Friday, February 15, 2008

DUNG DUNG CHENG!!! QONG XI FA CHAI




Seperti biasa apabila tiba tahun baru cina, syarikat tempat lela bekerja akan memanggil sepasukan penari untuk mempersembahkian lion dance. Lebih kurang pukul 3.00 petang 2 ekor singa - satu merah dan satu emas telah datang ke pejabat untuk membuat pertunjukkan. orang cina percaya tarian singa atau naga ini akan membuang sial dan membawa keuntungan di office atau untuk seseorang... yang best naga emas telah singgah ke meja lela - dipercayai jika naga itu singgah lama ianya akan mendatangkan tuah kepada pekerja tersebut!!!! Adat masyarakat cina apabila singa datang ke menyinggah kita mesti memasukkan sebiji limau kedalam mulut nya - kerana dipercayai bahawa si-pemberi akan mendapat tuah selama 50 tahun- mungkin satu kebetulan saja tahun lepas lela naik pangkat.

Semasa singa singa ini singgah di cubical lela - entah macam mana adalah pulak 3 biji limau dan 2 biji pisang, sekeping ampau tersedia untuk di beri kepada singa-singa - saja suka suka dan yang best bila singa-singa menari sambil membuat beberapa pertunjukan yang memgembirakan hati lela. Lela seperti kanak-kanak ketika itu - dan yang paling best ... tempat lela yang paling lama mereka singgah !!! harap-harap sempena berkat hari jumaat yang mulia nie mungkin tahun nie rezeki lela bertambah murah dan mudah !!! Dengan izin Allah jua semua nyer - AMIN .

No comments: