seumur hidup nie lah kali pertama saya menonton dan melihat secara nyata ikan lumba lumba .... satu pengalaman yang tidak akan saya lupa kan .. kesian kan dah nak separuh abad baru pi nonton ikan lumba lumba tapi tak pe lah dari tak dapat tengok langsung dan kalau dulu saya cuma melihat dari gambar atau cerita cerita mengenai ikan lumba lumba atau berangan angan bila lah agaknyer saya boleh duduk menonton pertunjukaan atau sarkis ikan lumba lumba ... syukur walaupun dah tua tapi masih sempat menonton....
penonton di letak kan didalam sebuah kemah mengelilingi tanjung dimana ikan lumba lumba akan membuat persembahan ... ada 4 ekor semuanya berwarna merah jambu .. wah!! kagum melihat ikan macam orang bila mereka bermain bola .. yang paling pelik mereka boleh menerima arahan begitu baik sekali ... dan agak terkejut bila mereka boleh berdiri diatas ekor sambil pegang dan membaling bola dengan kedua sirip seakan akan seperti manusia pun ada jugak ... betullah kata orang tua tua dikatakan ikan lumba dan paus satu ketika dahulu adalah manusia tetapi ketika zaman nabi nuh mereka bertukar menjadi ikan lumba lumba.
Ikan lumba lumba adalah sepesis mamalia dimana mereka juga melahir kan anak anak seperti manusia dan dikatakan mereka adalah makhluk yang paling cerdik selain dari manusia.... begitu hebat ciptaan tuhan ... rugi lah pulak rasanyer tak dapat sentuh ikan ini kerana takut seluar basah ... kalau ingin tengok ikan lumba lumba pasti cari seluar paras lutut ... mmmmm
saya menonton di dolphin lagoon di pulau sentosa ... pertunjukkan dilakukan 4 kali sehari. Yang saya tonton session pukul 3.30 petang ... mentari terik diatas kepala ... panas lah jugak ... kemah pun penuh dengan manusia tak tahu dari mana ... pertunjukan hanya kira kira 1/2 jam je habis je pertunjukan hujan turun ... harga ticket 25sing (tolong jangan kali 2.5 ya jawab nyer memang tak pi tengoklah ) tapi tiket nie boleh pi dua tempat a. dolphin lagoon dan b. under waterworld. Habis je menonton pertunjukan ikan lumba lumba kami ke under waterworld pulak.... pengurusan sentosa amat lah bijak sekali mereka tak buat kedua tempat tu dekat dekat so kita kenalah berjalan or naik bas (nasib disediakan bas percuma) so terus buat sightseeing sekitar pulau ... underworld mereka lebih kurang macam kan aquaria klcc ... tapi rasa rasanyer aquaria kita lagi menarik dan teratur ... dan semestinyer murah .... hahahahhaha
apa yang boleh saya katakan mereka mempunyai pengurusan yang baik terutama dari segi penganggukutan awam .. tapi cendermata mereka tak best ... tak de yang istemewa ... dan ya allah tandas mereka ... terkejut saya melihat nyer ... naik baik berak ke perut ... kotor dan berbau ... dan yang paling geram tak de air ... terpaksa beli air mineral untuk bersuci ... itulah kadang kala bila di negeri sendiri kita tak rasa air tu penting dan berharga ... bila dah di negeri orang lihat mereka bercatu baru lah kita rasa nikmat negeri sendiri ... kalau di tempat kita setiap tandas ada penjaga kat sana ... mmmm so sapa kata singapura bersih ... give 2 tumbs up to malaysian people !!!!
No comments:
Post a Comment