Gendang sudah dipalu, perang sudah bermula. Kalau dizaman dahulukala apabila gendang dipalu, sangkala ditiup, lanskar sudah bersiap sedia untuk kemedan perang. Diabad 21 ini peperangan berubah wajah tetapi tetap dilandasan yang sama . Kejahatan melawan kebaikan.
Tarikh pilihanraya sudah pun diumumkan, kerajaan sudah dibubarkan. Kini terpulang kepada rakyat jelata untuk menentukan tampuk pemerintahan... pilih lah dengan tepat dan bijak. Gelombangan demokrasi perlu dilakukan.... kita bukan lagi memilih parti tetapi kita perlu memilih pemimpian yang baik untuk membina bangsa dan negara yang gemilang. Kita juga menolak amalan menokrasi (bapak letak jawatan digantikan dengan anak nya pula). Kerana kita tidak mahu negara dipimpin secara bergilir-gilir dalam kelompok yang sama.
Saya tidak mahu mengulas kerana nanti takut pula saya akan akan masuk ke dalam lokap. Ketika saya menulis besok adalah hari penamaan calon tetapi kemeriahan pilihanraya seperti hilang kehangantannya... entah mengapa segalanya sunyi sepi ... mungkin mereka berlawan secara mental bukan fizikal !!!!
No comments:
Post a Comment