masih ingat
setiap petang ke kedai
membeli miyak tanah
untuk bekas bekas pelita
masih ingat
selepas berbuka
kita sama sama menyalakan
api pelita disekitar rumah
setiap malam
rumah berseri dengan cahaya pelita
tanda tujuh likur sudah datang
masih ingat
kalau hujan ditengah malam
hati menjadi sayu kerana
pelita padam dan alam menjadi gelap
kini ...
sudah tiada pelita dan minyak tanah
hilang bersama neon dan lampu kalimantan
hidup ini sudah berubah
kini malam tujuh likur sudah hilang rohnya
zikir dan tamid tidak kedengaran
pelita minyak tanah hilang ditelan lampu lampu
mereka sudah lupa apa itu
kemeriahan di malam tujuh likur
No comments:
Post a Comment