Tuesday, September 16, 2008

BERBUKA BERSAMA

bunyi azan bergema
tanda makan dah tiba
berbuka sendirian
terkatup deria rasa

lauk pauk dihadapan mata
bukan tanda nikmat terkata
bersama keluarga
itu lebih bermakna

bila bersama keluarga
nasi dan garam
cukup sesedap terasa
itulah nikmat hidup sekata

walaupun duit berkepuk
makan penuh semeja
kalau sendirian
tak bermakna rasa

Aku masih ingat lagi semasa kecil ... bulan puasa bagai kan bulan family ... ketika ini lah kami sekeluarga akan berbuka bersama-sama, yang selalunya agak sukar untuk di hari hari kebiasaan. Ianya menjadi rutin setiap bulan puasa ... kemudian ayah akan pastikan kami pulang berbuka bersama nenek dikampung setiap minggu. Bila kak long kawin ayah akan membawa kami berbuka bersama kak long dan suami at least sekali ... lepas tu ayah akan membawa ke rumah saudara yang terdekat ... molek kan ...

bila kawin ... ianya menjadi kemestiaan pulang kerumah kedua orang tua kami untuk menyambut ramadaan yang penuh berkah .. tetapi suami tak seperti ayah yang sanggup pulang setiap minggu untuk berbuka bersama nenek ... dan suami ku tidak seperti ayah yang suka menzirahi keluarga untuk berbuka .. suami ku lebih suka makan dirumah kemudian terus berlari ke surau untuk berjemaah ...

tapi syukur dia telah banyak berubah ... kalau dulu rutin kami cuma ke rumah kedua orang tua kami kini dia sudah pandai untuk berbuka di rumah kak long ku... seronok bila berbuka beramai ramai terasa meriah berpuasa ... jumaat ini aku akan berbuka di rumah mak usu ku ... mmm sesuatu yang aku nanti kan ... seingat ku sejak arwah ayah tiada aku tidak pernah berbuka bersama mak usu ku ... tadi aku membuat temujanji dengan mak ucu ... suara di hujung telephone seakan tergamam ... terkejut mungkin mak usu ku ... mungkin dia terfikir aku buang tebiat kut ... heheheheheh

sabtu ini aku akan kesegamat untuk berbuka bersama sama anak yatim ... ada yang mencebik ... mengapa begitu jauh untuk berbuka ... bagiku mengembirakan anak yatim adalah sesuatu yang akan diberkati ... aku faham bagaimana perasaan mereka ... dan bila bersama mereka kesunyian itu akan terubat sedikit .. mungkin

ahad ini hari jadi suami ku...telah aku aturkan berbuka untuk bersama keluarga suami ku .. pasti meriah kan ... sebenarnya dah tua tua nie menu yang dihidangkan bukan lah sesuatu yang penting tetapi seronok bila berbuka bersama sama ... ramai ramai lebih meriah ... mungkin aku dilahirkan didalam keluarga yang besar membuatkan aku rindu suasana tersebut ...

No comments: