan "BACK TO SCHOOL" - maka semuanya terpaksa di paksa memaksa memakai baju sekolah ...

So what do you think ?

Comel tak lela bila berbaju sekolah?? (saya yang berbaju biru)... hehehehhehe ...

Bila tengok kembali gambar yang di ambil oleh jurugambar professional ini rasa macam nak pi sekolah kembali...heheheheheheh.

Wednesday, February 06, 2008

FOREVER FRIEND

FOREVER FRIEND

Sometimes in life
you find a special friend
Someone who changes your life
just by being part of it.

Someone who makes you laugh
until you can't stop
Someone who makes you believe
that there really is good in the world.
Someone who convinces you
that there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is Forever Friendship.

When you're down,
and the world seems dark and empty,
Your forever friend lifts you up in spirit
and makes that dark and empty world
suddenly seem bright and full.

Your forever friend gets you through
the hard times, the sad times,
and the confused times.
If you turn and walk away,
your forever friend follows.
If you lose your way,
your forever friend guides you
and cheers you on.

Your forever friend holds your hand
and tells you that
everything is going to be okay.
And if you find such a friend,
you feel happy and complete,
because you need not worry.
You have a forever friend for life,
and forever has no end.

~author unknown

Friday, February 01, 2008

JALAN-JALAN DI PERLIS INDRA KAYANGAN


bangun pagi secawan kopi
sinar mentari di pagi hari
memancar terang dikuala perlis

macam ala ala kat ostralia lah pula rasanyer!!



mencari rezeki pemberian yang esa di pagi hari



OCEAN GLOW - FERRY JETTY ( LANGKAWI & SATUN ) KEDAI MAKAN-MAKAN


MASJID DI PERLIS INDRA KAYANGAN - LIHAT AWANNYA !!



di sepanjangan perjalanan - lihat awan nyer sekali lagi !!! mungkin perlis betul di indra kayangan!!!


LADANG TEBU TERBESAR DI MALAYSIA - SAUJANA MATA MEMANDANG



hati riang tidak terisi
dapat bertemu dengan datin sri
walaupun tengit sanggup berlaga pipi
mungkin kerna demam election dah sipi sipi ?

Nota: bergambar bersama isteri shaidan kassim... ala ala macam puteri umno dah pulak nie!!!


Inilah kali pertama saya berjalan jalan ke negeri Perlis indra kayangan. Saya pernah ke kuala perlis sebagai transit ke Langkawi 17 tahun yang lalu!!!. Tidak pernah berkesempatan untuk berjalan jalan melihat negeri ini dengan lebih dekat. Maka apabila Deebers ingin ke Perlis saya tidak melepaskan peluang ... ala ala rombongan cik kiah lah nie. Serampang dua mata lah nie ... sambil berbakti sambil jalan jalan cuci mata. perlis negeri yang terkecil di Malaysia. Terletak betul betul di utara tanah semenajung tanah melayu. Pintu masuk ke dearah Satun di Thailand. Negeri dimana laut dan langit nyer membiru bak delima diliputi awan seperti diatas kayangan dan kerana itu ianya digelar Indra Kayangan. Cuaca disini agak panas dan kering tetapi nasib ianya berangin sepoi sepoi bahasa membuat kita terbuai. Tanah nya rata dan banyak terdapat batu batu kapur (seperti di batu caves) di tengah tengah sawah padi dan ladang tebu yang menghijau. Penduduknya mungkin berkacuakan siam melayu berkuning langsat bertubuh kecil dan lemah lembut berwajah manis dan berbudi bahasa.

Di Padang Besar ramai penjaga berasal dari selatan patani yang berulang alik menjadi peniaga dan periah!!! Orang Malaysia sungguh bermurah hati membantu melayu patani yang sedang dilanda krisis yang tidak henti henti ... Mungkin kerana sejarah telah membuatkan orang melayu diutara mempunyai rasa persadauraan yang erat dengan melayu patani... melihat anak anak yang manis belaka membuat saya terkenangkan mahsuri yang terkenal dengan kejelitaannya...

Sungguh tidak disangka rombongan kami di sambut oleh isteri menteri besar dan ianya sesuatu yang sungguh istemewa!! Ya ada yang stepstikal mengatakan demam piliharaya telah tiba maka semuanya kena turun padang ... tapi tidak mengapa anggap saja rezeki saya datang mengolek ... bukan senang nak berlaga pipi dng vvip kan kan kan. mana tahu aura nyer terlekat di diri kita ... satu hari nanti jadi jugak kita mak datin sssss hehehehhehehe.

Satu je yang terkilan di hati ... tak dapat makan LAKSA PERLISSSSSSSSSSSSSSSSSSSS. wahhhhhhh kena pi lagi sekali lah nie .