Anda menonton siri HEROES? Kalaulah saya ada kuasa seperti mereka pasti saya inginkan kuasa yang mampu membaca fikiran manusia dan dapat menyalin kemahiraan sesorang. Gila bukan? Mungkin kerana sudah penat untuk memikir cara yang terbaik untuk mengambil hati sahabat di pejabat. Masakan tidak, bekerja di syarikat antarabangsa memerlukan kesabaran dan ketekunan yang sangat tinggi. Semunya perlu pantas. Tidak boleh lembab dan terhegeh-hegeh. Itu belum lagi kerenah politik di pejabat perlu diambil perhatian secara teliti. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak terabur. Namun apa yang boleh saya katakan. Kita cuma bekerja untuk mencari sesuap nasi ...
Setiap hari balik lewat kadang kala mencecah hingga ke jam11 malam. Sabtu dan ahad terpaksa datang ke office .. jika tidak isnin bagikan orang mabuk kehabisan todi. Tapi yang pasti ketika ini aku puas dengan keadaan ku. Puas dengan kerja yang diamanahkan dan aku ingin tunjuk kepada bangsa asing bahawa orang islam tidak semalas dan sebodoh yang mereka sangka kan !!!

No comments:
Post a Comment